Posted by: pinkturtle2 | September 21, 2008

Merapu Ke Apa Ni… Dah Tak Betul Agaknya?

Kita mahu bina sebuah negara yang (rakyatnya) memahami tanggungjawab terhadap satu sama lain, yang faham sensitiviti masingmasing
Kita mahu bina sebuah negara yang (rakyatnya) memahami tanggungjawab terhadap satu sama lain, yang faham sensitiviti masing-masing,Bagaimanapun, hingga sekarang masih ada orang yang memainkan isu perkauman dan sensitif yang boleh mencetuskan emosi dan akhirnya ketidaktenteraman awam – Hamid

ISA Masih Diperlukan, kata Syed Hamid

JOHOR BAHARU: Tidak ada undang-undang yang dibuat oleh manusia akan kekal selamanya dan ini termasuk undang-undang pencegahan negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Bercakap kepada pemberita selepas majlisberbuka puasa di ibu pejabat kontinjen Polis Johor di sini malam ini, beliau berkata, kerajaan akan sentiasa mengkaji sebarang pindaan undang-undang selaras dengan tuntutan perubahan keadaan dan masa.

Tetapi sebelum ini berlaku, rakyat mesti mencintai negara dengan menjamin keamanan dan keselamatan.

“Kita mahu bina sebuah negara yang (rakyatnya) memahami tanggungjawab terhadap satu sama lain, yang faham sensitiviti masingmasing,” kata beliau.

Bagaimanapun, hingga sekarang masih ada orang yang memainkan isu perkauman dan sensitif yang boleh mencetuskan emosi dan akhirnya ketidaktenteraman awam. Syed Hamid ditanya mengenai gesaan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Majlis Peguam agar ISA dikaji semula dengan teliti atau dihapuskan sama sekali.

Beliau berkata, kerajaan berpendapat ISA masih perlu bagi menjamin keamanan dan keselamatan dan kerajaan tidak bercadang menghapuskannya.

Beberapa jam sebelum Syed Hamid memberikan pandangan itu, Majlis Peguam meminta kerajaan segera membebaskan dengan tanpa syarat semua tahanan ISA.

Dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan semalam, yang dihadiri oleh 739 anggota, menerima resolusi yang menggesa pembebasan lebih 60 tahanan ISA serta lebih 2,000 tahanan yang ditahan mengikut pelbagai undangundang pencegahan sama ada dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

“Terdapat banyak undang-undang yang dikaitkan dengan para tahanan ini dan jika pihak berkuasa mempunyai bukti terhadap mereka, dakwa mereka di mahkamah terbuka bagi membolehkan mereka mempertahankan diri,” kata Presidennya. Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau berkata badan itu mendesak kerajaan supaya segera memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Dadah Berbahaya 1985.Ambiga memberitahu pemberita bahawa mesyuarat itu juga sebulat suara mahukan kerajaan mendokong ikrarnya terhadap Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu bagi mempromosikan dan melindungi hak asasi dan kebebasan asas serta menggalakkan kebebasan media. Mesyuarat itu turut mengutuk surat tunjuk sebab kepada Sin Chew Daily, The Sun serta Suara Keadilan dan menggesa kerajaan menarik balik surat berkenaan dengan segera.

“Kebanyakan anggota berasa sangat bimbang dengan layanan yang diberikan kepada tahanan ISA di mana mereka berada dalam keadaan daif, diberikan makanan tidak sihat dan kurang berhubung dengan dunia luar,” kata Ambiga.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. entah lah,labi dan labu pun tak tau

  2. bodo punya menteri

  3. Bila nak angkat sumpah Pm ke 6? tak sabar rasanya

  4. Penahanan tanpa bicara adalah salah di sisi agama…
    Bayangkanlah setiap hari setiap detik isteri dan anak2 mereka sentiasa merindui suami/ayah mereka yg tidak diketahui bilakah masa akan dibebaskan…
    Penantian itu suatu penyeksaan…

  5. elok dijadikan umpan mencandat sotong je mamat ni. jgn2 sotong pun tak nak makan sbb …….lu fikir la sendiri

  6. osamoladen,klu kau nak mencandat stong kau bwk mmat kurang rambut nie skali…mane la tau bila mencandat ngan kau dia dapat ilham nak msk PR lak…

  7. Susah nak terima pendapat menteri ni !

  8. ni ckp guna akal fikiran k idak ni? nampak beno emo…
    udah2letu, baca buku byk2 baca qur’an.

  9. ada nama
    kalau mid tak (hamid botak) ni masuk PR
    aku tak mampu nak tawarkan jawatan atau $$$
    aku berani tawarkan satu je, kalau dia setuju la
    buat rawatan masalah rambut / kepala botak

  10. Wahai Syed Arab Haid Albar yg bodoh…. fikirkanlah dgn mata dan mulut engkau yang luas tu, cuba kalau engkau dan bini engkau ditahan dalam penjara berasinga, pas 2 anak-anak engkau lak duk kat umah, macam mana perasaan engkau wahai Hamid Albar botak. Engkau kata kaum berpecah tapi sebenarnya tidak, engkau orang UMNO celaka yang berbangsa Melayu yang hisap darah melayu, maki islam sebenarnya yang buat pecah.Parti UMNO lah yang suka maki orang, FITNAH orang dan layak digelar PARTI FITNAH orang.Sedarlah bila mati nanti tau…. jgn tak sempat bertaubat

  11. aku rasa abang hamid alkebab eh albar ni bukan kaki gaduh. tapi ada sikit macam bapak dia ooooi! jangan terkejut nanti. Cakap siang pandang2 cakap malam dengar2. sekali dia ngap dengan tulang2 kita sekali dia kunyah…….

  12. Nampak macam boleh pakai je cakap Hamid Bo ni. Tapi banyak yang dah berlaku yang ditahan secara zalim demi kepentingan tertentu. Cakap sedaplah, sekadar pelunak kata. Yang kena merana saja-saja.

  13. Ya Allah … aku bermohon kepada mu berilah kekuatan kepada diriku untuk menentang pemimpin yang zalim dan kejam ini sehingga ke titisan darah yang terakhir. Oi Mid Botak,,,, kamu akan bertemu dgn Allah nanti dalam keadaan yang cukup hina sama seperti Abu Lahab dan Abu Jahal…..

  14. memang betul kata-kata hamid.saya sebagai rakyat malaysia yang menyintai keamanan setuju sangat isa dikekalkan.lebih-lebih lagi sekiranya PR berjaya ambilalih kerajaan nanti.
    taulah nko nanti hamid

  15. – Hamid ni nak tunjuk taring pada bossnya, Abdulla. Alang2, biar pecah rekod. Tu yang bila Ramadhan pun Hamid menggilla tangkap YB, RPK, Wartawan sumbat dlm lokap sementara ke Kamunting. Kalau Hamid duduk seminggu d kem Kamunting lalu dilanyak oleh penjenayah-penjenayah bergaji dalam tu. tentu Hamid pun setuju nak hapus ISA RIMBA tu.
    – Mid ni masa zaman Tun Det memerintah, taat setianya tidak berbelah bahagi. Bila Det dah berambus, terus dia kritik Det. Det pun terkejut beruk sebab anak didiknya dah tak respek dia lagi. Itulah dia Hamiiid Albar. Semoga Hamid menjadi pembangkang yang aktif Syawal nanti.
    TAKZIAH KEPADA MENDIANG BEE END!!!

  16. osamoladen….kau nie bikin aku gelak …kau nak bwk gi mane yun nam hair care k?…heheheheheh

  17. Salam LailatulQadr dan Salam Ziarah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: