Posted by: pinkturtle2 | September 18, 2008

Mubarak mahu peralihan kuasa sebelum Disember

hjkjmk
Proses peralihan kuasa perlu diadakan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum perhimpunan agung Umno pada 16 Disember ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.Pemimpin mestilah patuh dan hormati perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan

Mubarak mahu peralihan kuasa sebelum Disember

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpendapat proses peralihan kuasa perlu diadakan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum perhimpunan agung Umno pada 16 Disember ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.

Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat selepas mendengar pandangan dan rumusan 34 daripada 36 anggota Majlis Tertingginya dalam mesyuarat yang diadakan hari ini. Dua lagi anggotanya tidak dapat hadir.

abdullah ahmad badawi and najibKeputusan itu berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui kedua-dua mereka diadakan pada Jun 2010.

Menurut Bernama, Abdullah dan Najib hari ini mengulangi komitmen mereka dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Kedua-dua mereka juga akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden Umno Disember ini.

Abu Zahar berkata peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui itu adalah satu persefahaman tetapi ia perlu dirujuk kepada perhimpunan agung Umno Disember ini.

“Pemimpin mestilah patuh dan hormati perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibunegara hari ini.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. Pak Lah – Najib setuju 2010
    Mubarak kata – 16 Disember
    DSAI kata – 16 September
    Rakyat kata – lepas raya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: