Posted by: pinkturtle2 | September 16, 2008

UMNO sudah ditukar status jadi sebuah starikat sole proprietorship

UMNO sudah ditukar status jadi sebuah starikat sole proprietorship.

Ketegasan ini membuktikan Abdullah seorang pemimpin yang amat decisive. Tetapi, ketegasan ini juga seolah-olah membuktikan bahawa UMNO hari ini bukan lagi milik ahli-ahlinya di seluruh negara.

Oleh itu, marilah kita tanya Abdullah, apakah sebab utama peralihan kuasa itu hanya akan dilakukan pada Jun 2010? Sebab Abdullah nak laksana dan jayakan RMK-9? Atau, sebab Abdullah mahu UMNO semakin bercelaru dan haru-biru?

Pasti Abdullah akan melenting bila kita tanya soalan ini. Tapi, apakah pilihan warga UMNO kalau tak bertanya soalan sedemikian? Lainlah kalau UMNO sudah ditukar status jadi sebuah starikat sole proprietorship.

Buat masa ini UMNO adalah milik lebih dua juta ahlinya. UMNO juga ada undang-undang tubuhnya (perlembagaan) yang memberikan hak kepada ahli-ahlinya membincangkan soal parti yang dianggotainya. Kedudukan Abdullah dan Majlis Tertingginya pun ditentukan oleh ahli-ahlinya.

Jadi, kalau Abdullah kata tempoh peralihan kuasa yang telah diumumkan adalah kekal dan muktamad, adakah kita mesti patuh dan akur? Adakah salah kalau kita tidak patuh dan tidak akur dengan perkara ini? Adakah salah kalau kita memilih untuk melaksanakan hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO?

Petikan Dari Blog….RUHANIE AHMAD

.

Bertemu 4 jam, Abdullah-Najib pertahan peralihan kuasa Jun 2010

16-09-2008 02:23:24 AM

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengadakan pertemuan kedua dalam tempoh 72 jam – kali ini kira-kira empat jam di Seri Perdana, Putrajaya – tengah hari semalam.

Perbincangan memfokus terhadap pelan peralihan kuasa Jun 2010 yang dicapai kedua-dua mereka tiga bulan lalu ekoran peraliahn tumpuan dan fokus terhadap pelan berkenaan menjelang pemilihan peringkat bahagian bulan depan.

Kedua-dua mereka telah mengadakan pertemuan Sabtu lalu bagi membincangkan perkembangan semasa dalam kerajaan dan parti termasuk soal pelan peralihan kuasa.

Difahamkan pada pertemuan semalam, yang berlangsung dalam suasana ‘tidak menentu’ dalam Umno sekarang, Abdullah selaku Perdana Menteri dan Presiden parti itu telah meminta pendirian Najib yang juga Timbalan Presiden Umno, berhubung pelan peralihan tersebut.

Kira-kira lima jam selepas pertemuan itu di Kuala Terengganu, Abdullah menegaskan, tarikh peralihan kuasa antara beliau dan Najib masih kekal pada 2010.

Umno akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertingginya pada Khamis manakala mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini, tarikh yang diputuskan sebelum ini masih kekal dan belum ada keputusan baru mengenai tempoh peralihan kuasa tersebut.

“Pada waktu ini belum lagi (buat keputusan baru). Tarikh 2010 kekal kerana itu adalah apa yang diputuskan secara rasmi dulu,” kata beliau dipetik Bernama selepas majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di Masjid Abidin malam tadi.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada agenda peralihan kuasa merupakan antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan beliau dengan Najib hari ini.

Pertemuan tersebut dikatakan telah membincangkan reaksi pelbagai pihak berhubung penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiga orang termasuk seorang wartawan.

Hari ini, Abdullah dan Najib dijangka mengadakan pertemuan dengan kesemua Ketua Setiausaha kementerian bagi menerangkan perkembangan politik semasa bagi memastikan projek dan program pembangunan dijalankan sebagaimana dirancang.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, perkara peralihan kuasa itu ada dibincangkan ketika pertemuan tersebut tetapi tiada sebarang perubahan terhadap perkara tersebut.

“Kita bincang macam-macam perkara yang berlaku pada waktu ini. Kita cakap apa yang sedang berlaku termasuk itulah (peralihan kuasa) yang sekarang ini heboh mengenainya,” kata beliau.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada Jun 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pelan peralihan kuasa yang telah diumumkan dua bulan lepas itu kini “tenggelam” dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Mstar


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: