Posted by: pinkturtle2 | September 21, 2008

Pemimpin Umno Pulau Pinang Pun Tolak PM

Abdullah kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah tidak dapat mengawal parti dan kerajaan

Abdullah kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah tidak dapat mengawal parti dan kerajaan.Abdullah tidak ada pilihan lagi. Beliau mesti berundur sebelum hujung tahun.

Pemimpin Umno Pulau Pinang pun tolak PM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) – Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja tidak diterima di negeri-negeri lain malah pemimpin Umno di negerinya sendiri, Pulau Pinang, memberikan gambaran yang sama.

Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang memberitahu, kedudukan Abdullah tidak dapat dipertahankan lagi dan beliau hendaklah berundur sebelum pemilihan parti Disember ini.

“Abdullah tidak ada pilihan lagi. Beliau mesti berundur sebelum hujung tahun,” kata pemimpin Umno yang enggan memberi namanya itu kepada AFP.

“Abdullah kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah tidak dapat mengawal parti dan kerajaan.

“Beliau tidak boleh membuat sebarang langkah yang drastik untuk memulihkan semula kepercayaan para pemimpin parti yang secara terbuka menentangnya dengan mempersoalkan perjanjian peralihan kuasa,” katanya.

Abdullah ditekan hebat supaya berundur selewat-lewatnya Oktober ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.

Walaupun Ketua Penerangan Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib cuba memberikan gambaran kepada AFP bahawa hanya empat orang yang bercakap sedangkan terdapat lebih 30 ahli MT, tetapi beliau sengaja tidak menyatakan bahawa yang lain tidak dapat bercakap setelah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan bertindak memotong laluan mereka untuk bercakap setelah melihat Abdullah begitu tertekan malah ada yang mendakwa “hampir menangis” berikutan tekanan-tekanan itu.

Najib disebut-sebut akan menggantikan Abdullah manakala Naib Presiden Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menjadi timbalannya.

Najib sendiri dihantui pelbagai masalah. Najib tidak pernah dilihat dapat menjawab dan mempertahankan dirinya tanpa sebarang keraguan berhubung pembelian Sukhoi dan Scorpene serta pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Walaupun tidak pernah dibuktikan bahawa beliau terlibat dalam penyelewengan pembelian Sukhoi dan Scorpene serta pembunuhan Atantuya, malangnya beliau tidak dianggap dan dilihat bersih oleh rakyat dari kes-kes tersebut.

Nasib Najib diburukkan lagi dengan dakwaan-dakwaan yang sentiasa berlegar mengenai apa yang didakwa sebagai kebencian, rasa jelek dan kutukan rakyat terhadap isterinya, Datin Rosmah Mansor.

Muhyiddin pula terus dikaitkan dengan skandal pengkhianatan amanah yang melibatkan tanah rakyat bernilai RM400 juta di Johor walaupun pembabitan beliau tidak pernah dibuktikan.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. org marah pak lah sbb…..
    menantunya!!!

    orang marah najib sbb…
    bininya (isterinya)

    orang ini adalah ahli be-end (umno baru) umno asal dah lama pupus

    rakyat bkn marah UMNO asal, rakyat tolak UMNO BARU …… perompak rakyat, perogol undang2, kudis ber-korup. ibarat BISUL tunggu pecah je

  2. Kalau bukan menantunya, terus terang, dalam [UMNO-BN] Pak Lah masih yang terbaik. Apa pandangan sdr Osamoladen?

  3. wallahhu’alam sdr Naspazi
    masalah Pak Lah selain dr menantunya
    masih menyimpan & melantik menteri2
    yg telah terbukti bermasalah (moral,rasuah etc)
    pendirian & keputusannya dlm isu semasa
    inilah bahana mencari Imam Ghazali
    separuh jalan,ckp lain buatnya lain

    cuma pandangan peribadi shj


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: