Posted by: pinkturtle2 | September 17, 2008

Najib Dah Ada Laman Web Peribadi

Najib lancar laman web peribadi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan laman web peribadinya www.1Malaysia.com.my supaya anggota masyarakat dapat berdialog secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri, laman web itu diharapkan dapat menyediakan satu forum bagi semua rakyat Malaysia untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu penting di samping menggalakkan pencapaian matlamat bersama dan mengetengahkan kepelbagaian unik negara.

wanita umno with leaders event najib 050808 02Najib dalam kenyataan itu berkata beliau merasa bimbang melihat ada pihak-pihak tertentu yang berusaha merenggangkan hubungan antara komuniti dalam negara bagi tujuan politik serta kepentingan peribadi.

Sehubungan itu, katanya, www.1Malaysia.com.my diharapkan dapat menjadi portal di mana anggota masyarakat boleh terbabit secara terus dalam dialog yang terbuka dan ikhlas, secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri.

“Saya tidak percaya kepada politik menipu, memecahbelahkan dan perintah. Usaha untuk kembali kepada kepercayaan yang lama dipegang dalam perpaduan serta saling menghormati dilihat bertambah penting ketika ini,” katanya dalam laporan Bernama.

eliau berkata lamanweb itu adalah buat semua rakyat Malaysia, dan beliau menggalakkan mereka yang bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat, serta berkomunikasi, dan juga seluruh komuniti, untuk turut serta dalam perbincangan nanti.

“Semasa saya berusaha membaiki kemahiran, saya akan memerlukan input dan respons anda bagi membolehkan saya tahu pendapat anda mengenai perkembangan laman web ini. Pandangan komuniti online semakin menggambarkan apa yang penting buat rakyat Malaysia dan saya amat berminat untuk mendapatkan perspektif itu.”

“Saya berharap laman eb ini akan mencetuskan satu dialog yang terbuka dan penting, menerokai identiti Malaysia, matlamat sert hala tuju. Sebagai seorang bapa kepada dua remaja, saya juga sudah biasa dengan perdebatan hangat dan juga perselisihan pendapat.”

“Marilah teruskan hubungan seumpama sebuah keluarga yang besar ini. Mari amalkan rasa saling menghormati dan jadikan persefahaman sebagai matlamat utama dalam interaksi,” katanya.

Najib seterusnya menggalakkan orang ramai untuk menyertai beliau dalam menentukan matlamat Malaysia dan peranan yang perlu dimainkan oleh rakyat Malaysia di masa hadapan.

“Setiap dari kita, walaupun berbeza, berkongsi satu impian untuk hari esok yang lebih baik. Satiap kita mahukan peluang, rasa hormat, setiakawan dan sefahaman. Setiap kita dengan cara yang unik, adalah rakyat Malaysia. Bersama kita adalah Satu Malaysia. Saya harap kita akan dapat teruskan perbincangan ini,” kata Najib.

Najib turut menggalakkan semua rakyat Malaysia menyertai dialog ini, dan mendapatkan perspektif sesama rakyat, dan menyediakan maklum balas terus mengenai cara bagaimana kerajaan dapat lebih menghormati sepenuhnya lagi masyarakat Malaysia.

http://www.malaysiakini.com


Respon

  1. ambik je putrajaya kalau dah cukup korum…bila lagi……???org terdesak akan buat seribu satu helah…….dalam media DSAI ni membahayakan negara? statement paling lawak……membahayakan jawatannya ada la….rakyat nampak ni semua…..

    kita taklah lemah dlm menafsir…..elok mengadap YDA..ambik je jawatan PM tu….dah cukup pun korum tu…

  2. aku rasa dorg nie lagi bahayakan negara…

  3. laman web? ada C4 tak.. kang salah klik meletup mcm cite die hard 4.0.. kui kui kui

  4. okla tu.kalau ada laman web tok najib senang sikit saya nak mintak bantuan .manala tau kot-kot suatu hari nanti saya kena liwat

  5. ko olang punya ckp semua ada bagus..semua bleh dapet itu A+++ punya result!

    Cool semua punya ckp lah!

  6. selamat maju jaya dengan laman web


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: