Posted by: pinkturtle2 | September 22, 2008

Penyokong PM Tunggu Lampu Hijau Untuk Bertindak

Abdullah pula dilaporkan telah pun membatalkan hasrat untuk berundur seperti yang diucapkannya selepas dibelasah oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.

Abdullah pula dilaporkan telah pun membatalkan hasrat untuk berundur seperti yang diucapkannya selepas dibelasah oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu. Biar apa pun yang akan terjadi, laporan-laporan menyatakan Perdana Menteri akan tetap mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.

Penyokong PM tunggu lampu hijau untuk bertindak

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) – Menggambarkan sama ada Umno akan berpadu atau berpecah kini terletak kepada keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, laman web berita Malaysian Insider (MI) melaporkan, para penyokong Abdullah hanya menanti lampu hijau darinya sahaja untuk menggerakkan kempen tanpa batasan di peringkat Umno bahagian-bahagian.

Kempen yang mempunyai masa hanya beberapa minggu sahaja itu bertujuan memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Abdullah pula dilaporkan telah pun membatalkan hasrat untuk berundur seperti yang diucapkannya selepas dibelasah oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.

Biar apa pun yang akan terjadi, laporan-laporan menyatakan Perdana Menteri akan tetap mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.

Keputusan itu dilaporkan telah dibuat setelah diyakinkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin dan para penyokong yang bergantung nasib kepada jawatan Perdana Menteri yang setakat ini masih lagi berada dalam cengkaman Abdullah.

Mereka dilaporkan telah berkejar ke Sri Perdana selepas mesyuarat MT Khamis lalu demi mententeramkan Abdullah yang dilanyak rakan-rakannya sendiri serta meyakinkan Presiden Umno yang dikatakan hampir menangis dalam mesyuarat MT itu bahawa beliau boleh mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Ada laporan yang menyatakan bahawa penyokong-penyokong Abdullah itu memberi harapan bahawa tidak kurang dari 100 pencalonan akan diperolehi oleh tokoh yang menjadi tempat mereka bergantung hidup itu.

MI menggambarkan penyokong-penyokongnya bagaikan berkampung di kediaman Abdullah sepanjang hujung minggu lalu untuk berbincang dan menyusun strategi menyambung hayat kepimpinan Abdullah yang bukan sahaja tidak dikehendaki rakyat malah ahli-ahli Umno sendiri.

Antara yang hampir berkampung di kediaman Perdana Menteri itu termasuk beberapa Ahli MT, Ketua-Ketua Perhubungan Umno Negeri dan kaki-kaki makan upah yang berkerja untuk kepentingan politik Abdullah.

Antara persetujuan penyokong-penyokong Abdullah itu, yang termasuk Datuk Seri Adnan Mansor, ialah Abdullah mampu mendapatkan sekurang-kurang 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Menurut MI lagi, sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Abdullah, para penyokongnya itu akan turun ke bahagian-bahagian dan akan berleluasa dengan kempen tak mengenal batasan dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi.

Apa sahaja akan dilakukan asalkan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Jika Abdullah berkeras untuk mempertahankan jawatannya, timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai akan menyokong hasrat Abdullah itu.

Walaupun beliau boleh mendapat pencalonan yang lebih banyak dari Abdullah untuk menjadi Presiden Umno, tetapi Najib dipercayai tidak sanggup menghadapi kemungkinan kedua-duanya akan cedera parah jika berlaku pertandingan antara mereka.

Apa pun, dengan nafsu menyala-nyala para penyokong Abdullah untuk berleluasa dengan kempen tak mengenal batas dalam masa beberapa minggu ini, rakyat Malaysia dan dunia mungkin akan menyaksikan pesta kincah-mengincah keburukan di antara sesama pemimpin Umno.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Harakah sibuk pasal Umno ?

    isu erdogan dah selesai ?

    isu tumbangkan kerajaan dah pasti ?

    isu muqabalah mcm mana skrg ini ?

    baca jasa Pak Lah selepas menjadi PM tahun 2003 terhadap agama…

    Moga ada orang sedar perihatinan beliau terhadap agama Islam ditekankan peringkat sekolah rendah lagi…

    dan mendesak Pak Lah turun sama erti mendesak usaha memajukan agama dihentikan segera..

    Cina dan India tak suka tak pelik mana, namun melayu islam yang turut tak suka nilah punca kepelikan akhir zaman ini…

    Teringat juga munafiq zaman nabi pakai macam baginda dan solat belakang baginda juga…tapi, diazab lebih dahsyat dari penyembah berhala kerana mereka merosakkan islam dari dalam bukan luar.

    Jika saidina Utsman difitnah kronisme, apalah sangat dengan Pak Lah pun terkena fitnah yg sama..

    orang memburukkan ialah orang munafik yang sentiasa ingin memecah belah islam dan penganutnya.

    selamat membaca dan berfikir !!

    25 September, 2007 18:29 PM

    J-QAF Terbukti Lahirkan Ramai Pelajar Celik Al-Quran

    IQRA’… Sebahagian daripada para peserta khatam Al-Quran khusyuk membaca kitab suci itu pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2007 dan perasmikan Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di Kota Baharu. Foto: Zahari Razak

    KOTA BAHARU, 25 Sept (Bernama) — Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang dimulakan Kementerian Pelajaran tiga tahun lalu berjaya mencapai matlamatnya dengan lebih lebih ramai pelajar kini “celik al-Quran” dan mampu khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain mampu membaca al-Quran dengan baik, pelajar juga sudah boleh menguasai asas-asas Bahasa Arab, tulisan dan bacaan Jawi dengan baik. “Secara keseluruhannya program j-QAF ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik di kalangan ibu bapa Islam dan sedikit sebanyak mampu menjadi daya tarikan kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis perasmian Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-2 dan perasmian Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini. Perasmiannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Hishammuddin berkata kini 3,703 buah sekolah menawarkan program j-QAF manakala guru yang terbabit ialah 10,985 orang dan murid yang mendapat manfaat daripadanya kini mencecah 644,419 orang. Katanya kementerian akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan berjumlah RM222.4 juta bagi menambah, mengganti, mengubah dan menaik taraf kelas berkaitan j-QAF. Selain itu, katanya kementerian merancang untuk mengadakan makmal j-QAF di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan selesa. “Makmal j-QAF akan dilengkapi dengan alat pandang dengar serta bahan bantu mengajar yang akan menjadikan pembelajaran lebih kondusif, interaktif dan yang paling penting berkesan dan menyeronokkan,” katanya. Katanya pendedahan awal terhadap pengetahuan al-Quran dan Fardu Ain yang selari dengan pendekatan Islam Hadhari akan membolehkan kerajaan melahirkan generasi yang seimbang peribadi dan akhlaknya dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Pada majlis itu seramai 2,560 pelajar khatam al-Quran berbanding seramai 1,800 pelajar pada tahun lalu. — BERNAMA

    http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=286824

    diperingatkan khusus untuk sahabat semua.

    oleh : penulis cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  2. KJ oh KJ…ape yg ko dah buat kat pak lah ni!!? kejap benti kejap tak…kejap iya kejap tak….KJ ko mmg la @#$&*@#!!!!

  3. amno sama amno gaduh ….last bro anwar kena tangkap..

  4. “Alangkah seronoknya kami apabila dia masih kekal mempertahankan jawatannya ” kata pembangkang, sambungnya lagi ” Senanglah kerja kita lebih-lebih lagi mena…… nya turut campur”.

  5. name je penulis_cyber tp input yang kau korek2 (bukan corect..corect) tu hanya sekadar copy paste..tiada apa yg boleh membuatkan aku tertarik atau hormat pada kau..hahaha..

    kalau ni lah contoh hasil didikan kerajaan U**O(tak sanggup aku nak sebut) yang hanya tahu korek2 dan copy paste input maka tak hairan aku pada seorang lagi generasi muda U**O iaitu si sepol korek2 tu yang sanggup menggadaikan maruah (maaf bukan demi DSAI) tapi demi menjaga periuk nasi kutu belahak U**O..

    BERNAMA???? sahih ke..boleh percaya ke..maafla ye kami anti BERUKNAMA dan yang sewaktu dengannya..

    kemusykilan aku ialah:

    – Apakah motif U**O disebalik program semulia J-QAF di bawah kementerian pendidikan tanpa disertai oleh wakil kerajaan PAS kelantan..

    – Adakah program itu bertujuan talam dua muka untuk menggambarkan bahawa kerajaan PAS kelantan gagal dalam syiar islamnya dan bermotif untuk menaikkan saham U**O..

    – Mengapa tidak dijalankan di negeri2 yg di kuasai BN ataupun di kesemua negeri yg sepertinya lebih memerlukan program2 seumpama itu supaya rakyat tidak tersalah mentafsirkannya atas sebab politik kotor BN..

    – Jgnlah sekali2 mempergunakan program2 agama yang secara zahirnya amatlah elok tapi telah di bajai dengan unsur2 yg memburukkan islam yg lainnya..

  6. nasib kau la penulis cyber…kalau takat cut and paste baik tak yah bagi hujah…cam apa ntah….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: