Posted by: pinkturtle2 | September 20, 2008

Saya Mewakili Pertubuhan Peguam Pembela Islam, Bukannya Parti Keadilan – Zulkifli Noordin

‘Islam paling utama, yang lain perkara kedua’ – Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) Dalam mempertahankan tindakannya yang terlibat dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah Forum Anti Islam anjuran Bar Council, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin menegaskan bahawa ‘Islam paling utama, yang lain perkara kedua’ merupakan prinsip yang dipegang selama ini.

Zulkifli berkata demikian dalam hujah bela dirinya baru-baru ini di hadapan Jawatankuasa Disiplin KeADILan (JKD) yang dianggotai oleh panel terdiri daripada Timbalan Presiden KeADILan Syed Hussin Ali, Din Merican dan YB Hee berhubung insiden

Ahli Parlimen itu menjelaskan bahawa beliau mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya parti KeADILan semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

“Saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.

“Namun pada pandangan saya, Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi,” katanya yang dipetik daripada laman blognya.

Beliau mengakui ‘berkasar’ dengan peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan namun adalah hasil tindakan provokatif terhadap himpunan aman tersebut.

“Kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf namun tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut.

“Malah jika Bar Council bercadang untuk mengulangi lagi sudah pasti mereka akan dapati saya akan berada di sana untuk mempertahan dan membela Islam. I’ll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude,” katanya menjelaskan kedudukan kepada JKD.

Biarpun beliau mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam, kata Zulkifli.

Katanya, ahli panel terbabit turut menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian beliau akan bercanggah dengan pendirian KeADILan, namun Zulkifli mengulangi pendirian dan prinsip bahawa Islam lebih diutamakan berbanding perkara lain yang ‘jatuh’ nombor dua dengan mengungkap ‘for me, Islam come first, the rest are second’

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. salam
    lihat bagaimana kesalahan berat mendukung agama Islam dalam PKR, jika Islam tidak relevan dalam PKR, berundurlah saudara Zulkifli jangan sampai maruah melayu dan Islam tergadai
    wassalam

  2. Join aje dengan PAS.

  3. TAKBIRRRRRRRRRRRRRRR

  4. Saya sokong anda. Dari dulu, pdpt saya begini, utamakan Islam, no matter kita dari bangsa apa. Then, baru parti. Teruskan p’juangan anda!

  5. Orang mendokong Islam tidak lama di PKR, saya setuju saranan sahabat-sahabat lain untuk berhijrah ke PAS, saya memang bersama PAS dalam masa yang sama melihat PKR, namun PAS lebih jauh kematangan politiknya walau ada sedikit lambat bergerak kerana pergerakannya macam keretapi yang bergerabak panjang, menanti gerabak yang terakhir mengena momentum baru bergerak.

    Apa pun saya kagum dengan YB Zul. Saya akan menulis kepada DSAI tentang ini, kerana JK Disiplin pasti tidak membantunya, atas sebab politik…ramai musuh politik JK Disiplin menjadi korban dalam PKR, lihat saja kucar kacir yang dibuat sehingga ramai yang terbuang dan membuangkan diri mereka dari PKR.

    Yang mengharukan Biro Politik PKR amat merbahaya bagi yang ikhlas berpolitik, kerana disitu terdapat penembak curi, penikam belakang, pengadu domba, dan pembodek nombor wahid.

    tetapi buruknya PKR, UMNO lagi teruklah. buruknya PAS , UMNO lagi teruk. buruknya PR lagi teruk BN jangan nak cakap lagi.

  6. the riders mp’s sebemarnya memang dah pas, cuma bertanding atas tiket keDILAN

  7. aku stuju cara yb zulkifli…agama come first …apa2 pun ..bahg.displin pkr kena adil..jgn nak jatuhkan hukuman sembrono…yb anwar tlg tgk2kan…

  8. salam bro zul ! way to go !
    Allah akbar !

  9. yb zul tak perlu bertukar parti sekiranya yb mampu menghadapi dalam pkr. kalau yb keluar siapa lagi nak dakwah mereka. akan bertambahlah hanyut golongan yang tidak berapa hendakkan islam atau pun golongan yang takut untuk menyatakan yang benar. ambillah semangat khalifah umar yang berani mengistiharkan keislamannya kepada kaum kafir dimekah. saya tetap menyokong yb walaupun berbeza parti. takbir

  10. Syabas YB!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: