Posted by: pinkturtle2 | September 17, 2008

ANALISIS MALAYSIAKINI KURANG TEPAT

ANALISIS MALAYSIAKINI KURANG TEPAT

Malaysiakini berjaya menghidu kes kenyataan Tuan Guru Nik Aziz terhadap Mustafa Ali yang telah ditolak oleh pengurusan Harakah untuk disiarkan di Harakah Daily.

Kebanyakan ahli PAS sudah mengetahui tentang isu ini dan masing-masing nampaknya sudah membuat pendirian untuk menyokong pihak mana. Kalau nak dibandingkan antara Tuan Guru Nik Aziz dengan Datuk Mustafa Ali, ternyata TG Nik Aziz mempunyai pengaruh yang lebih kuat. Memang pelik rasanya kalau orang masuk PAS sebab nak sokong Mustafa Ali.

Lalu, memang tidak menghairankan bila Datuk Mustafa Ali enggan memberikan komen bila dihubungi oleh Malaysiakini.

Entah kenapa, Malaysiakini mahu memetik tulisan blog Anti Husam ketika membuat analisis itu. Siapa yang berada di belakang blog itu masih lagi menjadi tanda-tanya. Sehingga kini, pemilik blog itu masih lagi ‘takut’ untuk menjawab cabaran terbuka yang dibuat sebelum ini oleh Husam Musa.

Dalam analisis itu, Malaysiakini memetik tulisan blog Anti Husam yang berbunyi :

“Saya tidak percaya (kenyataan) itu adalah tulisan Tuan Guru Nik Aziz ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau. Mana mungkin Nik Aziz menyebut perkataan ‘standing ovation’ (tepukan hormat sambil berdiri) dalam kenyataannya.”

Ternyata apa yang ditulis oleh blog Anti Husam itu tidak benar jika anda menonton video ini dan Malaysiakini sepatutnya mendapatkan sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk membuat analisis mengenai PAS agar tiada pihak yang terkeliru :

http://nuraflah.blogspot.com


Responses

  1. mmm…wallahu’alam…

    dah biol laa aku pun :-\

  2. oarang melayu dah jadi bengong hari ini……..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: