Posted by: pinkturtle2 | September 20, 2008

Kedua- Dua Pertuduhan Ke Atas Saya Tidak Betul – Teresa

Saya menafikan kedua-dua pertuduhan itu kerana saya tidak pernah melakukannya

Saya menafikan kedua-dua pertuduhan itu kerana saya tidak pernah melakukannya.Isu ini timbul adalah kerana fakta yang tidak tepat yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan - Teresa Kok

Teresa Nafi Cetus Isu Azan

PETALING JAYA, 19 Sept (Bernama) — Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menafikan bahawa beliau mencetuskan isu larangan laungan Azan di Selangor dan desakan supaya 30 peratus pendapatan Jabatan Agama Islam Selangor diagihkan kepada agensi-agensi bukan Islam.

“Saya menafikan kedua-dua pertuduhan itu kerana saya tidak pernah melakukannya,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP di sini sejurus selepas pembebasannya.

Isu ini timbul adalah kerana fakta yang tidak tepat yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan, katanya.

Mengenai isu papan tanda tulisan jawi, katanya teguran yang beliau berikan adalah atas desakan Persatuan Penduduk Taman Seputeh yang tidak bersetuju dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kerap kali menukar papan tanda.

“DBKL kerap menukar papan tanda beberapa bulan sebelum ini dan menukarnya semula selepas itu kepada tulisan jawi. Isu yang dibangkitkan adalah pembaziran yang dilakukan bukan soal penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda,” katanya.

Mengenai siasatan sepanjang penahanannya selama lapan hari, beliau berkata, “Saya agak terkejut tidak ada soalan lain diajukan kepada saya selain soalan-soalan tersebut”.

Menurut beliau penangkapan di bawah ISA sepatutnya menjurus kepada mereka yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan bukan kerana isu-isu seperti ini.

“Saya rasa tindakan ISA tidak wajar kerana penahanan ini berlaku disebabkan oleh dakwaan tanpa usul periksa terhadap kenyataan saya yang dimanipulasikan di dalam surat khabar,” katanya.

http://www.bernama.com.my


Responses

  1. melayu/ islam…..,mana komen anda?
    kalau Pak lah ngan najib punya isu…,bukan lagi korang…berapi-rapi…

  2. Sdr Apit,

    Bahkan anjing dan kucing sekalipun tak patut dizalimi atau diseksa, ini kan pula manusia.

    Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah!

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH
    – Naspazi

  3. Saya galakkan org2 yg rajin buka internet, tgk w.site politik. Bacalah blog2 mrka. Jgn buta mata hati. Jgn sokong semberono. YB Teresa, ada blog, so, bacalah! Since PR mmg sukar dpt tpt di media perdana.

  4. saya baca hampir semua blog politik….,memang blog pembangkang citer pembangkang….blog kerajaan citer kerajaan….., memang logik yang benar tetap benar…yang salah tetap salah. Saya ambil kira dari segi perlakuan dan moral. Jika Umno buat salah saya hentam….jika pembangkang buat salah pun saya hentam. Kawan – kawan saya ada yang dari kedua-dua parti…,kami duduk semeja bincang hal politik semasa…,tidak semua yang ada dalam blog boleh dipercayai…,sumbernya boleh diragui….lebih2 lagi suratkhbar…tak kiralah utusan ker,..berita harian ker…harakah ker…sinar keadilan ker….
    nasihat aku…..,melayu/islam jangan lalai…..aku dah nampak sedikit demi sedikit ruang anasir anti melayu/islam nie bertambah besar…..,yang memanjakan anasir ini ialah orang kita sendiri….tak kiralah dari pihak kerajaan atau pun pembangkang…., Ini pengalaman peribadi aku….,terjadi depan mata aku sendiri…harap dijadikan iktibar…..Tian Chua…..dari PKR ditahan pada roadblock polis…masa tu ada 4-5 biji kereta penyokong PKR sekali nak pergi kempen apa ntah….polis kata ikut jalan lain pasal ada function menteri…..Tian Chua maki polis ( melayu ) tu macam anjing takder lesen korang tau tak!!!!
    Yang aku macam nak menangis,…penyokong PKR dalam kereta yang belakang tu ( semua melayu ) bersorak kegembiraan bila polis tu kena maki dengan Tian Chua….,sepatutnya penyokong itu mesti merasa terhiris apabila bangsa kita diperlakukan begitu ketika mencari rezeki. Ini tidak, menggalakkan lagi. Gelaran apakah yang patut kita beri pada orang macam ini…?

    Ingat! sebarang pertelingkahan sesama kita….adalah kemenangan mereka.

  5. 1. SAYA KATAKAN KAEDAH PENULISAN ANDA LINTANG PUKANG!

    2. SAYA KATAKAN STANDARD PARADIGMA ANDA RENDAH, LECEH DAN MEMALUKAN!

    3. MAAF, SAYA TIDAK HORMAT KAEDAH PENULISAN DAN STANDARD PARADIGMA ANDA!

    4. PARADIGMA DAN TULISAN YANG HENTAM KEROMO SEMBERONO BUKAN STANDARD SAYA!

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/392

  6. APIT!!!…cuba citer siapa yang anti Melayu dan Islam?…Siapa yang ambik rezab Melayu untuk pembangunan?…Siapa yang lenyapkan tulisan Jawi dari arus pendidikan?… Siapa yang telah lupa tarikh 16 September ialah tarikh penubuhan Malaysia?…. Siapa yang boloskan PATI ke Malaysia?…. Siapa yang lenyapkan matapelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah?…. Siapa yang menafikan pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum munculnya UMMMM NOOOOOO!!!!! Banyak nak soalan tapi sepertimana ulasan Naspazi…membuatkan aku malas nak soal banyak perkara…… Ingat UMMM NOOOO je ke yang lakarkan sejarah negara Malaysia???? Selama 51 tahun UMNO jadi tonggak pemerintahan banyak yang buruk dari yang elok… Memang le ALLAH dah gelapkan mata dan hati anda…..

  7. Muka buruk…bangsa2 kafir laknat nih lah yg geng2 anwar sokong…apa diaorg buat sumer btol..yg salah pon betol aja…jliatlah pungkoq teresa nih pungkoq anwar pungkoq lim kit siang puas2…dah tergadai maruah bangsa sendiri baru nak nyesal x guna…

  8. kpada apit dan wmz…benda nie tjadi bila bangsa mlayu dihina olh bangsa sendiri..jgn slahkan bangsa lain.slahkan bangsa sendiri.korg jgn lupa bangsa yg kau kafir laknat nie la yg bantu org melayu..tgk kes di mlaka..guan eng dipenjara krana mebela org melayu..sape yg menaikkan gaji guru agama ?org mlayu k?..tak…bangsa melayu sendiri yg menjahanamkan bangsa sendiri..

  9. 1. Saudara [ada nama], sebab itu saya berani kata, paradigma pencacai melayu umno muflis standard. Inti tulisan mereka bukan sahaja sifar standard, bahkan muflis harga diri.

    2. Contohnya tulisan [wmz], intipati paradigmanya serta susur galur bahasanya tidak tergamak dilakukan oleh seorang penulis yang baik dan berwibawa. Sungguh standard sampah oleh manusia sampah.

    3. Saya sentiasa mengharapkan kewujudan warga Malaysia yang berjiwa besar, berpandangan jauh, berparadigma indah dengan menjunjung kemuliaan agama dan karamah insaniah, demi kebenaran dan kesaksamaan warga Malaysia yang tamadun, moden, kuat dan sentosa.

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH

    – Naspazi

  10. bro naspazi,kebykan pykong amno /bee end nie bila bckp atau bagi hujah mmg xde point.apa pemimpin bee end ckp ..trus trima bulat2..pastu trus hentam mereka yg x sealiran ngan dorg..aku org melaka..jd aku tau MP DAP wat.contoh parlimen kota melaka,nape bee end pgang sepenggal j..kebykan org kota melaka ingat jasa MP DAP,dorg x pilih bulu bila beri bantuan.baik cina,india melayu smua dpt.so bro naspazi,bila kite lawan blik dorg nie ngan fakta yg kite ada..dorg akan senyap.

    LAWAN TERUS LAWAN!!
    16 SEPT 08 XJADI ,KITE TGGU 16 SEPT YG AKAN DTG!

  11. Paradigma pemimpin dan penyokong umno sama sahaja, tiada kualiti membangun mental ke arah lebih rasional dan intelektual. Bolelah diibaratkan mereka seperti kata peribahasa ‘Tujuh jong masuk anjing bercawatkan ekor juga’

  12. Haa mintak la jadi tuka kerajaan baru kita rasa macammana org melayu kena tindas … cina … bagi 1 amik 10 korang tungu la nanti

  13. Setuju Jawi dikekalkan di papan tanda. Tidak setuju tulisan Cina,Tamil, dan Inggeris ditulis di papan tanda. Tulisan Jawi tak sepatutnya dipinggirkan. Tulisan Jawi tulisan asal di negara ini setelah dilakukan penyesuaian dan penyerapan yang sepatutnya. Negara kita ada citra tersendiri, citra kebangsaan negara Malaysia (negara bangsa). Tak perlu citra kebangsaan negara asing. Jangan biar majmuk bawa kecamuk dan jangan biarkan muhibah bawa rebah dan gelabah.

  14. dbkl mmg teruk sanggup bunuh kucing dan anjing diorng makluk Allah jugak nk hidup. berdosa sapa2 yang seksa kucing dan anjing


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: