Posted by: pinkturtle2 | September 23, 2008

Takut Punca PM Enggan Temui Pemimpin Pakatan Rakya

zdzgfs
Kita tetap yakin akan berlaku perubahan dalam tempoh terdekat biar pun ia tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu. Namun apa yang jelas perubahan ke arah itu sedang berlaku sekarang

Takut punca PM enggan temui pemimpin Pakatan Rakyat – Anwar

KOTA BHARU, 23 Sept (Hrkh) – Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberitahu beberapa langkah lain terpaksa diambil berikutan keengganan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang itu melahirkan rasa dukacita terhadap keengganan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara penting berkaitan politik negara.

“Saya tidak mengerti kenapa pertemuan yang begitu penting untuk rakyat ditolak. Kenapa Perdana Menteri sukar ditemui untuk berbincang dengan pembangkang.Image

“Janganlah kerana rasa takut kepada penyokong sendiri maka pertemuan itu ditolak, gunakan kedudukan dan kuasa kita sebagai seorang Perdana Menteri jangan sekali-kali dipengaruhi pihak lain,” ujarnya pada persidangan media di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Abdul Hadi Awang di JKR 10.

Perdana Menteri baru-baru ini menolak untuk berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat selepas dihantar surat bagi diadakan pertemuan tersebut.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, selain menolak pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, cadangan persidangan khas parlimen pada 13 Oktober depan juga tiada sebarang reaksi daripada Perdana Menteri.

“Sudahlah pertemuan ditolak, persidangan khas parlimen juga tak nak buat, mungkin takut ada undi tidak percaya, atau undi percaya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan.

ImageKatanya,kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA.

“Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional,” katanya.

Ditanya pertemuan tertutup dengan dua pemimpin tertinggi PAS, beliau berkata, ia banyak menyentuh mengenai perkembangan semasa dan mencari titik pertemuan untuk meneruskan langkah-langkah lebih baik dalam parti.

Beliau juga tidak menafikan perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. erk..aku tak tau nak komen ape..sejuk rasa hati aku ni tengok wajah2 pemimpim harapan MALAYSIAKU GEMILANG..hilang rasa marah..

    SELAMAT HARI RAYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM..

  2. Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap

    Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

    IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

    Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

    Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

    Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

    Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

    Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

    Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

    “Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

    “Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

    Rakannya, Zul Hassan yang merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada JAIP tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

    Pada 25 Ogos lalu, Zul dan Ruslan yang merupakan Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) didakwa terlibat dalam skandal rasuah yang membabitkan seks manakala Fairul tidak didakwa.

    Kes itu turut melibatkan dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta dan menerima rasuah wang.

    Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

    “Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

    “Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

    Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu.

    Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”

    Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

    “Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

    Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias.

    UTUSAN MALAYSIA

  3. pnlis cyber,jgn la asyik nak cpy n paste je..smuanya org dah tau nie mmg perangkap tuk jatuhkan krajaan PR d perak.sama gak kau kutuk2 bro anwar nak tubuh krjaan baru msia,mcmane ngan target tajol rosli nak jatuhkan krjaan PR d perak?lost target gak kan?..

  4. Kalau orang bagi sedekah, memang betul kita patut ambil, kata orang rezeki jangan ditolak. Tapi dalam hal ni sepatutnya kita yg diberi akal fikiran dan sebagai orang Islam tidak boleh mengambil sedekah seperti ini kerana ianya jelas haram. Tak payah nak tanya mufti pun, semua orang tahu bahawa zina itu haram dalam Islam boleh dikenakan hukum hudud jika sabit kesalahan. Ada Nama, janganlah kamu membela orang yang membuat maksiat pada Allah. Saya pun sokong PR jugak tapi tak adalah sampai ini macam. Ada akai mesti guna…….

  5. semua exco and adun perak misti lebih berhatihati sebab orang tengah kerjakuat untuk cari salah mu…kalau yop dah gatal sangat pergilah buat maksiat kat siam

  6. percayalah sahabat2ku bahawa dunia ini bulat. Berpusing dan beredar. Hari ini dia di atas. Suatu hari dia di bawah dan kita pulak di atas. Hari ni dia tak mahu jumpa kita. Suatu hari dia pulak akan terhegeh2 datang minta nak jumpa kita………

    Bila orang sedang dalam kesusahan datang nak jumpa kita, tiba-tiba kita tak terima dia, kita tak nak tengok muka dia, kita halau dia, kita hina dia, ertinya kita ni sombong, bongkak dan zalim. Sedangkan anjing sekali pun yang sedang kehausan/kelaparan kita wajib bagi dia minum/makan………

    Barangkali Islam Baru bukan begitu ajarannya.

    Bagi saya yang jahil ni, hukum tetap hukum. Haram tetap Haram. Proses Mahkamah sedang berjalan. Kita jangan ganggu kerja Yang Amat Arif, Tuan Hakim dan Penyiasiatsiat…………….

  7. Ketiga-tiga manusia yang tersebut dalam kisah ‘Sek:Ahli PKR dakwa diperangkap’ itu adalah barua-barua yang mengusahakan konspirasi terhadap dua ADUN PKR Perak bersempena dengan piliharanraya Permatang Pauh. Barua nombor satu guna barua nombor dua, barua nombor dua guna barua nombor tiga. Barua indok sembunyi diri. Perancangan awal mahu libatkan ADUN PKR, Allah berkuasa dua ADUN PKR tidak langsung menemui mereka di hotel. Akhirnya mereka menjamu selera sesama sendiri. Gagal rancangan inilah mereka rekacipta rancangan lain memerangkap dua ADUN PKR di Kluang Cafe Ipoh, bukan di Batu Feringgi Penang. Utusan Meloya memang suka cerita sensasi tapi basi. Sekarang barua-barua ini bergasak sama sendiri, malu terhadap diri sendiri terpaksa buat helah dan cari alasan. Talak caya kalu sendili mali Ipoh tengok. Ini balua-balua mau kuluar bandar pun malu ooo!!!!

  8. Ala lepas ni ade jenayah sex,bunuh,rompak,pecah amanah, rasuah,penyelewengan jabatan kerajaan,baru ni dalam KOAM gangguan sexual,pengarah kastam rasuah,polis siasat individu tu parti apa.Nengok ahli parti mana yang banyak jenayah.

    Lepas lepastu boleh lah semua dengar.

  9. Masa nak buat kerja tak ingat Islam yang haram pun jadi sunat, pasal sunat tu halal. Inilah kesannya masuk Islam kerana bersunat. Asal bersunat Islam, hukum lain tolak tepi. Dalam kepala nampak duit…duit….duit saja. Merosakkan orang lain pun tak apa asal dapat duit. Janji hidup senang. mahligai indah, kereta mewah, bini cantik jadi dah tak cantik, pelacur haram jadah pun lawa, anak-anak buat menyampah. Apa sudah jadi? peluru patah balik tembak diri sendiri. Inilah hasil tarbiah 51 tahun merdeka. Allah tetap mengaibkan orang yang suka mengaibkan orang lain.

  10. politik memang macam nie lah….mesti ada ‘benda-benda kotor’ diselang-selikan….
    mesti ingta…politik ialah dunia…agama ialah akhirat…

  11. Apit dan kengkawan semua u all bila nak balik kampung beraya?, sy nak kena ubah programlah tak boleh balik kampung awal2 nak jimatkan belanja sikit. Maka kita sesamalah balik kampung pada hariraya pertama selepas sembahayang yek. Elakkan jam nak jimatkan minyak juga. Datang balik 4 okt. Betul2 3 malam beraya bersama keluarga. Program nak jimatkan belanja.Nak bayar tol lagi.Duit tol pun lebih mahal pada minyak. Kesian juga kat anak-anak yang tertunggu2 maklumlah budak2 mestilah teruja lebih bila saat2 menyambut hari lebaran setahun sekali. Mcm kita dulu2lah mcmanakan. Kesian mertua pakmertua tak puas bermain dengan cucu2 dia. Tp apakan daya, inilah akibatnya hidup dalam sebuah negara yang terlampau maju lebih maju daripada negara2 lain di asia tenggara. Inilah harga yang terpaksa kita bayar demi kemajuan……TQ.

  12. ….politik ialah dunia…agama adalah akhirat…. adalah satu persepsi yang salah. Membezakan politik itu dunia dan agama (Islam) itu akhirat bukan dari ajaran Islam. Fahaman sedemikan adalah hasil ajaran toghut yang memisahkan agama dengan politik. Baginda Rosulullah SAW. adalah berpolitik untuk dunia dan akhirat. Ajaran politik terkandung dalam alquran. Allah memberi petunjuk (al quran) kerana DIA menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi ini. Demikian juga umat-umat terdahulu. Mereka diberi petunjuk oleh Allah melalui risalah dan al kitab yang dibawa oleh para anbia berpolitik memerinta bumi. Musa as. dengan Tauratnya. Daud as. dengan Zaburnya, Isa as. dengan Injilnya dan Muhammad SAW dengan al quran baginda. Kesemuanya mengandungi ajaran untuk kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Jangan binasakan diri dengan kata-kata yang boleh menggugurkan aqeedah.

  13. Din Waja
    sya amat bersetuju dgn pandangan saudara.
    Politik dan agama tak boleh dipisahkan.
    Jika dipisahkan pincanglah ia.
    alhamdulillah ada juga kwn seperjuangan
    yg berfikiran bersih walaupun dialam
    cyber. apa komen penulis cyber lak, aka mr cut & paste?

  14. sdr den, dia tengah sibuk cari bahan tuuuu…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: