Posted by: pinkturtle2 | September 19, 2008

Hari Terakhir Najib Dalam Kementerian Pertahanan

Hari Terakhir Najib Dalam Kementerian Pertahanan


Responses

  1. Assalamualaikum
    20 Ramadan 1428 – 10.5mlm

    Cengkaman jawatan menjawat Menteri Pertahanan oleh YAB PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Imam Islam Hadhari dengan meninggalkan jawatan Menteri Kewangan setelah membentang Bajet 2009 yang belum dibahaskan, sementelah suasana merudum pasaran saham dan ekonomi seolah-olah meninggalkan najis kepada Datuk Najib membasuh membersihkannya

    Dalam bahasa vilage political maka Pak Lah telah mengiakan, menbenar serta mengesahkan tuduhan selama ini yang dihalakan kepadanya oleh orang ramai mengdakwa yang beliau tidak berkeupayaan, berkebolehan dalam tadbirurus kewangan dan ekonomi negara maka itulah hakikatnya yang dizahirkan pada hari Rabu lepas 24 September 2008 yang lalu, sahlah lagi terang bersuluh dibulan purnama.

    Pada hemat saya PM Pak Lah terpaksa mengambil kembali Kementerian Pertahanan yang satu masa dahulu beliau menjawatnya dan telah dipecat oleh PM Tun Mahathir ketika dulu yang sedang mempengerusi mesyurat di Kementerian Pertahanan. Kemungkinan kabinet ini untuk tempoh sementara untuk dijadikan tongkat bergantung setelah Kementerian DN yang diserahkan kepada Syed Hamid Albar.

    Barangkali dulunya pasukan polis, FRU tidak cukup kuat dan mampu mendindingnya. Maka dengan itu kemudahan tenaga insan yang terdapat di Kementerian Pertahanan mempunyai nilai tambah dan kekuatan tambah untuk melindungi dan menyelamatnya sekalipun Kepimpinan kanan dan pengikut kanan UMNO sudah tunjuk dan membuka pintu tingkap jalan keluar dengan tidak bergantung peralihan kuasa yang haram disisi UMNO lama dimenterai diantara beliau dan timbalannya.

    Sekiranya benar dan menjadi kenyataan-realiti bahawa Pakatan Rakyat sebagaiman didakwa dengan diyakini mendapat sokongan pasti dari mp BN untuk bersama-sama menubuhkan kerajaan baru Malaysia – Kerajaan Pakatan Rakyat, maka hendaklah Pak Lah akur dan janganlah mengikut jejak langkah mantan Presiden Pakistan Praves Musharaf yang menggunakan kuasa tentera menghancur negara dan rakyatnya.

    Berundurlah dengan hurmat wahai Pak Lah cucu Tok Wali agar masih ada dikalangan rakyat yang bersimpati dan berdoa diatas secebis jasa kepada rakyat walaupun kemarahan rakyat berganda agenda Khairi keatas Imam Hadharinya yang menjadikan punca kemarahan rakyat keatas MR CLEAN.

    Sama-sama kita bina negara kita, apa yang berlaku sekarang ianya bukan lah mengancam keselamatan negara tetapi ianya adalah kehancuran UMNO-BN sedang pacu mara bila-bila.

    Kekuatan-kekuatan yang melindungi UMNO-BN selama ini seperti SPR, RTM, TV3, PDRM, FRU, RELA, KEMAS, JKKK, OSA, ISA sebagai komponan BN yang gajinya dibayar oleh rakyat bangsa menjadi hamba pecacai BN-UMNO selama ini, cukuplah 50 tahun. Menyedari semua itu adalah alat perkakas menguatkan UMNO-BN mengcengkem meninda rakyatperkauman adudumba rakyat faham membacanya.

    Kini baru ku tahu kenapa UMNO-BN takut untuk menyerahkan kerajaan baru kepada Pakatan Rakyat walau memenuhi keperluan lunas jalinan Perlembagaan Negara khususnya bilangan MP yang lebih kini menyebelahi PR.

    Wahai Imam Hadhari, ambillah falsafah dan iktibar dari Ramadan Kareeem ini. Janganlah rakyat kelak sekadar menjulang jasa gemilang sekadar ditinta dengan laungan dan panggilan bapa bapa “BAPA MERTUA KHAIRI” itu saja.
    Bapa Kemerdekaan pada YTM Tengku Abdul Rahman, Bapa Pembangunan kepada Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir bapa apa saya tak ingat, maaf

    Ya!! ‘Allah Ya! Tuhanku selamatkan lah negara ku.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: