Posted by: pinkturtle2 | September 23, 2008

Harga Minyak Akan Turun Esok?

Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam Kabinet.

Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam Kabinet.Jika esok kita tengok ada, adalah, harap-harap begitulah (harga minyak turun)

Abdullah Harap Harga Minyak Akan Turun

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam Kabinet.

“Dan lebih baiklah kita tunggu dulu daripada memberi sebarang bayangan berkaitan dengan perkara itu.

“Jika esok kita tengok ada, adalah, harap-harap begitulah (harga minyak turun),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Exco Ekonomi Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika ditanya sama ada pengumuman esok, berhubung harga minyak, merupakan hadiah hari raya kepada rakyat menjelang sambutan perayaan tersebut tidak lama lagi.

http://www.bernama.com.my


Responses

  1. Rakyaat menanti kerajaan akan mengumumkan penurunan harga minyak.Sekurang2nya bagi yang merancang perjalanan di hari raya nanti kurang lah sikit perbelanjaan untuk minyak.Jangan lah tergesa2 masa mengumumkan kenaikan harga minyak,Tapi memberikan berbagai2 alasan pula untuk menurunkan harga nya.

  2. rasa rasanya turun pun dlm 15sen je.kang turun banyak2 ikut teori ekonomi BN inflasi tinggi plak.Bukan ke strawbery chek ckp minyak naik inflasi turun.

  3. Alaa tak yah tunggu2 la harga turun,depa rasa nak turun depa turun, kalau tidak jgn mengharap la…ni kan negara Malaysia aman, damai,takde rasuah,tiada jenayah..tidur lena..inflasi rendah dan macam2 kebaikan lagi ada kat malaysia…semua rakyat malaysia senang,tiada lagi miskin tegar..kalau tak caya tanya puak2 UMNO mesti mereka setuju.Ni kan negara tinggalan nenek moyang mereka.

  4. betul tu bro….senang punya pasal raya ni seluar dalam pun x bleh nak ganti.takut lari budget,terpaksa lah pakai yg lama punyer. 🙂

  5. HARGA MINYAK WAJIB TURUN JIKA KERAJAAN BEE END BETUL2 ADIL KRN HARGA MINYAK MENTAH DUNIA SEKARANG TELAH TURUN TERLALU BANYAK NERBANDING SEBELUMNYA!!!tapi kalau dah dierlah tak nak turun juga itu tandanya PENDEK UMUR…(PInjam kata2 nujum pak belalang )

  6. setelah hampir sebulan rakyat menanti berita penurunan harga bahanapi akhirnya krajaan BEE END masih tetap menanti keputusan akhir..

    susah sangat ke nak turunkan walau 20sen hingga memerlukan kajian hampir sebulan padahal penurunan harga komoditi tu sekarang ni menunjukkan ianya tidak akan naik mendadak lagi kecuali terdapat tangan2 kotor yang cuba mengacau..

    adakah kerajaan BEE END boleh memberi jaminan bahawa selepas penurunan yg ALA KADAR ni tidak akan ada lagi kenaikan harga minyak di stesen2 minyak tempatan..

    jika penurunan akan datang terlaksana aku rasa ianya cuma salah satu dari strategi BEE END untuk menaikkan lagi harga jika harga minyak kembali mencecah tahap maksima seperti sebelum ini..HANYA MASA YANG MENENTUKAN..

    setiap kali dolah tersenyum itu adalah sebagai tanda bahawa rakyat akan semakin menderita di bawah kekuasaannya..kepada warga REFORMASI perhatikanlah senyuman dia dan waspadalah kerana kita akan lebih tersepit lagi..

    dolah..rakyat pasti gembira jika tiba masanya kau mengalir air mata..

  7. byk sgt lah pantun nye bila nk turun rega minyak pokloh neh..bila penaik hang bg pantun 2 kerat jaa..ayat ” harap-harap…” tk sepatut nya kluaq dr mulut seorg PM dan menteri kewangan(ketika itu) hang yg buat kputusan!! takan nk suruh pengerusi JKK yg buat kputusan kot!!! byk main2 la mu ni pokloh…

  8. naik macam roket ,turun macam siput…klu bee end prihatin masalah rakyat jgn kata 15sen turun terus ke singgit…susah sgt k?bukan nak ckp apa jiran terdekat kite singapura walaupun net importer minyak tapi berani turun harga minyak.dari maklumat yg aku terima(maapkan aku kalau aku salah) singapura dah 6 kali turunkan harga minyak..bee end xnampak ke semua nie?

  9. diharapkan kalau harga minyak yang diturunkan ari ni akan membawa penurunan semua harga barang keperluan. pemantauan dan penguatkuasaan serta tindakan serta merta perlu dilaksanakan kepada pengeluar, pemborong dan pekedai yang melanggari undang-undang untuk menjadi tauladan dan pengajaran kepada semua. Sekiranya kerajaan boleh lakukan semua ini, insyaAllah keadaan hidup kita akan lebih bahagia. kalau tidak pi mai pi mai tang tu juga.

  10. kamala,

    wa tak dh caya lg dh !!!!!.tiap-tiap malam wa mendoakan saja bagi………wa dah jadi warganegara sejak dilahirkan, dh lama wa kenal mereka ni. kenapa mereka dua ketul ni tak pikir abis2 kesan masalah kepada rakyat masa nak naikkan harga petrol tempoh hari?????…..dh jd mcm ni skarang sape yg cucah…..AKUUUUUU JUGA!

  11. Sepatutnya harga minyak turun pada asalnya sebelum dinaik kan pd bulan 5. RM1.92. Harga barang sepatutnya juga turun, sekarang ni maggi pun mahal, kalu dulu RM2.60 je, tapi sekarang ni RM4.20 baru brapa bulan je. Ini manakah dia menteri hal ehwal tak berguna, si Shahril Samad ni, jalankan lah penguat-kuasaan bodoh, ambil sikit tindakan kpd peniaga yg menekan pengguna. Kalau kau dah tak reti buat kerja, hoi Shahril aku rasa baik kau berhenti saja, kau ni memang menyusahkan rakyat je, cakap konon macam pandai, habok pun tarak wahai Shahril tak berguna. Rambut pun dah putih tu, agaknya dah nyanyok tu. Asyik makan maggi je mana boleh hidup macam ni.

  12. baso bengong pok loh!!!!

  13. teori ekonomi strawberry chick
    minyak naik = inflasi turun.

    teori ekonomi kita
    BN turun = minyak turun = inflasi turun = kuasa membeli naik.

    selamat hari raya semua

  14. ….”Labiiiiii, kau makan habis Labiiiiiii?…..

    Tahniah sdr tambi, itulah yang sedang sy doakan tiap2 malam. Formula Baru untuk seluruh rakyat kita:

    [BN turun=minyak turun=inflasi turun= A + N Naik]

    Maaf. Jangan marah ek bila sy sebut benda ni: Bukan suka pun tapi terpaksa sebut!!!! Bangsa Jepun dan Bangsa Yahudi lebih menghormati Demokrasi. Lebih TEGAS dan lebih BERANI. Tidak BERDOLAK-DALIK. Kenapa bangsa kita ni susah sangat nak turun. Nak tunggu demam campak dulu ke baru nak turun?….Bulan lepas cakap lain, Minggu lepas cakap lain, 3 hari lepas cakap lain, sehari lepas cakap lain, semalam lepas cakap lain, hari ini lepas cakap lain. Bila Majlis Kita-kita ni cakap lepas kelak dah jadi lain.

    Guano gamok demo orghe klate?…..

  15. Tak caya rega minyak akan turun pasai sekarang ni xde pilihan raya/PRK kan kan.Mana boleh turun rega tanpa apa apa sebab munasabab.Semua orang dah tau tektik lama B.n.

  16. Kan kan kan! bagai yang dikata…..10sen je turun. Berkira-kiranya dia bila waktu nak turuuuuuuuuun!!!

  17. ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA KENGKAWAN SEMUA…HARGA MINYAK DAH TURUNNNNNN…..YES3X…..

    SEKALI TURUN 10 SEN AJELAHHHH PULAKKKK TU YANG NAK NANGIS NIH SOB.SOB.SOB..

  18. 10 sen?naik 78 sen.turun 10 sen jee?LAKNAT.MUKA MACAM KORANG PATUT KENA LUDAH KAT RAKYAT

  19. Tak turun lagi kena tunggu. wang subsidi cukai jalan yang dibayar belum cukup kutipannya lagi. Sudah cukup boleh laaa.

  20. paklah & Najib muka seposen…. ha ha ha

  21. Perkataan T…U…R…U…N…ni kalau boleh depa-depa tu dah tak mau guna dah……ngeri

  22. Dalam hal nie aku pelik sikit,…pelik banyak pun ada…,apapasal 10 sen jer…cadangan nak turun 30 sen…????
    Lagi satu,…aku nie kontraktor pendawaian elektrik kecil-kecilan….lagi minyak turun….lagi harga barang hardware naik….nampak sangat golongan sepet nie tengah main2kan stock…memang dia orang control business kat M’sia nie….,sepatutnya kerajaan wujudkan sector stock benda-benda macam nie untuk Bumiputra…, termasuk beras, gula etc. Jadi baru ada persaingan dari segi barangan borong. Barulah sepet nak temberang takder stock tak boleh,…dan harga pun boleh turun.

  23. gedanggedunggedanggedung, gedunggedunggedunggedung, gedanggedanggedanggedang, gedunggedanggedunggedang,

    Gurindam harga minyak naik turun.
    Harap para bijak pandai laman Majlis Kita-Kita (MKK) ni tolonglah tapsirkan yek!!!!TQ.

  24. macam bunyi tong minyak kosong bergolek je?
    atau macam bunyi gendang kosong je? Entahlah kut ada kitab tafsir yang lebih baguih. Kalau tak betui kena mesyorat anggota tertinggi majlis kita-kita!!!!

  25. untuk sdr din waja, betui dah tu, rakyat dok mengkelan dok meghengkam. meghaunglah kuat mana pun.
    utk sdr orghe klate gendang mokyong pong punyi balah tu juga. dok pusing bulat kot tu la! (pi mai pi mai dok tang tu jugak) memekeklah kuat balah mano pong…
    utk MKK yg lain-lain barangkali maksudnya……….78sen ke depan, 15sen ke belakang dan 10sen lg ke belakang. dok main go a head go stand). sedang harga barang dan kos sara hidup pula 10 kalilipat dah ke depan dan tak akan patahbalik ke belakang lagi. yg dok jadi gelodak geli + sah(gelisah)adalah kita-kita rakyat nilah. wallahu’alam……TQ

  26. uncle tak kisah minyak turun ke naik ke…

    uncle naik sikal aje…

    minyak turun, rege barang tak turun pun..

    masa naik minyak tu ari tak menyempatpun…. bila nak turunlak nak kena buat mesyuarat JKKK lak.

    Ha ha ha

    SELAMAT HARI RAYA kepada semua


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: