Posted by: pinkturtle2 | September 22, 2008

Ku Li yakin dapat cukup pencalonan tanding Presiden Umno

Insya-Allah saya akan dapat pencalonan yang cukup.

Insya-Allah saya akan dapat pencalonan yang cukup.Saya tidak boleh memberitahu apa strategi saya sekarang sebab ia akan menjejaskan peluang saya dalam pemilihan parti- Ku Li

Ku Li yakin dapat cukup pencalonan tanding Presiden Umno

KUALA LUMPUR:Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau yakin akan mendapat pencalonan yang cukup untuk membolehkannya bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata beliau membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan itu setelah mendapat maklumat balas dan sokongan daripada anggota akar umbi.

“Saya tidak boleh memberitahu apa strategi saya sekarang sebab ia akan menjejaskan peluang saya dalam pemilihan parti.

Insya-Allah saya akan dapat pencalonan yang cukup,” katanya pada sesi dialog dengan beberapa pengendali blog di rumahnya di sini malam tadi.

Pada 20 Mac lepas, Tengku Razaleigh melahirkan hasratnya bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden Umno pada persidangan agung parti Disember ini. Pada pemilihan parti pada 1987, beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden Umno tetapi tetapi tewas dengan 43 undi.

Mengulas mengenai keadaan Umno pada ketika ini, Tengku Razaleigh berkata untuk memperkasa dan mengembalikan imej Umno, parti itu perlu menerima dengan terbuka pimpinan dari golongan muda.

“Dengan keterbukaan kepada golongan muda dan orang baru, Umno akan mendapat harapan baru dan mendapat idea yang baru,” katanya.

http://www.bernama.com.my


Responses

  1. – Syabas Ku Li! Daripada seorang GURKHA hendak bertanding melawan Presiden.
    – Kami sokong hingga rebah! Ku Li dah tak boleh kata apa, sebab semangat dah tak ada (46). Jambatan dah dia bakar.
    – Apa yang pasti Badawi sedang bergayut dengan talian hayat terakhir, iaitu ISA….Ikut Suka Abdulla….. Silap-silap penentang Presiden dalam umnoo pun boleh diISAkan. Tapi kena dengar nasihat menantu dulu. 20%…. Sidek Sigaraga (KJ) dapat habuan sebagai penasihat ayahanda!!!!

  2. Kalau Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sukar untuk menubuhkan sebuah kerajaan ekoran kesukaran parti itu bekerjasama dengan DAP berbanding PAS.

    Bergitulah juga sukar nya Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mendapatkan percalonan untuk membolehkannya bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini. Walaupun banyak strategi namun ahli UMNO peringkat tertinggi berpandangan bahawa beliau tidak boleh dan tidak layak mentadbir.

  3. ku li ckp org pandai…dia tue mcmane lak..

  4. Aiseh, terpaksa berjudi lagi, kalau kalah itu maknanya the end of his career dalam politik, PRU akan datang belum tentu jadi MP Gua Musang, kalau menang ada harapan jadi PM, tapi kalau PR dah rampas kuasa terpaksa pula jadi ketua pembangkang, eloklah fikir elok2, atau masuk saja dalam PR, tak payah lagi duduk dalam itu parti, apa susah? dulu pun biasa tubuh parti lain lepas itu masuk semula, tapi kalau mau percaya itu Dr M maknanya satu kali lagi buat silap

  5. ku li lebih baik join pakatan rakyat bersama2 dsai bagi mengrakyatkan ekonomi dan memerdekakan rakyat dari belenggu be-end selama 50 tahun.jasa mu akan dikenang olih rakyat malaysia sebagai pencetus demokrasi yang tulin dimalaysia.

  6. kalau KULI nak bertanding setakat berniat ‘membaikpulih’ Untuk Melayu No…satu gagasan yg. cetek dan ketinggalan. Jika untuk menghapuskan kedurjanaan, membaiki kehodohan @ kebodohan dan memakmurkan rakyat dan negara… itu baru ada kelas dan ada nilai ‘pahala’…insyaAllah.

  7. Sadek Sigaraga dan Tuan Penasihat akhirnya sama-sama dilelong murah-murah…….Tuan Penasihat tak ada siapa nak beli……gitulah filem kita. Penyudahnya macamana??? Samaje Ku Li pun. Kulilah juga kita ni.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: