Posted by: pinkturtle2 | September 18, 2008

Siapa Yang Masih Percaya Berita Utusan?

Siapa yang masih percaya berita Utusan?

Adush …….. Utusan dah macam surat pekeliling UMNO. Ceritanya merapu rapu, tak der fakta dan sengaja di ada adakan. Tapi semua cerita hasut di dalam utusan tidak dikategorikan hasut. Pada UMNO, itu berita.

Kalau nak di bandingkan dengan status profesionlisma pemberita, Utusan jatuh tempat paling corot. Bahasa dan tajuk yang digunakan, seperti bukan lahir dari wartawan. Macam budak budak kecil. Kalau tidak kerana Utusan percuma di internet, baca pun kita tak nak. Bila FREE, kesempatan ini untuk persoalkan fakta berita mereka.

Korang baca senarai berita ngarut Utusan hari ini. Muntah hijau aku nak baca.

BN Sabah tidak akan lemah
Bukan untuk kepentingan Perdana Menteri – Rais
Pelbagai pihak terus bidas Anwar

http://umnomore.blogspot.com


Responses

  1. Orang Melayu matikan Utusan Melayu

    Oleh Ku Seman Ku Hussain

    PADA 1 Januari lalu tidak ada sesuatu yang luar biasa dirasakan oleh orang Melayu di negara ini. Mereka tidak berasa kekurangan daripada hari-hari biasa.

    Tidak ada peristiwa besar kecuali malam sebelumnya orang Melayu bermandi cahaya percikan bunga api melintasi Menara Berkembar Petronas. Malah ada juga yang menutup tirai tahun 2002 di Dataran Merdeka bersama muzik pop.

    Hari itu berlalu seperti biasa tetapi sejarah tercatat juga biarpun tidak disedari nilainya pada ketika ini.

    Tentunya 1 Januari itu tidak sama dengan 29 Mei 1939 di mana orang Melayu menatang kelahirannya dengan keringat dan air mata bangsa. Enam dekad usia berlalu dan realiti akhirnya terpaksa diterima bahawa kini ia tidak lagi menjadi kebanggaan bangsanya.

    Demikianlah nasib yang terpaksa dilalui oleh akhbar jawi, Utusan Melayu pada 31 Disember lalu. Sejarah penting dunia persuratkhabaran Melayu tercatat lagi apabila hari itu adalah keluaran terakhir Utusan Melayu sebagai akhbar harian. Akhbar harian jawi ini ditransformasi menjadi akhbar jawi mingguan dengan nama Utusan Melayu Mingguan.

    Setelah lebih 60 tahun, tulisan jawi yang dulunya sinonim dengan orang Melayu tidak dibawa ke dalam arus perdana semasa. Definisi moden bagi kebanyakan Melayu pula membuatkan jawi agak tertinggal di belakang. Jawi tidak mampu menjadi jambatan kaum kerana orang Melayu sendiri tidak meyakinkan kaum lain menghormati warisan yang satu ini.

    Tulisan jawi terus kehilangan khalayak. Kalau Utusan Melayu boleh dilihat sebagai cermin, maka transformasi menjadi akhbar jawi mingguan ada kena-mengena dengan sikap Melayu sendiri.

    “Orang Melayu kurang kesedaran terhadap sejarah, tradisi dan sumbangan yang tidak ternilai institusi seperti akhbar Utusan Melayu,” kata Datuk Johan Jaaffar ketika ditanya mengenai transformasi akhbar jawi harian itu menjadi akhbar mingguan.

    Johan yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan mengakui, beliau antara mereka yang berasa sedih dengan kehilangan Utusan Melayu sebagai akhbar harian.

    Akhbar Utusan Melayu diterbitkan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Bhd. Keluaran kedua Utusan Melayu Mingguan telah berada di pasaran. Usaha menerbitkannya dalam bentuk mingguan bukanlah berpaksi sebagai perniagaan tetapi khidmat sosial kepada masyarakat.

    Usaha ini adalah satu lagi pengorbanan besar syarikat Utusan Melayu untuk melihat akhbar jawi terus wujud di negara ini. Utusan Melayu mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara.

    Katakan apa saja sejarah besar negara, semuanya ada terakam dalam Utusan Melayu. Daripada pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng di Baling, rusuhan kaum 13 Mei 1969, rusuhan Natrah 12 Disember 1950 dan yang paling besar pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, semuanya ada dalam lipatan sejarah Utusan Melayu.

    Kerana itu pertimbangan untung dan rugi tidak mudah dilakukan untuk menentukan nasib akhbar jawi ini.

    “Syarikat Utusan Melayu telah mengambil langkah realistik tetapi yang menyumbang kepada kehilangan Utusan Melayu adalah masyarakat Melayu,” tegas Johan.

    Akhbar Utusan Melayu, menurut Johan, bukan sekadar sebuah surat khabar tetapi yang lebih penting Utusan Melayu sebuah produk yang membawa nasionalisme Melayu, dimiliki dan dibiayai oleh orang Melayu.

    Akhbar jawi ini pernah merentasi zaman gemilang bermula tahun 40-an lagi. Tokoh-tokoh wartawan dan politik tersohor negara ini sebahagian besarnya dilahirkan oleh Utusan Melayu. Antaranya Bapa Wartawan Malaysia Rahim Kajai, Said Zahari, Wartawan Negara Tan Sri Samad Ismail, bekas Presiden Singapura, Yusof Ishak dan Ishak Mohamad (Pak Sako).

    Utusan Melayu juga banyak melahirkan wartawan sasterawan yang menghunus pemikiran yang tajam membangkitkan kesedaran orang Melayu.

    Antaranya yang menjadi sebahagian daripada kekuatan akhbar jawi ini ialah Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warrant), Kamaluddin Muhamad (Keris Mas), Asraf Wahab dan A. Samad Said.

    Samad Ismail dalam buku Ketokohan dan Kewartawanan menulis, “Pengaruh Utusan Melayu terhadap saya tidak berat sebelah. Ertinya kami saling pengaruh-mempengaruhi. Saya membentuk Utusan Melayu dan Utusan Melayu membentuk jiwa saya. Kami saling terhutang budi antara satu sama lain.”

    Dalam buku Suara Keramat sempena 50 tahun Utusan Melayu, Samad menulis, “Nasionalisme Melayu telah melahirkan anak sulungnya berupa sebuah akhbar harian iaitu Utusan Melayu.”

    Transformasi Utusan Melayu menjadi akhbar mingguan mungkin memberikan keinsafan khususnya kepada orang Melayu untuk sama-sama memikirkan peranan mereka melangsungkan satu warisan bangsa. Ketiadaan akhbar harian jawi ini boleh dilihat sebagai kesimpulan kepada krisis yang berlaku di kalangan orang Melayu.

    Syarikat Utusan Melayu telah melakukan lebih daripada yang sewajarnya untuk akhbar jawi ini. Bayangkan Utusan Melayu hingga hari terakhirnya mencatat jualan 7,300 naskhah sementara akhbar mingguan jawi, Utusan Zaman mencatatkan 7,550 naskhah. Ini bermakna syarikat ini terpaksa menanggung kerugian RM3 juta setahun semata-mata meneruskan penerbitan Utusan Melayu dan Utusan Zaman.

    Katakan apa usaha yang tidak dilakukan oleh syarikat Utusan Melayu untuk memanjangkan hayat akhbar harian jawi ini? Apakah usaha menjadikan edisi harian kepada mingguan ini dilihat sebagai tindakan yang tidak patriotik?

    Kalau mengikut perkiraan perniagaan, Utusan Melayu dan Utusan Zaman sewajarnya telah lama ditiadakan. Dengan menanggung kerugian yang telah dijangka pada setiap tahun bukanlah tindakan yang bijak dalam perniagaan.

    Tetapi bagi syarikat Utusan Melayu nasib akhbar jawi ini tidak ditentukan oleh kepentingan perniagaan semata-mata. Buktinya kerugian RM3 juta setahun boleh dilihat sebagai pengorbanan syarikat ini membina kekaguman orang Melayu terhadap sejarah dan warisan bangsa.

    Sudah pasti antara kecaman sesetengah pihak terhadap syarikat Utusan Melayu tidak ada obligasi sosial terhadap masyarakat. Apa salahnya menanggung kerugian RM3 juta kerana kepentingan warisan, kata mereka.

    Jangan mempersoalkan obligasi sosial syarikat Utusan Melayu sebaliknya mereka perlu bertanya di mana komitmen orang Melayu untuk memanjangkan jangka hayat tulisan yang mempunyai signifikan dengan orang Melayu?

    Akhbar Utusan Melayu menghadapi kehilangan pembaca. Faktor ini membuatkan akhbar ini tidak mendapat sokongan pengiklanan. Dengan kos penerbitan yang tinggi, tidak ada akhbar yang boleh bertahan dengan jualan semata-mata. Apatah lagi Utusan Melayu yang hanya dijual 7,300 naskhah sehari.

    Secara mudah tulisan jawi tidak ada nilai komersial lalu ia tidak ada pembaca. Siapa yang menentukan sesebuah akhbar itu komersial atau tidak kalau bukan orang ramai?

    Tranformasi yang dilakukan ke atas Utusan Melayu sebenarnya suatu harapan bahawa edisi hariannya akan diterbitkan semula. Tetapi ini bergantung kepada perubahan yang berlaku di kalangan orang Melayu kerana merekalah penentu akhbar harian jawi ini.

    Ironiknya ketika akhbar harian jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan oleh orang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembira menyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental Daily News. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan orang-orang Cina.

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0112&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_10.htm&arc=hive

    Soalan Cepu Emas : Harakah ada martabatkan Tulisan Jawi dalam akhbar berbanding Utusan ?

    Siapa lebih utama membaca tulisan jawi selain orang Melayu ?

    Siapa lebih pandai baca Jawi kecuali golongan agama seperti yang ramai dalam PAS ?

    Jualan 7300 sehari melambangkan kehipokritan PAS membela Jawi berbanding Umno yang menajanya untuk pelajar.

    Perkasa Jawi : Pemuda Taja 5,220 Naskhah Akhbar Jawi
    Posted on Tuesday, May 09 @ 11:48:59 MYT

    Oleh Adnil Mohd

    Permatang Pauh –- Sebanyak 5,220 naskhah akhbar Utusan Melayu Mingguan akan ditaja Pemuda UMNO bahagian ini bagi tempoh setahun untuk diagihkan kepada enam buah sekolah kebangsaan di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata langkah tersebut bertujuan untuk membantu murid-murid menguasai tulisan jawi menerusi akhbar berkeaan kerana ia boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

    “Kita berharap murid-murid dapat memanfaatkan sepenuhnya akhbar ini termasuk warga sekolah yang lain dalam usaha meningkatkan lagi penguasaan tulisan jawi pada masa akan datang.

    “Dan sekiranya tajaan ini memberi kesan positif kepada semua pihak maka ia akan disambung lagi pada tahun depan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan tajaan akhbar Utusan Melayu Mingguan kepada sekolah-sekolah itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pauh, di sini hari ini.

    Penajaan itu menjadikan bahagian itu muncul sebagai sayap Pemuda UMNO yang pertama menaja akhbar tersebut sejak ia diterbitkan semula Isnin lalu sebagai sisipan Utusan Malaysia selepas dihentikan penerbitannya pada 29 Januari lalu.

    Turut hadir ialah Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Utara Utusan Melayu (M) Bhd., Idris Asaran dan enam guru besar sekolah terlibat.

    Sekolah tersebut ialah SK Bukit Indera Muda, SK Permatang Pasir, SK Sri Penanti, SK Guar Perahu, SK Permatang Pauh dan SK Tok Kandu.

    Sementara itu, dalam perkembangan sama Mohd Zaidi turut memberi cadangan agar berita muka depan akhbar Utusan Melayu Mingguan dibacakan secara ringkas di hadapan murid semasa perhimpunan pada setiap setiap hari Isnin di sekolah kebangsaan di seluruh negara.

    Beliau berkata langkah itu bagi menarik minat murid-murid membaca akhbar tersebut selain memberi motivasi dan semangat untuk mereka menguasai tulisan jawi dalam usaha memartabatkan semula tulisan tersebut.

    “Utusan Melayu Mingguan diterbitkan setiap Isnin, maka apa salahnya jika tajuk utama dan berita muka depan akhbar itu dibacakan di hadapan perhimpunan bagi menaikkan semangat murid untuk turut membacanya,” ujarnya.

    Mohd. Zaidi berkata, berita tersebut boleh dibacakan oleh guru yang mengendalikan perhimpunan itu atau oleh seorang murid yang dilantik secara bergilir-gilir setiap minggu.

    Beliau berkata, cadangan tersebut merupakan antara langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan akhbar itu dibaca oleh setiap murid. Menurutnya, guru-guru boleh merancang strategi tertentu bagi memastikan akhbar tersebut dimanfaat sepenuhnya oleh murid-murid bagi mempertahankan tulisan jawi yang merupakan khazanah bangsa.

    “Akhbar ini diharap tidak diletakkan begitu sahaja di sudut-sudut bacaan sekolah tetapi digunakan secara wajib dalam slot pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tertentu,” jelasnya.

    http://pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5484

    Bukti telah nyata …Fikirlah dengan tenang.

    Iklan dibawa khas :

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  2. From The Star Thursday September 18, 2008 MYT 2:33:44 PM

    Anwar wants Parliament to meet by Sept 23:

    Datuk Seri Anwar Ibrahim claims he has sent a letter to the Prime Minister on Tursday requesting him to call an emergency Parliament session no later that Sept 23 to deliberate on a vote of no-confidence’ against Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s leadership.

    CTS: He knows that parliment is not in session in this fasting month. So he try to create a new drama. Why on earth you think that Pak Lah is going to listen to you, Moron? You call for the press conference just to covey your stupid ideas. Come on!

    CTS: Secondly, you asked that man to hold a emergency parliment just to get ride of him (so call). Ha .. Ha … Ha … You are really a true comedian. I think we are as stupid as you think?

    The Opposition said this at a press confenrence at the PKR headquarters here Thursday afternoon.

    On Tuesday, Anwar claimed that he had enough lawmakers to form a new government but has officially delayed the takeover deadline.

    He said he was prepared to delay the deadline in the interest of a smooth transition of power.

    He was also ready to show Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi the list of Barisan Nasional MPs defecting over to Pakatan Rakyat should Abdullah grant him a meeting.

    “The numbers are increasing by the hour, but as of now, it is in excess of 31 MPs, This is not empty talk. I am fully responsible for my statement but we have choose to be patient and use the conciliatory way,” Anwar told a packed press conference at the PKR headquarters.

    The Opposition Leader said he would even give Abdullah the list of names of Barisan MPs wanting to defect at their meeting.

    “I am appealing in the name of political stability and smooth transition. It will be preposterous for the Prime Minister to deny me this meeting. He has no choice but to negotiate since we have the numbers,” said Anwar.

    CTS: Same script, different version. You have banrupt ideas Anwar.

    Asked why he still refused to give the exact number of defecting MPs, or their names, Anwar replied there was fear the MPs would be detained or harassed.

    CTS: You don’t want to give names fear that they will be detained and harassed but you are willing to see Pak Lah to submit the same names. What a master Flip Flop you are!

    Pressed for a deadline for the meeting, Anwar said he did not like to give any ultimatum but it should be within these few days or other options would be considered.

    Asked if he would seek an audience with the King and present himself as commanding majority in Parliament, or would he seek a no-confidence motion against Abdullah at the next Parliament sitting in October, Anwar was non-committal and said such options would be discussed at the highest leadership level in PR.

    CTS: Now he carefull in choosing his word. “I’m not commit … I will discuses at the highest leadership level in PR. Bullshit! You just don’t dare to make a promise as you are a liar!

  3. utusan malaysia akhbar yg paling penipu…saya amat meloya baca utusan..

  4. salam
    utusan adalah akhbar rasmi anwar selama berpuluh tahun… mempromosikan kepimpinan beliau dulu dalam umno…seperti biasa…beliau tak akan kenang budi…seperti ezam, utusan dicampak ke longkang…lepas ni tak tahu pulak siapa yang kena pula …mungkin azmin yang semakin hilang taring dalam pkr..masa kan tiba kerana anda berurusan dengan pengkhianat seperti anwar
    wassalam
    🙂

  5. cucu tok selampit makan rasuah ka??? kita nak berubah.. bukan nak jadi pak turut selama2nya.. kau la moron!!!

  6. kumbang lak macam bagus je… mana kau tau anwar pengkhianat? salah ke nak tukar govt?? tak salah kan??? sesiapa pun ble jadi pm kalau layak. apara kau…

  7. Apa la ke bodoh sangat baca surat khabar utusan tu..org umno ni tak habis-habis nak ungkit cerita 10-20 tahun dulu ..sikit2 cerita dulu2.Zaman dah berubah,manusia dah maju…sekarang paper utusan org buat bungkus belacan je..

  8. lama dah tak membeli utusan neh..kt sini sinar harian paling popular…eh kalu tak sokong umno bn ni kita boleh jadi pengkhianat ke??

  9. kalau ditunjukkan perangkaan utusan surat khabar paling teruk
    kalau tak percaya lihat dikedai
    jijik nak baca

  10. Apara Utusan, layan DJ Tiesto lagi baikkkk

  11. azleen.. mana ko tau utusan malayisa tu meloyakan???

  12. bagi aku org yg tak sokong umno bukanlah pegkhianat.. tapi org yg berbeza fahaman… tu je…tapi klu nak tau pengkhianat … salah satu contoh adalah warganegara malaysia yg mahu mengganggu gugat kerajaan buat havok dan menjadikan rakyat dalam gelisah disebabkan ketidak stabilan dalam negara.

    buatlah ikut peraturan dan perlembagaan yg dah termaktub…

  13. betul azryen…

    apa-apa pun…ikutlah peraturan…kat rumah pun ada peraturan masing2…janganlah gelojoh sangat…

    aku baca paper keadilan…lagi rasa nak muntah…kesahihan beritanya lagi lah meragukan…nak baca berita semasa pasal kemalangan pun…macam tak ada ja…at least dalam utusan ada la jugak…

    so…yang takut sangat kat utusan tu…apasal? takut tembelang pecah ke?

  14. anak cina memasang lukah
    sambil makan buah berangan
    berita utusan tidak susah
    baca boleh percaya jangan

    anak melayu buat bahulu
    mari simpan dlm peti
    berita utusan siasat dahulu
    jgn terus semat dihati

    anak india menoreh getah
    getah dijual dipekan baru
    jgn diperdaya dgn mudah
    saja baca ambillah tahu

  15. Buruk sangat ke paper Utusan ni? Tak baca sejarah ke tentang keterlibatan Utusan sejak dari dulu hingga sekarang. Utusan sudah mendarah daging bagi orang Melayu, bukan saja pada bangsa dan negara bahkan agamanya.

  16. singapura pernah dilanggar todak
    khabar berita orang dahulu
    elok tidak buruk pun tidak
    hanya pandangan peribadi ku

    kaca indah bak permata
    palsu nya tak nampak dimata
    separuh bahagian betul cerita
    ada terlebih ditambah gula

    bila lebih ditambah gula
    nanti badan dtg bahaya
    bkn semua org suka
    kalau tak suka jgn dipaksa

  17. itu utusan sama spti utusan lumbu dah! itu utusan lumbu memang teruk punya dah! wa sudah 10 tahun tarak baca itu utusan dah! wa tahu itu meloya pasat semua cite dia sahaj betut!

    lu buat debat lah dol..semua olang tengok..sama ada itu utusan betut or loya jugak!

    satu lagi…sejalah dulu utusan dibangunkan kerana apa? Itu sejalah dulu. Sikalang punya sejalah itu utusan lumbu apa fokus dia?

    Olang putih punya berita The Independent, Guardian dsbnya ala bagus lagi dari itu Utusan Lumbu dan Berita Hampas dah! Cuba fikir sendili lah!

  18. Andainya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia, adakah berita Utusan akan menyebelahi Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional?

    Mampukah Utusan memburukkan BN yg menjadi pembangkang kpd PR kelak?

    Mari kita tunggu dan lihat dimana kredibiliti Utusan pada masa itu..

  19. hei jebat turun kau kemari
    walau pakatan perintah negeri
    utusan tak ubah cerita diberi
    kerana lesen ameno yg beli


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: