Posted by: pinkturtle2 | September 22, 2008

Terpulang kepada PM untuk berundur atau tidak 9 Oktober – Muhyiddin

kbnkj
Saya fikir beliau sedar apa yang berlaku pada peringkat akar umbi. Beliau boleh dapat banyak maklumat daripada para pegawai dan sumber-sumber politiknya untuk menilai apa yang telah berlaku di sana (akar umbi),ramai yang telah menyuarakan pandangan mereka dan saya adalah salah seorang daripada mereka-Muhyiddin

Terpulang kepada Perdana Menteri buat keputusan serah kuasa 9 Oktober ini, Muhyiddin

KUALA LUMPUR:Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada untuk menyerahkan kuasa pada 9 Okt ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata beliau yakin Perdana Menteri tahu apa yang sedang berlaku di peringkat bawahan.

Hujung minggu lepas beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno dilaporkan berkata tidak ada tekanan dikenakan terhadap Abdullah untuk berundur sebelum tarikh peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdullah sendiri pernah menyebut bahawa tarikh itu boleh dipercepatkan dari Jun 2010 seperti yang dipersetujui sebelum ini.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Tiba-tiba aku teringat kat cikgu aku dulu cakap dalam perhimpunan. Pelajar-pelajar semua, keluar barisan, buat bulatan.

    KELUAR BARISAN,BUAT BULATAN…hehehe

  2. Harakah sibuk pasal Umno ?

    isu erdogan dah selesai ?

    isu tumbangkan kerajaan dah pasti ?

    isu muqabalah mcm mana skrg ini ?

    baca jasa Pak Lah selepas menjadi PM tahun 2003 terhadap agama…

    Moga ada orang sedar perihatinan beliau terhadap agama Islam ditekankan peringkat sekolah rendah lagi…

    dan mendesak Pak Lah turun sama erti mendesak usaha memajukan agama dihentikan segera..

    Cina dan India tak suka tak pelik mana, namun melayu islam yang turut tak suka nilah punca kepelikan akhir zaman ini…

    Teringat juga munafiq zaman nabi pakai macam baginda dan solat belakang baginda juga…tapi, diazab lebih dahsyat dari penyembah berhala kerana mereka merosakkan islam dari dalam bukan luar.

    Jika saidina Utsman difitnah kronisme, apalah sangat dengan Pak Lah pun terkena fitnah yg sama..

    orang memburukkan ialah orang munafik yang sentiasa ingin memecah belah islam dan penganutnya.

    selamat membaca dan berfikir !!

    25 September, 2007 18:29 PM

    J-QAF Terbukti Lahirkan Ramai Pelajar Celik Al-Quran

    IQRA’… Sebahagian daripada para peserta khatam Al-Quran khusyuk membaca kitab suci itu pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2007 dan perasmikan Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di Kota Baharu. Foto: Zahari Razak

    KOTA BAHARU, 25 Sept (Bernama) — Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang dimulakan Kementerian Pelajaran tiga tahun lalu berjaya mencapai matlamatnya dengan lebih lebih ramai pelajar kini “celik al-Quran” dan mampu khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain mampu membaca al-Quran dengan baik, pelajar juga sudah boleh menguasai asas-asas Bahasa Arab, tulisan dan bacaan Jawi dengan baik. “Secara keseluruhannya program j-QAF ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik di kalangan ibu bapa Islam dan sedikit sebanyak mampu menjadi daya tarikan kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis perasmian Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-2 dan perasmian Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini. Perasmiannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Hishammuddin berkata kini 3,703 buah sekolah menawarkan program j-QAF manakala guru yang terbabit ialah 10,985 orang dan murid yang mendapat manfaat daripadanya kini mencecah 644,419 orang. Katanya kementerian akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan berjumlah RM222.4 juta bagi menambah, mengganti, mengubah dan menaik taraf kelas berkaitan j-QAF. Selain itu, katanya kementerian merancang untuk mengadakan makmal j-QAF di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan selesa. “Makmal j-QAF akan dilengkapi dengan alat pandang dengar serta bahan bantu mengajar yang akan menjadikan pembelajaran lebih kondusif, interaktif dan yang paling penting berkesan dan menyeronokkan,” katanya. Katanya pendedahan awal terhadap pengetahuan al-Quran dan Fardu Ain yang selari dengan pendekatan Islam Hadhari akan membolehkan kerajaan melahirkan generasi yang seimbang peribadi dan akhlaknya dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Pada majlis itu seramai 2,560 pelajar khatam al-Quran berbanding seramai 1,800 pelajar pada tahun lalu. — BERNAMA

    http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=286824

    diperingatkan khusus untuk sahabat semua.

    oleh : penulis cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  3. bagus…artikel pnulis cyber…tapi nak tanya skit..

    -sape hapuskan tulisan jawi?
    -sape haramkan tazkirah masa bulan posa?
    -sape batalkan bantuan kepada SAR?
    -sape sukakan gunakan ISA?stau aku islam melarang keras tahan org tanpa bicara nie..

    -so bro aku mintak maap klu apa yg aku tulis wat kau marah dan lari pada fakta.
    -SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR DAN BATIN.

  4. Betul dia tulis, ada bayar punya maa

  5. INI JASA PAK LAH LAGI DALAM MENEGAKKAN ISLAM…JAGAN LUPA..
    1) MAJLIS FATWA KATA KONGSI RAYA HARAM, PAK LAH KATA BOLEH.
    2) sURE HEBOH HARAM,PAKLAH KATA TAKPE TERUSKAN
    3) LEPAS NI ORG KAFIR NAK MASUK ISLAM MINTA KEBENARAN IBU BAPA ATAU KELUARGA..KALAU KELUARGA TAK BAGI TAK BOLEH MASUK ISLAM..MANA PUNYA HUKUM PAKLAH IKUT.
    4) LAGI DUA HARI NAK RAMADHAN KERAJAN PAKLAH BENARKAN KOSERT KAT STADIUM MERDEKA..

    ni SEMUA JASA PAKLAH BUKAN GITU …PENULIS CYBER

  6. Lagi satu lupa lak..

    Tilawah Al-Quran Vs konsert Akhir Geng Stars

    pun jasa kerajaan PAk Lah …jangan dilupa.

  7. bro love satu lg jasa paklah ialah penaik kan rega minyak 7 kupang dan bwk turun 15 duit…manada PM seblom ni wat turun rega minyak woiii….hehe

  8. sdr ada nama tertinggal 1 soalan lagi:

    -sape haramkan AL-ARKAM?

    TQ.

  9. jika dah buta mata hati…memang macam nilah….apa nak buat…saya hanya bela PM yang dah nak berhenti…bukan nak minta apa apa dari dia pun… jumpa pun tak pernah… setakat kagum jarak jauh jer.

    apa kata orang, jika kita nampak orang buruk maka dia lambang hati kita juga…

    Sbb itulah ada juga orang nampak Nabi itu tidak baik.. Iaitu orang munafik… hahahahah

    Orang beriman walau pun kenal orang munafik. tak adalah dok buat fitnah kat depa. Nak bunuh pun tak boleh , sebab dilarang Nabi.

    Lu pikiaqlah sore sore…….

  10. betul tu penulis cyber…,aku nie bukan ahli amno pun…tapi aku masih rasa boleh sandarkan usaha mentadbir kerajaan nie pada group yang sedia ada…,sebab group yang bangkang nie tak realistic dari segi mempamerkan kewibawaan nak memimpin.
    aku hairan…bila tanya geng pembangkang…amcam korang nak memerintah nie?
    dia orang boleh kata…”bagi kita memerintah dulu la”….he..he..he..bingai betul lah….!!!!
    dia orang nie memang tak geti berpolitik…
    tengok jer dua tidga hari nie rancak secara langsung debat Obama dan McCain….
    aku kira Obama nie pembangkang la….tapi dia punya cara mengupas sesuatu isu…satu persatu…terperinci….formula dia ungkap tanpa ragu…semuanya munasabah…dia explain kalau dia memerintah dia akan jalankan plan induk dia…plan induk tu dia terangkan secara detail dan telus…takder sembunyi-sembunyi…
    tak macam pembangkang kat M’sia…kononnya plan dia rahsia…kah? kah? kah?
    kasi perintah dulu baru nak explain…kah?kah?kah….rakyat M’sia sebenarnya menunggu pembangkang yang takder sembunyi-sembunyi plan dan formula dia…baru dia orang yakin.
    bukan macam pembangkang sekarang…fahaaaaaaaaaaaaaaaaaaam!?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: