Posted by: pinkturtle2 | September 20, 2008

Abdullah Tak Mampu Mengurus Kewangan Negara – Tun M

Abdullah Tak Mampu Mengurus Kewangan Negara – Tun M

Diminta mengulas pertukaran portfolio antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai pengakuan bahawa Abdullah tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan.

“Saya rasa ia adalah pengakuan bahawa Abdullah tidak boleh menjadi Menteri Kewangan. Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran bukunya, “Blogging To Unblock” dan “Merentas Halangan” di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya baru-baru ini.

“Masalahnya terlalu banyak campur tangan ke atas tugas Nor Mahamed – itu yang saya dapat tahu. Beliau (Abdullah) sendiri tidak memainkan peranan langsung di dalam pengurusan kewangan negara”.

Abdullah mengumumkan Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan manakala beliau mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan.

“Beliau meletakkan Najib di situ tetapi kita akan menghadapi saat yang sangat kritikal dalam ekonomi kita akibat apa yang berlaku di Amerika Syarikat, terutama kes muflis Lehman Brothers dan langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG yang membabitkan AS$85 bilion”.

Bercakap kepada pemberita, beliau mengingatkan bahawa Najib akan dipersalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.

Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam Umno, Dr Mahathir menjawab secara sinis.

“Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun,” kata mantan timbalan perdana menteri itu.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Salam
    jika benar tun berkata demikian…maka tidak salahlah pertukaran portfolio ini…demi kebaikkan negara…soalnya najib perlu serius dalam kerjanya..agar paklah nanti jika berundur tidak akan berkata salah memilih najib 🙂
    wassalam

  2. Itu adalah pendapat Tun Mahathir,

    Tapi pada pandangan saya, Paklah cuba memperkukuhkan kedudukan beliau dimana sekira
    keadaan di Malaysia tidak boleh dikawal. Pak Lah sebagai Menteri Pertahanan masih ada kuasa untuk menentukan darurat. Ini tak mustahil sekiranya pihak PR berjaya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia.

    2. Paklah mungkin membongkar penyelewengan DS Najib di dalam Kementerian Pertahanan dan akan menjatuhkan Najib.

    Itu adalah pendangan sahaja.

    Selamat Berpuasa.

  3. KELING MADEY NKO KE SUH DEPA TUKAR KEMENTRIAN?PASAL NKO NAK MEMPERKUDAKAN NAJIB KE?NAK SUH NAJIB KASI DUIT UNTUK ANAK ANAK KELING NKO TU KE

  4. jika paklah nk bongkar pnyelewengan tokjib di kem pertahanan, tokjib juga bole bongkar pnyelewengan paklah di kem kewangan..2×5

  5. 1. Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan Terbaik Asia. Justeru diberi kepercayaan oleh PBB untuk mengetuai Bank Dunia sebagai Presiden. Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim diberi mandat untuk menjadi Pengerusi IMF.

    2. Apabila krisis ekonomi melanda dunia, banyak negara yang diberi Pakej dan menerima Pakej IMF yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim, antaranya Korea Selatan.

    3. Justeru, antara Korea Selatan yang menerima Pakej IMF dengan Malaysia yang menolak Pakej IMF, siapa antara kedua negara ini kini yang pacuan kuasa ekonominya lebih baik?

    4. Apa yang pasti ialah, sejak kewujudan [KITAB SUCI 50 DALIL] tiba-tiba Anwar Ibrahim dituduh tidak pandai ekonomi oleh bapa malaun dan anak-anak malaun yang menjadi bintang utama dalam kitab suci tersebut.

    5. Jawapan yang hentam kromo dan sembrono bukan standard naspazi…

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH

    – Naspazi

  6. Begitulah percaturan politik hari ini, strategi politik adalah merupakan peperangan di atas meja…jika gagal di meja barulah ia akan turun ke jalan raya, guna tentera, raja dan sebagainya.
    Pak Lah bagi Kementerian Kewangan kpd Najib sewaktu ekonomi mula merudum dan mengambil alih Kementerian Pertahanan sewaktu diasak oleh PR tanpa henti. Siapa yg licik dlm tindakan ini? Apa pun saya bangga anak melayu sekarang sudah mula ramai yg celik politik, teruskan…

  7. aku mengakui tun bijksana…tapi dalam keadaan sekarang tun sepatutnya memberi bantuan/nasihat kepada pak lah…bukannya menjatuhkan kredibiliti pak lah…

    unclekole…

    pendapat pertama anda tu… saya ada terfikir begitu…

    pendapat kedua… saya tak mahu berfikiran prejudis…

  8. tun nampak kelemahan pak lah…tapi nape lak pak lah nak slahkan bro anwar dlam kelembapan ekonomi ngara?aku harap pemimpin ngara ambil contoh ngra lain sprti jepun,taiwan dan negara sekitar asia sbagai contoh,dah xblh wat resign.nie masih nak pegang,pastu slahkan org lain lak…kpada bro unclekole..pandangan kau aku stuju..politik amno mmg mcm tue..cantas mencantas.

  9. Malaysia pernah memilik beberapa menteri kewangan yang terbaik di antaranya ialah Tun Tan Siew Sin dan Dato Sri Anwar Ibrahim. Dunia mengiktiraf mereka. Tiada skandal tiada penipuan. Che Det sendiri pernah menjadi menteri kewangan dan pelingkup ekonomi negara nombor satu.

  10. BERSATULAH, BERGABUNGLAH DAN BANGUNLAH SELURUH PEMIKIR BESAR ALAF BARU WARGA PERSEKUTUAN MALAYSIA, BERSAMA MEREMPUH KETOLOLAN MELAYU DALAM UMNO SAMPAI JATUH!

    BERSAMA MEREMPUH UMNO SAMPAI JATUH

    – NASPAZI

  11. Din Waja…

    Tolong beri hujah…apa hebat sangat masa Anwar jadi Menteri Kewangan dan apa pula hujah Che Det jadi pelingkup ekonomi negara nombor satu.

    Masa aku kat UK dulu…orang tak kenal Anwar pun…tapi Che Det orang sana kenal…malah mereka kagum bila dapat tau PM Malaysia ketika tu lulusan Dr… mungkin kat US kut orang kenal Anwar lebih dari Che Det..

    Ka statement tu terbalik? Kuang-kuang…

  12. naspazi.. che det lagi hebat… takyah minta bantuan asing pon bole berjaya tadbir dan urus ekonomi negara…. org2 yg lingkup dan papa je selalu minta olong dan bantuan asing!!!!

    mentaliti suka minta bantuan asing .. serupa suka pada penjajahan….

  13. Sah otak dan tulisan standard kelas kambing. Nak bukti apa lagi???

    “1. Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan Terbaik Asia. Justeru diberi kepercayaan oleh PBB untuk mengetuai Bank Dunia sebagai Presiden. Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim diberi mandat untuk menjadi Pengerusi IMF.

    2. Apabila krisis ekonomi melanda dunia, banyak negara yang diberi Pakej dan menerima Pakej IMF yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim, antaranya Korea Selatan.

    3. Justeru, antara Korea Selatan yang menerima Pakej IMF dengan Malaysia yang menolak Pakej IMF, siapa antara kedua negara ini kini yang pacuan kuasa ekonominya lebih baik?”

    – Naspazi

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/393

  14. – Kalau kita nak komen, biar ada fakta atau figure. Nyatakan track record. jangan jadi otak karat biru, dah tak boleh fikir. Apa saja pemimpin dacing buat, semua betul. Contoh, bila Abdulla menaikkan minyak 70sen, semua ahli MP BN menyokong, walaupun mereka tahu bahawa rakyat di kawasan masing-masing akan sengsara. Sekarang dengan kenaikan harga barang yang melambung dan bayaran servis perkhidmatan spt tambang bas, memang menambah kesengsaraan majoriti rakyat jelata.
    Jangan jadi pengampu/penjilat tak bergaji, menyokong penyelewengan, penindasan, aktiviti rasuah, penyalahgunaan kuasa dll kebobrokan umno/BN. Kepada pengampu/penjilat BN, tahulah anda bahwa…BN sudah ajal disaat ini. Hanya bantuan oksigen sebagai sokongan hayat yang tiada apa-apa makna lagi.
    – Bee End….Selamat Menuju Tanah Perkuburan. TERIMALAH HAKIKAT bahawa UMNO/BN TELAH AJAL!!!!!!!

  15. hek eleh naspazi… balik balik copy paste benda yg sama….

    itu hanya jawatan bukan kemampuan die sebagaimana yg dibuktikan oleh Chedet…

    ko nak bandingkan Korea selatan dengan malayisa…
    cuba ko bandingkan pulak berapa tahun dia keluar dari penjajahan??? tengok plak industri yg dia ada…
    rasenya jgn nak bandingkan bayi yg baru lahir dengan org yg telah berumur dan matang…. dan jgn suke ikut org tanpa melihat kemampuan sendiri…. nanti org terjun parit ko terjun TIRUK!!!

  16. Sah otak standard kelas kambing!

    1. Saya minta kamu-kamu bandingkan Malaysia dengan Korea, sebab kamu-kamu kata negara yang menerima Pakej IMF akan dijajah, ini yang kamu-kamu war-warkan.

    2. Okey, saya kita ketepikan Korea, ambil negara lain. Yang merdeka pada 1965, Singapura. Sistem ekonomi dan sistem kepemimpinan, mana yang lebih baik antara Singapura dengan Malaysia hingga kini???

    3. Singapura pun tolak juga. Okey ambil negara lain. Yang merdeka pada 1982, Brunei. Sistem ekonomi dan sistem kepemimpinan, mana yang lebih baik antara Brunei dengan Malaysia hingga kini???

    4. Saya ulangi kata-kata saya, jawab terus fokus kepada soalan, jangan putar-putar laksana gasing. Okey?

    – Naspazi

  17. Haaa, lagi satu, saya copy paste idea saya, tulisan saya, paradigma saya, bukan orang lain. Okey?

    – Naspazi

  18. azryen mengaku hatinya buta
    singapore kecil dr malaysia
    bebas merdeka dikata sama
    kenapa ekonomi jauh berbeza?

    bebas merdeka dikata sama
    ekonomi kita jauh berbeza
    kalau nak tahu apa sebabnya
    menteri kita songlap harta

    bkn dibangga negeri singa
    cuma buat cth sahaja
    satu lagi beza ketara
    menteri otak kelas tiga

  19. Adik manis;
    Tak payah nak minta hujah. Carilah sendiri, kan lebih manis. Lagi pun mana ada hujah sebab tak pernah duduk di UK. USA jauh sekalilah. Jangan marah ya si manis.

  20. setuju naspazi…..

  21. madey kata dolah gagal MENGURUSKAN kewangan negara????? BODOH POWEROF TWO betul madey ni…. apa sekarang kewangan negara tambah GEMOK ke??? kan tambah KURUS…. maknanya dolah berjaya la meNGURUSkan KEWANGAN NEGARA…..!!!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: