Posted by: pinkturtle2 | September 20, 2008

Rais Yatim : Amerika Pergunakan Anwar

Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.
Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS) – Rais Yatim

Rais Yatim : Amerika Pergunakan Anwar

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Rais berkata, seminar yang akan dipengerusinya itu nanti akan menyediakan duta-duta berkenaan fakta lengkap mengenai sistem perundangan dan kedudukan ekonomi Malaysia termasuk penjelasan tentang Bajet 2009.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun akhirnya terbukti apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu, namun Anwar masih terus mencanangkan impiannya itu dengan menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan pada 23 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meminta sidang khas itu diadakan adalah bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Abdullah tidak melayan permintaan itu.

http://www.utusan.com.my



Responses

  1. kah kah kah…
    citer lawok dari utusan meloya.

  2. Rais Anak Yatim dan Pak Dollah pegi Amerika minta bantuan.

    Ha ha Ha

  3. usa nk ‘masuk’ malaya melalui anwar watpe pak rais oii??? hang cube check tngok rakan prdagangan terbesar malaya siapa dia?? dah sepuluh tahun aku tggu bukti kukuh yg si anwar ni ejen usa..mana dia wahai si pembakar jambatan???

  4. Anak Yatim si pembakar jambatan. Lepas jambatan hangus menyeringai macam… kah kah kah…

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH

    – Naspazi

  5. lg satu pak rais oii hang cuba check satu ketika dulu ada pemuka negara malaya ni yg sanggup upah pelobi yahudi nak jumpa dgn abg bush..tak gtu en naspazi?

  6. tak baik rempuh umno sampai jatuh……
    kalau rempuh orang-orang dalam umno yang merosakkan umno sampai jatuh,….AKU SETUJU!!!!
    Sebab peribadi aku…..,yang lain tak sama sebab dengan aku no hal….
    Umno nie parti melayu,..macam PAS ….,majority pun melayu…..lain-lain parti aku tak nampak perjuangan dia…..lebih pada mengutuk….mengutuk…mengutuk…mengutuk…yang penyokongnya pun sama….yang tak bestnya…kutuk bangsa sendiri ler pulak….
    kalau betul benci benci BN…..,aku tak dengar lansung korang kutuk menteri dari MCA ker MIC ker….korang ada syok giler kutuk bangsa sendiri….
    cara yang betul nak perbetulkan umno nie adalah dengan berdamping dan merawatnya….bukan dengan menghukumnya…yang mana berkudis tu kita rawat….,yang dah kena kencing manis kita potong kaki dia….tapi jasadnya kita kena pelihara…..,itu perkara wajib kita sebagai bangsa melayu yang beragama islam.

  7. Sdr Apit,

    01. Yang paling best fitnah bangsa sendiri dengan tuduhan Liwat I dan Liwat II.

    Lebih best lagi berzikir dan berwirid dengan lafaz liwat… amacam? keh keh keh…

    02. Berikut mentera abad baru. Mentera naspazi..

    1. Whailah mambang hitam, mambang putih, mambang hijau, mambang coklat, mambang biru, mambang kelabu asap. Turunlah para mambang-mambang dari gunung si mambang.

    2. Tolong, Tolong, Tolonglahhh para mambang…buang Kedutaan Amerika dari bumi Malaysia ini.

    3. Bukan engkau tak tau mambang yang [BOM ATOM DAN C4] Amerika tak henti-henti berterbangan di angkasa menghujani Malaysia sejak 1998 hingga 2008 bagi menjajah Malaysia, of coz tolooonggglah mambang…

    4. Amerika menjajah Malaysia…kah kah kah…keh keh keh…

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH

    – Naspazi

  8. sdr Apit kata….
    cara yang betul nak perbetulkan umno nie adalah dengan berdamping dan merawatnya….bukan dengan menghukumnya…yang mana berkudis tu kita rawat….,yang dah kena kencing manis kita potong kaki dia….tapi jasadnya kita kena pelihara…..,itu perkara wajib kita sebagai bangsa melayu yang beragama islam.
    ———————————————————
    susah nk rawat cara mcm itu
    cara paling senang untuk merawat segala jenis penyakit org UMno/BN spt barah rasuah,gila kuasa akan hilang secara otomatik jika ahli2 UMno/BN berhijrah ke PR.AMACAM!!! setuju??

  9. Nak rawat camno sdr apit oiii…… berkudis di kaki dah potong kaki, berkudis dibetis dah potong betis, berkudis dipaha dah potong paha. Kudis dah naik keperut, kedada, nak potong kat mano sdr apit oiiii…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: