Posted by: pinkturtle2 | September 18, 2008

TINDAKAN ANEH DAN PENUH TANDATANYA

TINDAKAN ANEH DAN PENUH TANDATANYA

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melakukan satu tindakan yang cukup aneh dan menimbulkan banyak spekulasi ā€“ menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengambil pula jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib.

Tindakan di atas tidak pernah berlaku di Negara ini sebelum ini. Sebab itulah ia menimbulkan tandatanya. Antaranya adalah seperti berikut:

Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?

Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan. Adakah ini untuk menafikan Najib daripada mendapat akses kepada sebarang maklumat keselamatan dan perisikan negara yang lazimnya dalam kawalan polis dan tentera? Adakah tindakan ini akan digandingi dengan pelbagai tindakan sinister?

Berasaskan perkembangan di atas rakyat jelata perlu berwaspada, sensitif dan prihatin terhadap lain-lain perkembangan di sekeliling mereka. Ini kerana tindakan Abdullah di atas adalah aneh, luarbiasa, menimbulkan syak wasangka dan mengundang pelbagai tandatanya. Ia juga menimbulkan anxieties dan uncertainties.

Oleh itu, salahkah kalau kita tanya, adakah tindakan terbaru Abdullah ini akan menambahkan keyakinan rakyat terhadap dirinya? Adakah tindakan ini juga akan menyumbang kepada usaha memantapkan politik Malaysia?

Ruhanie Ahmad


Responses

  1. He’s preparing for the possibility that he may have to declare darurat, thus place the control of tall armed forces in his single executive hand. He says DSAI is bluffing, but as you can see, his actions shows that he is worried and he’s preparing and consolidating.
    In short, he’s not giving up without a fight. The Agong needs to intervene because I don’t think the current PM will..how do you say it…go quietly. He will use everything at his disposal to cling and stay in power.

  2. ??????….pening..

  3. Itu buktinya Pak Lah bijak dalam memerhati dan menghidu percaturan menteri-menteri dan orang-orang kanannya….siapa yang ikhlas dan siapa munafik….Orang yang ikhlas dibantu Tuhan.

  4. buatlah apa puuuun!!!! “rakyat tetap rakyat” juga sejak zaman kerajaan melayu melaka dulu lagi….datang belanda…..datang pertugis……datang inggeris…..datang pula jepun….masuk lagi sekali inggeris……Tun Ku AR Putera…..Tun Razak…..Tun Hussein Onn…..Tun Mahadhir……Tun Abdullah……Tun Najib…..Tun Hishamuddin…….Tun Mukhriz…..Tun Khairy…..Tun Anak CucuCicit engkau orang……rakyat tetap rakyat juga. Nama saja Demokrasi tetapi kepala hotak engkau orang tetap FEUDALISMA, PENJAJAHISMA, KRONISMA, TAHIPALATISMA. Jika sistem demokrasi masaalah seperti ini sudah tentunya tidak timbul samasekali.

    Ada mata boleh melihat. Ada telinga boleh mendengar. Ada hati perasaaan boleh merasa. Ada otak boleh berfikir. Malangnya Mata, Telinga, Hati dan Otak engkau orang ada tetapi duduk dalam kain bini……Macamana engkau orang nak jaga negara macam ni kalau nak jaga bini sorang pun tak gheti???? BOLEH KE NAJIB????…………Kelak “RAKYAT JADI HAMBA ABDI”.TQ

  5. sabar ..sabar pjolor…tenang…

  6. Kalau lihat kepada keadaan semasa kini, nak tambah kekayaan ke atau nak jaga keselamatan?

    Apabila musuh makin hampir duit tak perlu lagi, yg perlu ialah senjata.

    Tapi si Polan tu tak juga faham , suka sangat dapat jaga bakul duit, walhal musuh dah naik dikuala. Patutlah di restoran mamak kalau nak makan roti canai ada dua pilihan saja, satu namanya” roti telor ” satu lagi “roti Najib ” (maknanya roti yg tak ada telor).

  7. Adala..agenda nak selamatkan periuk nasi masing-masing….bodaoh sangat ke rakyat malaysia..ape-ape pun doakan agar malaysia selamat., .biar umeno lingkup…!

  8. Beruntung lah kau Najib…..! Kekayaan diatas tangan anda sekarang, songlaplah berapa billion lagi kau nak biar melopong rakyat Malaysia…ha..ha..ha

  9. Tribute to Tan Sri P.Ramlee:
    Kisah dri Nujum Pak Belalang.

    A: Sekarang kita sudah sampai, mari kita bagi wang ini sama rata.
    B: Yaa..sama rata.
    A: Satu untuk aku, satu untuk kau. Dua untuk aku dua untuk kau. Tiga untuk aku, tiga untuk kau. Empat untuk aku, empat untuk kau.
    B: Eeeee ini macam kira berapa lama mau habis. Kau pegang ini, aku kira.
    A: Nah..
    B: Satu untuk aku satu untuk kau, dua untuk aku dua untuk kau, tiga untuk aku tiga untuk kau, empat untuk aku empat untuk kau. Lepas empat berapa haa?
    A: hantam saja la.
    B: hentam saja la untuk kau, hentam sajala untuk aku.
    A: Eeeeh apa da!!
    B: Eeeeh apa da untuk kau, eeeh apa da untuk aku.
    A: Kepala hotak kau!!
    B: Kepala hotak KAU untuk KAU, kepala hotak AKU untuk AKU.

  10. – Pok Leh dah beri kunci Bank Negara pada Najib. Lagi senanglah Najib buat kerja. Adik dia pulak CEO CIMB, bank tersohor. Adik Najib juga tersenarai sebagai orang ke 40 terkaya di Malaysia dengan nilai harta US100 million, menurut Forbes Lists. Haiii senanglah punggah harta negara. Kunci dah dapat. Siapa nak pergi siasat? BPR….. tu Badan Pembersih Rasuah! Hanya di guna pakai kepada kakitangan awam bawahan saja.
    – Badawi memang PM yang dah cipta rekod, al maklumlah 2 orang YB disumbat ke ISA (Ikut Suka Abdulla). Dunia…kau punya ya!!! Sikit hari lagi kau tunggulah panggilan malaikat maut. Boleh guna ISA kepada Malaikat Maut? Soriiii…
    – Biasalah pesakit yang nazak akan guna talian hayat – oksigen. Itulah taktik terakhir Badawi.

  11. salam pd semua
    kadang2 aku gelak sorang dgn semua catitan saudara. ada kelakar, ada marah, ada geram, ada tenang, ada maki hamun. faham ….. faham kita manusia ada perasaan. kita rakyat, kita pilih siapa pemerintah.

    kewangan ada duit
    pertahanan ada c4
    kalau kau berani cuit
    aku bagi satu penampor

    kalau kau penampor jepun
    aku ada penampor bugis
    c4 aku tak heran pun
    kat rumah ku lagi bengis

    mari kita tukar jawatan
    tukar suka sama suka
    pantun ini pantun tauladan
    harap tiada yg terasa

  12. Sebenarnya PakLah bukan nak lindungi rakyat. Kalau dia nak lindungi rakyat dah lama dia tak naikkan harga petrol/diesel YANG MENYEBABKAN RAKYAT SEKARANG HIDUP MERANA. Jadi apa yang dia nak lindungi sebenarnya?…..banyak !!!!! tak cukup ruang nak dijelaskan di sini. Yang penting semua rakyat tahu, faham, mengerti dan MENDENDAMI !!!

    PakLah akan besarkan Lapangan Terbang Tentera Sungai Besi……

    PakLah akan sediakan kontena banyak-banyak kat situ……

    PakLah bagi semua bank2 di negara ini kepada kekasih hatinya(taukeh roti tak ada teloreee)….supaya dia lagi mudah berbelanja untuk musnahkan ekonomi negara……….

    Pada ketika itu tiada siapa lagi yang akan datang membela nasib rakyat termasuk anak cucu kita? Jadilah kita penumpang di negara sendiri. PENGEMIS di negara sendiri.

    Rakyat termasuk anak cucu kita akan jadi HAMBA ABDI…….

  13. Pak Lah memang suka buat kerja anih. Mula-mula jadi PM dia jadi tok imam. Tunku, Razak, Hussein dan Cek Det pun tak buat macam tu. Dia cucu ulama kena la buat kalau tak banyak sikit pun jadilah. Kemudian di buat Islam Hadhari, orang Islam yang tak faham Islam lagi bertambah tak faham. Dia angan-angan nak cari Imam Ghazali. Orang dah mati mana boleh jumpa. Kubur tu ada. Kalau cari jalan menuju kubur tu faham-fahamlah. Anih sungguh.

  14. Rileks sahabat semua,…yang korang dok mengutuk tu bangsa kita sendiri,…janlan terbaik adalah mengesa dan berdoa supaya benda yang tak baik dijauhkan,….caranya kita kena berlakuan baik untuk mendapatkan pulangan yang baik. Itu janji Allah kepada kita.
    Bukan dengan memaki hamun,..memfitnah,…mengecilkan minda,…
    Kepada Pjolor,….berhati-hatilah dengan setiap ayat yang disebut,…kerana ianya akan disebut semula ke telinga oleh ‘seseorang’ nanti kepada kamu. Cara berhemah sering menjadi pilihan. Isnyaallah.

  15. Baru semalam saya peringatkan Pak Najib (pagi tu
    belum tau lagi dia dapat kunci Bank Negara)saya
    dah pesan jaga sebaik mungkin duit rakyat. Kalau ditegur jangan melenting. Gupo-gupo eee hampeh…. Bangang betul Pak Lah. Memang patutlah Pak Imam Hadhari tu lotak jawatan.

  16. aku sokong nasihat ko tu apit…. budi bahasa tu amalan kita.. cuba belajar dalam berdiskusikita tidak mencarut atau di telan oleh nafsu agar minda sentiasa waras…

  17. pjolor..ko faham ke ape yg ko cakapkan tu??? kalau ko rasa apa yg kocakap tu punya fakta dan bukti buat laporan polis dan BPR je… jgn cakap ikut sedap mulut atau khabar angin… nanti diri sendiri yg binasa…

    sayangkan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara…. jgn suka melempar tuduhan tanpa bukti dan fakta…

  18. bukan pjolor je…yg lain lain tu pon sama gak… jgn ikut sedap mulut ye…

  19. azryen dan apit…

    Dari analisis aku…inilah beza antara kita dan yang tak suka kita…

    walaupun mungkin kita tak marhaen…kita jaga lah bahasa kita, jangan memaki hamun…berilah pendapat tanpa emosi…

  20. budi bahasa amalan kita
    mulut manis jadam banyaknya
    bila hati telah buta
    ibarat hidup bangkai bernyawa

  21. Maafkan saya apit, azryen dan kengkawan kerana semalam tu tengah marah sangat tak tertahan menahan perasaan memikirkan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

    Maklumlah orang tengah marah perut tengah lapar mamai pulak tu. Hari-hari isi petrol RM50 ulang alik kerja nak bela anak bini. 2 hari saja dah nak kena isi lain. Cuba kira berapa RM sebulan saya nak kena isi petrol. Tapi bukan saya seorang begitu. Kengkawan lain pun sama juga kan? Tulah saya pun dah ingatkan diri sendiri supaya jangan ikutti diskusi ni beginilah jadinya……terima kasih di atas segala teguran .

    Kalau rasakan ruang diskusi suara rakyat ini sudah terlalu sensitif dan boleh menjejaskan kengkawan atau mana2 pihak saya nasihatkan apakata kita berhenti sajalah. Elok kita tumpukan kepada yang lebih menguntungkan semua. Itulah nasihat saya kepada kengkawan semua.

  22. pjolor saudara ku
    aku faham dan setuju
    kdg2 kita terikut nafsu
    tapi bg mereka yg sekutu
    manusia perangai hantu
    harus kita perangi setiap waktu
    dlm kitab tertulis begitu
    silalah rujuk kpd yg tahu

    sudah resam adat melayu
    tak takut Tuhan, takutnya hantu
    apa nak heran semua itu
    asal hajat kwn jd seteru
    tanda hatinya buta otaknya dungu

  23. plojor.. bagusla klu ko masih bole berfikir camtu, aku tabik ko… sebenar kite sama sama ada pendirian dan pandangan.. jadi pandangan kita tula yg harus kia diskusi mencari kebenaran dan logik pada keadan sesama.. jgn terlalu beremosional atau mendengar pada satu pihak atau khabar2 angin yg disampaikan oleh org…

    apa yg peru kita mencari kebenaran tanpa ada hasutan dan menimban mana yg baik dan buruk serta mengelak dari mencarut, memaki hamun tak tentu pasala serta menuduh atau memfitah… itulah yg terbaik..

    bagi osamaleaden… whai sahabatku.. jgn berkata begitu.. mungkin adat resam sejak dulukala ada yg takutkan hantu atau syaitan… tapi tak la sampai tak takut pada tuhan… so pesanan aku.. didiklah anak takutkan tuhan dari memomok mereka takutkan hantu…. dan jgn suke menata org seperti itu.. tambah tambah bulan ramadhan yg mulia ini…

  24. sahabat ku azryen yg ku kasihani
    semoga dlm rahmat Allah

    aku menulis bahasa begitu
    bkn ku suruh takut kat hantu
    kalau tak faham carilah guru
    siapa yg faham mesti setuju

    bulan Ramadhan bulan mulia
    ayat Quran cari dalamnya
    perangai firaun sgtlah hina
    diguna cth mendpt dosa?

    bila berckp bkn menghina
    perangai firaun sbg cthnya
    sampai sekrg sejak dahulu kala
    adakah itu menghina namanya?

    apa yg marah perangainya sahaja
    bkn dimarah empunya nama
    kerana kita sama asalnya
    ciptaan Tuhan yg maha ESA

    azryen
    pesanan ku utk mu
    jgn kata hati kita buta tak bermata
    amat salah dr segi agama

  25. Memandangkan pengaruh dan ketokohan DS Anwar yang kebanyakan media dan pemimpin UMNO sendiri akui, adalah begitu tepat sekali jika beliau ditabalkan sebagai PM Malaysia yang ke 6. Ciri-ciri pemimpin yang baik adalah pemimpin yang adil dan boleh bertoleransi kepada semua rakyat yang berbilang kaum. Pemimpin yang bijak di dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan dunia luar akan menguntungkan negara dan rakyat. Manakala pemimpin yang ditolak oleh penyokong parti mereka sendiri dan ditolak oleh rakyat adalah pemimpin yang lemah dan patut digantikan.

  26. Kita patut bersyukur kerana DS Anwar tidak mencari musuh apabila membuat hubungan dengan negara luar. Seorang pemimpin yang baik adalah sentiasa berbaik dengan sesiapa selagi mereka berbaik dan tidak memusuhi kita. Apakah berbaik dengan Amerika Syarikat itu salah? Jika salah dan satu dosa besar, mengapa negara kita perlu menerima pelaburan yang begitu banyak dari negara tersebut? Adakah berhubung baik dengan mana-mana negara bererti kita ingin menjual negara kita kepada mereka? Satu ketika kerajaan memperkenalkan dasar Pandang Ke Timur, apakah dengan dasar tersebut negara kita telah dijajah oleh Jepun atau pun Korea? Pada akal yang lojik, munasabah kah DS Anwar ingin menjual negara tumpah darahnya sendiri? Bagaimana pula dengan kisah sedih dan menyayat hati apabila Singapura dilepaskan dari Malaysia? Bertambah pilu rasanya bila mengenangkan Pulau Batu Putih terlepas kepada Singapura. Apakah ini angkara DS Anwar atau siapa?

  27. PILIHAN KEDUA MENYERAHKAN KUASA MEMERINTAH KEPADA PAKATAN RAKYAT DALAM SIDANG PARLIMEN YANG TERDEKAT. JIKA ABDULLAH BADAWI MEMBUAT PILIHAN KEDUA RAKYAT AKAN SANJUNG ABDULLAH BADAWI SEBAGAI SEORANG PEJUANG YANG TEWAS DALAM PERJUANGAN TAPI DIKENANG SEBAGAI TOKOH YANG CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG.

  28. nak tegelak aku… ada org kata pak lah tu bijak. kalau dia bijak tidak lar negara jadi macam ni di zaman pemerintahan dia.. bercakap pun tak tau bijak macam mana?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: