Posted by: pinkturtle2 | September 23, 2008

Isteri Bekas Adun Bukit Tambun Mati Ditikam

PENGERUSI Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan (kiri) mengucapkan takziah kepada Lai Chew Hock di Hospital Loh Guan Lye, George Town hari ini berikutan kematian isterinya, Thor Joo Lee yang ditikam seorang lelaki di perkarangan rumahnya di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat. - fotoBERNAMA

PENGERUSI Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan (kiri) mengucapkan takziah kepada Lai Chew Hock di Hospital Loh Guan Lye, George Town hari ini berikutan kematian isterinya, Thor Joo Lee yang ditikam seorang lelaki di perkarangan rumahnya di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat. - fotoBERNAMA

Isteri bekas Adun Bukit Tambun mati ditikam

Isteri bekas ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun mati dipercayai ditikam di perkarangan rumahnya di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat Pulau Pinang malam tadi.

Thor Joo Lee, 44, yang ditikam di dada dan perut meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Loh Guan Lye pada jam 12.15 pagi ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata kejadian dilapor berlaku di perkarangan rumah mangsa pada jam 11.40 malam ketika Thor baru pulang dari stesen minyak miliknya di Simpang Ampat.

“Daripada maklumat awal, mangsa dikatakan diekori empat lelaki yang menunggang dua motosikal. Seorang daripada mereka dipercayai memasuki perkarangan rumah itu lalu menyerang dan menikam mangsa dengan senjata tajam,” katanya kepada pemberita di Hospital Loh Guan Lye awal pagi ini, demikian menurut Bernama.

Beliau berkata suami mangsa, Lai Chew Hock yang berada di tingkat atas rumah itu terdengar bunyi hon kereta serta jeritan isterinya menyebabkan beliau ke balkoni rumah dan hanya sempat melihat seorang lelaki sedang duduk di atas sebuah motosikal.

“Lai menjerit ke arah lelaki itu sebelum turun dan sebaik tiba di perkarangan rumah, lelaki bermotosikal berkenaan telah melarikan diri dan Lai mendapati isterinya terbaring berlumuran darah, tidak sedarkan diri sambil memegang pintu pagar rumah,” katanya.

Ayub berkata Lai kemudian membawa isterinya ke Hospital Loh Guan Lye di bahagian pulau untuk mendapatkan rawatan, tetapi mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat ketika dihubungi berkata siasatan di tempat kejadian masih dijalankan oleh Unit Forensik dan anjing pengesan.

Polis juga sedang menyiasat motif kejadian dan melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak milik wanita itu, katanya.

Beliau berkata bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan di  Hospital Pulau Pinang pada kira-kira pukul 10 pagi  ini.

Sementara itu Lai yang kelihatan terkejut dan sugul dengan kejadian itu, menawarkan ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga pembunuh isterinya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

http://www.malaysiakini.com

Kes bunuh isteri bekas ADUN Bukit Tambun bermotifkan samun

Kemaskini…

GEORGE TOWN: Pembunuhan isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun yang ditikam beberapa kali di bahagian dada dan perut dipercayai bermotifkan samun berikutan sebuah beg berisi kirakira RM14,000 yang dibawa mangsa turut hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Wan Abdullah Tuanku Said berkata, siasatan awal mendapati beg berisi duit hasil kutipan stesen minyak yang dibawa Thor Joo Lee, 44, turut hilang dan dipercayai disamun empat lelaki itu.

“Kita percaya mangsa disamun sebelum kumpulan penyamun itu bertindak membunuhnya setelah mangsa menjerit meminta tolong,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku di pekarangan rumah mangsa pada 11.40 malam ketika Thor baru pulang dari stesen minyak miliknya di Simpang Ampat dekat sini dan mangsa yang cedera parah, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Loh Guan Lye di Georgetown dekat sini pada 12.15 pagi.

Wan Abdullah berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa yang dilakukan di Hospital Pulau Pinang kira-kira 10 pagi ini mendapati mangsa mati berikutan beberapa tikaman itu mengenai hati dan jantungnya selain banyak kehilangan darah.

Sementara itu, suami mangsa, Lai Chew Hock yang menawar ganjaran RM50,000 kepada pemberi maklumat sehingga pembunuh isterinya ditangkap, berharap mereka yang mempunyai maklumat atau nampak kejadian itu tampil membantu polis.

Sambil menggelar pembunuh isterinya sebagai bukan manusia, beliau menyifatkan kejadian itu sebagai bukan rompakan biasanya, sebaliknya memang berniat membunuh.

“Ini serupa perangai binatang, macam anjing. Kalau manusia, dia tidak akan buat begitu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Tambun Indah di sini, hari ini.

Katanya, kejadian yang berlaku itu amat memilukan hatinya kerana ia berlaku di depan matanya sendiri tetapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyelamatkan isteri yang dikahwininya sejak 23 tahun lepas.

Menceritakan detik itu, Lai berkata, beliau yang berada di rumah bergegas ke balkoni apabila terdengar jeritan isterinya yang tiba di pekarangan rumah dengan menaiki kereta MyVi.

“Isteri saya baru pulang dari stesen minyak milik kami dan meletakkan kereta serta pintu pagar automatik juga sudah ditutup.

“Kemudian, saya nampak seorang lelaki memanjat pagar, saya terus menjerit dengan harapan lelaki dan beberapa rakannya itu melarikan diri, sebaliknya, seorang daripada mereka memasuki kereta dan menikam Thor.

“Saya terasa hendak terjun saja tapi mereka sudah melarikan diri dan kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya yang kemudian bergegas membawa Thor ke Pusat Perubatan Loh Guan Lye.

Dalam perjalanan itu, Lai berkata, tubuh Thor berlumuran darah serta beliau juga tidak memberi sebarang reaksi setiap kali Lai memanggilnya.

“Saya berharap benar Thor akan memberi reaksi tapi langsung tiada. Saya tidak tahu isteri saya masih hidup atau tidak ketika itu, bagaimanapun doktor mengesahkan Thor telah tiada setiba di pusat perubatan itu,” katanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: