Posted by: pinkturtle2 | September 21, 2008

Mat Taib Cabar Anwar Dedah Nama MP BN Dalam Masa 48 Jam

Kita cabar siarkan dalam tempoh 48 jam ini, siarkan kalau betul ada angka seperti mana yang dia dakwa, apa dia nak takut-taku

Kita cabar siarkan dalam tempoh 48 jam ini, siarkan kalau betul ada angka seperti mana yang dia dakwa, apa dia nak takut-takut,Tempoh 48 jam itu bermula semalam, Sabtu dan menjelang Isnin jika benar ada Anwar perlu mengumumkan nama-nama tersebut - Mat Taib

Umno cabar Anwar umum 48 jam nama MP BN setuju lompat

21/09/2008 5:21pm

PETALING JAYA: Umno mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa telah menyatakan sokongan untuk melompat ke perikatan pembangkang itu.

“Nampaknya drama Penasihat (Parti Keadilan Rakyat) PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hari semakin tidak ada penghujungnya.

“Sepatutnya ‘drama’ tersebut berakhir pada 16 September lalu, tapi nampaknya kena disambung lagi. Itupun tidak tahu bila?” kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hari ini.

Pada 1 April lalu, Anwar mengumumkan pembentukan Pakatan Rakyat dan sekali gus menetapkan 16 September sebagai tarikh membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun Isnin lalu, Anwar hanya mengumumkan pihaknya sudah ada cukup anggota untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dan mahu menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan peralihan kerajaan secara lancar dan aman.

Abdullah telah menolak permintaan itu dan satu lagi permintaan Pakatan Rakyat, yang mahu Parlimen mengadakan sidang khas pada Selasa ini – yang hanya boleh dibuat dengan arahan Perdana Menteri.

Malah, Abdullah juga telah meminta supaya Anwar dan Pakatan Rakyat mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN yang telah pun menyatakan sokongan kepada mereka.

Oleh itu, kata Muhammad yang juga anggota Kabinet, bagi menamatkan ‘drama’ tersebut, beliau memberi tempoh 48 jam kepada Anwar untuk umum atau mendedahkan nama-nama Ahli Parlimen BN yang kononnya telah bersetuju menyertai pembangkang.

“Tempoh 48 jam itu bermula semalam, Sabtu dan menjelang Isnin jika benar ada Anwar perlu mengumumkan nama-nama tersebut,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu memberitahu, Anwar terus memainkan sentimen rakyat dengan menggembar-gemburkan isu Pakatan Rakyat akan mengambil alih Kerajaan Pusat, sedangkan “ia hanyalah lakonan semata-mata.”

“Kita cabar siarkan dalam tempoh 48 jam ini, siarkan kalau betul ada angka seperti mana yang dia dakwa, apa dia nak takut-takut,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Muhammad mengakui, memang Umno dan BN tidak menafikan ada seorang dua yang akan menyertai Pakatan Rakyat tetapi jumlah itu tidak sehingga parti pembangkang boleh mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan.

“Saya ingat yang nak ‘lompat’ pun dua tiga orang sahaja daripada parti yang telah mengumumkan keluar daripada BN, yang lain tak ada.

“Ada pula timbul cerita, kononnya Anwar akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri jika mendedahkan nama-nama ahli BN terbabit merupakan satu lagi gimik Penasihat PKR itu sambil menyifatkannya seperti ‘macam budak-budak’,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Muhammad, beliau berharap rakyat dapat menilai sendiri tindak-tanduk Anwar yang terus menggambarkan keadaan ekonomi dan politik negara ini sedang bergolak sehingga boleh melemahkan serta mencemarkan imej negara.

Tegasnya, rakyat perlu berhenti daripada melihat ‘drama’ dan mempercayai pelbagai spekulasi yang dibangkitkan pembangkang terutamanya Anwar dan memberi kepercayaan kepada kerajaan BN untuk memimpin negara ini selepas diberi mandat sekali lagi pada pilihan raya Mac lalu.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. adoi tuan senator….
    kalu DSAI umum nama tu,konfem le MP tu semue nye kene ngan u orang…
    thats y le,if anak jantan,panggil sidang tergempar parlimen…then bg izin DSAI usul undi x percaye…
    barule encik mamat taib tengok sendiri betul ke tidak nye…tak berani ke..???????

  2. ORANG INI? ORANG INILAH YANG KENA TANGKAP DI AUSTRALIA OF COZ PIKUL DUIT BERJUTA-JUTA DOLAR CUBA NAK LARI DARI CUKAI. NASIB BAIK POLIS AUSTRALIA CEKAP, DAN KERANANYA KENA SEPAK DARI MENJADI MB SELANGOR. MAT TAIB PUIIIH…

  3. awat hang gelojoh sgt ni mat taib oii..sabaq noo,,byk ke lagi duit tunai wat mai sikit nk belanja raya..hehe

  4. Aku cabar hang bagi sikit duit 4 juta yang hang bawak lari keluar australia tu bagi sikit kat aku sebab nak isi minyak balik kampung dan bayar tol.Puak-puak hang janji nak turun harga minyak mintak buat sebelum raya.Hang tak pa duit berjuta-juta..tak yah kena dakwa sebab hang UMNO..kalau hang PAS ke ,DAP ke pasti hang ada dalam ISA kerna dituduh bawak lari duit keluar untuk bagi kat pengganas(agaknye le ).
    Aku cabar hang bagi skit duit 4 juta tu..

  5. Layak ke penyeludup wang ini nak bersuara………mat tyson ni dia ingat bro Anwar tu bengong ke nak dedahkan MP=MP tu…….kalau didedahkan confirm MP-MP tu kena masuk ISA ditahan berhari-hari lepas tu keluar terus pusing cakap ……kami menyokong UMNO BN BODOHWI……BAHALOL PUNYA OTAK MAT TYSON….

  6. balik balik ISA dijadikan alasan… tak de alasan lain ke??? klu betul pejuang rakyat umum jela… tak kirala mask penjara ke kena hukum tembak ka…. kena pancung ke… tgk pejuang emerdekaan zaman dulu yg betul bentul inginkan kemerdekaan… sampai sanggup masuk penjara.. bukan 5 tahun.. lebih dari tu pon ada…. sanggup berkorban nyawa plak tu…

  7. Mat Taib tak usahlah nak buat strategi lawak dan ketinggalan zaman begini, malu rasanya pasang perangkap macam tu…
    Budak sekolah pun boleh teka dgn cabaran hampeh kamu tu…
    Aduhhh…ketinggalan zaman betul pemimpin macam ni…
    patutlah Be-End semakin nak karam…

  8. Mat Taib tak usahlah nak buat strategi lawak dan perangkap sebegini…
    Budak sekolah pun boleh teka dgn cabaran hampeh kamu tu…
    Malu rasanya masih ada pemimpin yg ketinggalan zaman mcm ni…
    Patutlah Be-End semakin nak karam dibuatnya…

  9. KISAH BENAR
    PENGARAH DRAMA DICABAR

    hai mat taib….mat taib
    elok la tukar je nama
    jadi MAT TAIK,

    kalau MAT TAIK (and be-end) kata satu DRAMA
    apa yg MAT TAIK nak cabar cabar lak???

    aku tak pernah dgr org tgk drama
    kat TV atau kat panggung wayang
    lepas tu penuntun CABAR penerbit filem
    supaya dedahkan nama / jln DRAMA depa

    kata DRAMA napa MAT TAIK percaya???
    filem hindustan sampai org menangis tgk
    ini baru DRAMA DSAI, belum FILEM
    kalau DSAI buat FILEM menangis hang nanti
    ramai yg menangis nanti jgn cabar sgt

    lagi satu buat filem ada lokasi dia
    jadi DSAI nak buat filem ni kat parlimen
    hang takuit pulak buat “life shoting”

    moral of the story:
    this drama is REAL la MAT TAIK
    finas kena bg anugerah kat DSAI
    sbb drama dia laku, negara bkn nangis lagi
    terus kucar kacir, tajuk filem DSAI ni
    aku cadangkan je la ……MAT TAIK DUIT
    amacam ok tak? aku jd krew je cukup la….

  10. KISAH BENAR (ralat)
    PENGARAH DRAMA DICABAR

    pembetulan skrip:
    sbb drama dia laku, negara bkn nangis lagi
    BE-END kucar kacir, tajuk filem DSAI ni
    aku cadangkan je la ……RAJA MAT TAIK DUIT

    P/S:
    shoting mungkin lepas raya
    penulis skrip: Osamoladen

  11. hai mat taib….mat taib
    elok la tukar je nama
    jadi MAT TAIK. Kah kah kah..Keh keh keh..hehehe..

  12. Dia ni siapa?…dapat senator tu kira bertuah dah tu…. Jangan ingat kami(rakyat) dah lupa cerita pasal u….Dalam keadaan rakyat ada yang tak cukup makan u sesenang je seludup duit….. penderhaka ni tak sedar diri betul.

  13. Dalam keadaan rakyat ada yang tak cukup makan u sesenang je seludup duit….. penderhaka ni tak sedar diri betul. Adoooi sakitnya. Kah kah kah…

  14. pose pun maki hamun jer….bahaya kalu jadi kerajaan nanti…memang tuhan tak akan bagi…

    sebab tuhan janji hanya hamba soleh sahaja akan diwariskan bumi ini…

    tengok artikel bawah ni….

    Anwar tak berapa yakin merealisasikan rancangannya…

    Anwar Ibrahim baru-baru ini memberitahu penulis dari akhbar Georgetown University, Eric Pilch tentang kemungkinan dia kembali ke university itu. Bagaimanapun, bila ditanya dalam peranan apa, dia tidak dapat memberi kepastian.

    Anwar pernah memegang jawatan Visiting Professor di Georgetown University, Washington selama kira-kira setahun setengah selepas dibebaskan dari penjara.

    Kenyataan berhubung kemungkinan kembalinya dia ke universitu itu timbul berikutan pendapat kawan baiknya, John Esposito yang tidak yakin Anwar akan berjaya dalam rancangannya untuk mengambil-alih tampuk kerajaan Malaysia. Pendapat Esposito juga dikongsi Professor Pamela Sodhy, seorang pakar mengenai politik Asia Tenggara di Georgetown University.

    Kedua-dua ahli akademik itu sependapat menyuarakan ketidakmungkinan tersebut kerana mereka sedar amat payah atau mustahil bagi Anwar untuk merealisasikan hasrat untuk menghapuskan dasar memelihara keistimewaan orang Melayu, antara lain.

    http://lenggongvalley.blogspot.com/2008/09/anwar-tak-berapa-yakin-merealisasikan.html

    Promosi oleh :

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  15. Tan Sri Muhammad tak perlu cabar Dato Seri Anuar Ibrahim buang masa saja, kerana Dato Seri Anuar Ibrahim akan utamakan keselamatan ahli parlimen itu daripada melayan kerenah Tan Sri. Sepatutnya Tan Sri gunakan masa yang tinggal sedikit ini menjemput ahli fikir UMNO berbincang untuk selamatkan kedudukan Pak Lah seperti telur di hujung tanduk.

    Apabila Tan Sri mencabar DSAI disertakan dengan tempo masa bermakna Tan Sri memberitahu kepada rakyat bahawa pentadbiran Pak Lah sudah lemah dan akan tumbang tidak berapa lama lagi kerana itu Tan Sri menjadi takut. Tapi Tan Sri berpura-pura berlagak seperti Wira UMNO.

    Pada pandangan Tan Sri, apakah rakyat akan percaya dengan gimik UMNO…?
    Apakah Tan Sri Muhammad tahu bahawa rakyat dibawah pentadbiran Pak Lah sekarang hidup dalam kesusahan. Harga minyak yang tak menentu, harga makan membebankan, kadar jenayah tambah membimbangkan dan ISA digunakan sewenangnya.

    Rakyat yang tahu hak mereka tidak akan terpengaruh dengan gimik Tan Sri

  16. Kalau nak tahu mat taib ni asalnya cikgu sekolah rendah je, bukan nak jatuhkan maruah orang cuma nak suruh dia ni sedar diri sikit, jangan ingat orang dah lupa pasal dia bawa lari duit dan anak raja, mat taib kau memang tak tahu malu ke???. Dia juga cakap tak reti cakap orang putih masa di Australia dulu. Macam ni ke umno lantik jadi senator?????.

  17. mana orang muda-muda dalam UMNO yang sepatutnya jadi orang depan macam mat tyson ni. orang yaang bawa pelari duit dulu tak layak nak jadi orang depan dan bicara dalam hal ni… dokk diam jer ler mat tyson.. hang TUA dah.. tak dan nk jadi PM.. jadi senator pun dah untung.. tu pun simpati..

  18. “Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat, bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang” – Mat Taik
    (http://www.malaysiakini.com/news/90199)

    baru bocorkan detail mesyuarat ameno dianggap “petualang”. tapi kalau lebih dasyat dr itu, hendak dianggap apa lak???

    MAKHLUK PEROSAK

  19. errr Osamoladen maksud hang yg lebih dasyat dr bocor minit mesyuarat tu kes bwk pelari duit ke?? hehe..

  20. Kenapa semua tak ulas isu senarai diminta Mat Taib ttg MP yang nak melompat tu ???

    Jika Anwar jawab : nanti polis tangkap depa.

    aku pun boleh cakap mcm tu juga.

    Siapa pun senanglah jadi MP jika jawab mcm tu… ada sahaja dalih.

    yg pening dan ternganga ialah mereka yg sudah serah jiwa raga dan semua utk politik bang nuar ni.

    kesian.

    Skrg yg dok kutuk menerima kutukannya….

    Nak tahu apa komen Lim Kit Siang, Syed Husin, Mat Sabu terhadap anwar dulu ?

    buka sini :

    http://air-kopi.blogspot.com/2008/09/lim-kit-siang-suruh-anwar-belajar.html

    Tazkirah dari :

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  21. penulis_cyber
    hang pun jgn juga banyak dalih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: