Posted by: pinkturtle2 | September 18, 2008

Isu ISA Punca kabinet Abdullah Bertelagah Sesama Sendiri

poster: raktamrittika

Isu ISA Punca kabinet Abdullah Bertelagah Sesama Sendiri

(Hrkh) Imej kerajaan Barisan Nasional (BN) kini semakin menjunam apabila banyak tindakannya kebelakangan ini tersasar jauh sehingga menjadi medan amukkan sesama sendiri.

Isu ISA ternyata menyebabkan Umno dan BN mengelusur ke bawah sehingga membawa kepada perletakan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, kerajaan BN tidak mampu mempertahankan asas penahanan terhadap Editor Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin dan anggota Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

“Kerajaan BN menjadi lebih buruk selagi mempertahankan penahanan Raja Petra dan Teresa di bawah tahanan ISA kerana tindakan tersebut jelas tidak dipersetujui menteri kabinet sendiri.

“Dato’ Seri Dr Rais Yatim dan Zaid tidak setuju. Zaid pula sanggup meletak jawatan. Ini satu pukulan berat kepada kerajaan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan cek kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang mengidap sakit jantung.

Pada 12 September lalu Raja Petra, Teresa dan Tan Hoon ditahan di bawah tahanan ISA.

Bagaimana wartawan wanita akhbar berbahasa Cina itu dibebaskan selepas 18 jam kemudian .

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, ada pihak yang tidak bertanggungjawab memutar belit faktor penangkapan ke atas Teresa yang dikatakan cuba menghalang penggunaan alat pembesar suara ketika azan di sebuah masjid di Selangor baru-baru ini.

“Sedangkan ahli jawatankuasa masjid terbabit sudah buat kenyataan bertulis bahawa perkara ini tidak pernah berlaku, tetapi yang terjadi pada masa itu ialah kerosakan sistem pembesar suara sehingga suara azan tidak kedengaran,” katanya.

Oleh itu kerajaan BN perlu membebaskan segera mereka sebelum situasi lebih buruk menimpa kerajaan yang ada sekarang.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Mencelah dengan sedikit ayat ayat damai :

    1- (Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
    ( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #224)

    2- Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
    ( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #114)

    3- Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
    ( سورة الأنفال , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #61)

    4- (Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan) dan Dia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.
    ( سورة محمد , Muhammad, Chapter #47, Verse #35)

    5- (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada “Kalimah Takwa”, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan “kalimah Takwa” itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
    ( سورة الفتح , Al-Fath, Chapter #48, Verse #26)

    6- Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
    ( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #9)

    7- Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
    ( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #10)

    Salam…

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: