Posted by: pinkturtle2 | September 13, 2008

Pembebasan Tanpa Syarat Tan Sebagai Satu Kemenangan Rakyat – Lim Guan Eng

Wartawan Sin Chew Daily dibebaskan

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng – salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi – telah dibebaskan pagi ini dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam.

Difahamkan, Tan dibebaskan di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 11.10 pagi.

Dan wartawan tersebut kemudiannya dihantar pulang oleh pihak polis ke rumahnya pada kira-kira jam 4 petang tadi.

Sebelum ini, Tan dilaporkan telah dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur selepas ditahan malam tadi.

Tan, 33, ditahan pada jam 8.30 malam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

tan hoon cheng 04 120908Tan merupakan wartawan yang melaporkan ucapan yang didakwa berbaur perkauman yang mengaitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina “menumpang” di negara ini.

Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa Tan telah dibebaskan pada jam 11.10 pagi dan telah dihantar pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam pada jam 4 petang ini.

Dalam satu kenyataannya, Lim mengalu-alukan pembebasan Tan tanpa syarat itu dan berharap dua lagi tahanan – Teresa dan Raja Petra – juga akan dibebaskan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan pembebasan Tan tanpa syarat itu sebagai satu kemenangan rakyat dan hasil tekanan rakyat terhadap penggunaan undang-undang tersebut.

Katanya, rakyat Malaysia tidak boleh lagi menerima penggunaan ISA untuk mengekang kebebasan bersuara, kebebasan mendapatkan maklumat dan hak untuk membuat laporan yang tepat dan profesional seperti yang dilakukan oleh Tan.

Lim berkata, Tan menjadi kebanggaan kerana telah mempertahankan tugas profesionalnya sebagai seorang wartawan.

“Kita akan menumpukan tenaga kita untuk mendapatkan kebebasan Teresa dan Raja Petra serta tahanan-tahanan yang lain,” katanya.

Ketua menteri Pulau Pinang itu juga menyatakan penghargaannya kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob atas bantuan yang diberikannya.

Pembebasan Tan telah dijangkakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar membayangkan bahawa beliau mungkin dibebaskan hari ini.

Bercakap di Johor Bahru pagi tadi, Syed Hamid berkata, penahanan Tan di bawah ISA adalah sebahagian daripada langkah perlindungan kerajan bagi “memastikan keselamatannya”.

Menteri juga mendakwa, pihak perisikan polis mendapati nyawa wartawan tersebut terancam selepas dia melaporkan kenyataan berbaur perkauman yang diucapkan oleh Datuk Ahmad Ismail.

Sebelum itu, Bernama memetik Ayub sebagai berkata Tan dibawa ke Bukit Aman selepas dibenarkan berjumpa ibu bapanya – Tan Booi Siam dan Khor Ah Heok – di di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang jam 8.30 pagi.

Bapa wartawan berkenaan, yang berusia 70-an dan ibunya Khor, 60-an, memasuki pekarangan IPK sebelum jam 8 pagi dengan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat Perundangan Chia Loong Thye, dilihat membawa beg plastik berisi pakaian dan kuih.

Khor berkata, beliau dan suaminya berpeluang berjumpa dan meluangkan sama dengan anaknya selama 15 minit.

“Dia (Hoon Cheng) berada dalam keadaan tenang dan baik, pihak polis juga memberikan layanan yang baik kepadanya sepanjang bermalam di IPK.

“Dia juga cakap supaya kami jangan bimbang mengenai dirinya,” katanyakepada pemberita di luar IPK selepas bertemu Hoon Cheng.

Khor berkata seluruh anggota keluarga mereka akan terus memberi

Di luar IPK Pulau Pinang, turut kelihatan abang wartawan itu, Tan Weng Khian, 35; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Yang turut menunggu ketibaan Tan di Bukit Aman pula adalah Pengarah Eksekutif Sin Chew Media Corporation, Rita Sim; Ketua Pegawai Eksekutif Sin Chew Daily, Koo Cheng; Ketua Pengarang Kumpulan Sin CHew, N C Siew dan Ketua Pengarang, Pook Ah Lek.

Rita berkata, kehadiran mereka di Bukit Aman hanyalah untuk menunggu ketibaan Tan dari Pulau Pinang dan bagi mempastikan wartawan itu berada dalam keadaan baik.

“Kami berharap akan dapat berjumpa dengan Tan untuk pastikan dia dalam keadaan baik. Kami juga ingin merayu kepada pihak berkuasa supaya Tan dibebaskan atau dikecualikan daripada tahanan ISA.

“Kami tak mahu buat sebarang spekulasi. Cuma kami harap wartawan kami diberi peluang membela diri,” katanya kepada pemberita.

Advertisements

Responses

  1. Yang benar tetap benar…
    Syabas Lim Guan Eng

    Itu india muslim kasi taroh ISA bleh ka…..

    Melayu cina india tak akan gadoh sampai bila bila…

    Malaysia hak kita semua….

    Mee asal dari cina
    Bila digoreng sedap oleh india
    Yang tumpang makan melayu
    yang berebut nak nama india muslim(Mad Ismail.

    Ini kena faham dulu.

  2. memang cheapsale tul lah kau nie,….macam mee goreng murah yang kau citer tu….
    aku Melayu yang tak makan mee goreng,…boleh sengal perut aku,…

    Lim Guan Eng kata ‘kemenangan’ pasal dia tu kan dari parti pembangkang,…..orang yang suka huru hara nie memang sampai dunia kiamat pun dia tak suka ISA…,tapi kalau ada orang kacau dia,…dia hantam itu kerajaan kenapa tak guna ISA..!?

  3. aLA KORANG NI PEGI LAMAN MARHAEN …ADA LA CITE PASAL KAITAN PORR, AHMAD ISMAIL,KJ, FUNDING ETC….YE LA BELAAN UMNO NI DAH TAK DE SUMBER.MENGEMBEK LA…PROJEK TAK DAK….SEBAB PENANG PR PEGANG….CUBALAH FAHAM SIKIT BANG…..PROJEK TAK DAKSORU MISS…NI LAH DASAR AMANO UNTUK SPOON BANGSA SENDIRI UNTUK JADI PENCACAI..BILA PERUT KOSONG MELALAK LA DIA..UTK SENYAPKAN SUMBAT PROJEK KAT MULUT DIAM LA….
    KALAU DAH BANYAK DUIT BUAT INDUSTRI PEMBUATAN BOLEH JUAL BALIK..SO TAKYAH BERHARAP KENA SUAP…..NI LAH CARA AMANO BAGI ORANG JADI PAK TURUT ..JADI KOBAU CUCUK HIDUNG..CUKUP TEMPOH SEMBELIH…KLASIK !!!TAK YAH KECOH PUN…KALAU KECOH DIA BOLEH ISYTIHAR MAGERAN ….BOLEH WREST POWER….ALA BENDA KORUP NI ORG BOLEH BACA……BOLEH PERINCIKAN PUN…..

  4. alhamdulilah tan dah lepas…apa plak nasib kt teresa ya…harap dia pun lepas dgn segera..

  5. Tindakan ISA wajar

    Oleh SHARIILFUDIN SAARI

    KUALA LUMPUR 13 Sept. – Tindakan polis menahan tiga individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam dilakukan secara profesional tanpa campur tangan politik.

    Malah tindakan itu dibuat setelah polis mempunyai cukup bukti bahawa jika langkah itu tidak diambil ia boleh mencetuskan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bagaimanapun mengesahkan tidak ada lagi tangkapan susulan selepas ini.

    Katanya, tangkapan tiga individu itu merupakan mesej jelas bahawa semua pihak termasuk ahli politik, organisasi atau individu tertakluk kepada undang-undang negara.

    “Kita mempunyai bukti-bukti kukuh sekiranya polemik terbuka ini tidak ditangani, ia akan mengancam keselamatan negara.

    “Oleh itu, ingin saya tekankan kita akan ambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mencetuskan polemik perkauman dan mengancam keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini petang ini.

    Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

    Semalam, tiga orang ditahan di bawah ISA dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

    Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

    Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang ini.

    Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.

    Syed Hamid berkata, tindakan ISA itu diambil di bawah bidang kuasa polis mengikut keperluan siasatan yang dijalankan.

    “Siasatan (dilakukan) tanpa merujuk kepada saya, tetapi saya dimaklumkan mengenai (penahanan) itu,” katanya sambil menafikan akan ada tangkapan susulan selepas ini.

    Beliau turut membidas dakwaan pihak tertentu yang cuba mengaitkan tangkapan itu dengan tarikh rancangan pembentukan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 September.

    “Tak ada kena mengena, apa yang menjadi keutamaan kita adalah menerima maklumat tentang kebimbangan rakyat mengenai ancaman keselamatan,” katanya.

    Beliau berkata, sebagai sebuah negara berbilang kaum, budaya dan agama, tindakan tegas seperti itu perlu supaya ketenteraman awam terpelihara.

    Syed Hamid turut menegaskan pelbagai peluang, nasihat dan amaran telah diberikan terhadap Raja Petra tetapi penulis blog tersebut terus mencetuskan ketegangan dalam penulisannya.

    Tambahnya, Teresa pula membangkitkan isu sensitif apabila mempersoalkan laungan azan di masjid-masjid di sebelah pagi yang juga menimbulkan kemarahan umat Islam.

    “Oleh itu, pada saya adalah penting untuk semua pihak supaya tidak membangkitkan isu seperti agama yang akan sebabkan konflik terbuka,” ujarnya.

    Dalam pada itu, beliau menafikan tiada tindakan diambil terhadap Datuk Ahmad Ismail kerana Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu telah menerima akibat digantung keahlian parti selama tiga tahun.

    “Sebagai ahli parti dia (Ahmad) telah menerima hukuman tetapi polis masih teruskan siasatan kerana ada laporan hasutan terhadapnya,” ujar beliau.

    Mengenai Hoon Cheng, beliau berkata, wartawan itu telah memberikan kerjasama baik dan oleh itu dibebaskan kira-kira pukul 3.30 petang ini, setelah polis mempunyai maklumat yang mencukupi.

    “Dia (Hoon Cheng) yang membuat laporan dan sebabkan perdebatan terbuka dan oleh itu kita perlu dapatkan maklumat secara langsung daripadanya,” katanya.

    Ditanya mengapa polis mengambil tindakan ISA terhadap Hoon Cheng dan bukan memanggilnya untuk diambil keterangan, katanya, ini kerana ia mempunyai kaitan dengan isu ketenteraman awam.

    “Apa yang penting, dia dibebaskan tidak sampai sehari setelah polis berpuas hati dengan siasatan,” katanya.

    Sementara itu, beliau berkata, dua lagi tahanan itu juga akan dibebaskan sekiranya polis berpuas hati terhadap siasatan yang dijalankan.

    PENULIS CYBER

    http://BERITAMALAYSIAKINI.WORDPRESS.COM

  6. Penulis Cyber Menulis,

    Alamat alamat penyokong Anwar Al Jub***

    1. Suka kata kesat dan lucah
    2. Suka hina orang tidak sebulu dgn mereka
    3. Suka sindir orang dan perlekeh
    4. Suka reka cipta tuduhan dan fitnah
    5. Suka gosip liar dan palsu
    6. Suka buat huru hara / demonstrasi
    7. Suka peralat orang baik dan ajak lompat parti.

    CATATAN NASPAZI:

    1. Mula-mula menyebut perkataan kesat dan lucah iaitu liwat di khalayak dunia pada 1998 ialah mahathir.

    2. Mula-mula menghina Anwar melalui fitnah liwat di khalayak dunia ialah mahathir

    3. Mula-mula menyindir dan perlekeh orang yang membela kezaliman ke atas Anwar ialah mahathir.

    4. Mula-mula reka cipta tuduhan fitnah liwat ke atas Anwar ialah mahathir melalui khalid japri.

    5. Mula-mula buat gossip liar dan palsu ialah mahathir sebagai alasan untuk memecat Anwar.

    6. Mula-mula mendorong rakyat demonstrasi ialah mahathir lantaran tidak percaya dengan fitnah ke atas Anwar .

    7. Mula-mula peralat orang baik supaya menjadi buruk ialah mahathir melalui korek korek 6 jahannamnya.

    Arakian, sekali lagi saya nyatakan bahawa UMNO telah merompak pimpinan kerajaan Sabah dari PBS pada tahun 1994 dengan cara tidak demokratik dan tidak bermoral.

    Jadi, mengapakah perbuatan UMNO merompak kerajaan Sabah dari pimpinan PBS tidak dianggap sebagai tidak bermoral?

    Sabab itu saya kata, Penulis Cyber macam wajib disula, sebab biadab lagi keparat yang melampau!

    PENULIS CYBER MACAM WAJIB DISULA
    – Naspazi

  7. saya dah ckp..yg buat sier dlm. umno ialah kaum mamak.Depa ni control semua.Tak dak melayu bleh naik dari segi ekonomi.tengok contractor Penang…sapa punya smua…mamak..kem. kewangan.mat noor yaacob.mamak…setiauhasa pak lah…mamak..rizal merican…depa dok wayang ja…angguk,goyang kepala..kena kat depa…haram jadah punya kaum

  8. ISA bukan untuk orang yang mengancam Negara tetapi untuk orang yang mengancam UMNO/BN

    Kepada Penulis Cyber….

    Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim,Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai ‘tidak adil’.

    “Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan…komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu,” katanya.
    “Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.

    “Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA,” katanya.

    Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.

  9. […] Dalam satu kenyataannya, Lim mengalu-alukan pembebasan Tan tanpa syarat itu dan berharap dua lagi tahanan – Teresa dan Raja Petra – juga akan dibebaskan. LANJUT […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: