Posted by: pinkturtle2 | September 26, 2008

Kemaruk Nak Berkuasa Punca Susah Nak Letak Jawatan

Menurut sumber berkenaan, mesyuarat berkenaan diadakan bagi berbincang dan memikirkan masa depan politik Abdullah yang telah diketahui umum seperti telur di hujung tanduk.

Menurut sumber berkenaan, mesyuarat berkenaan diadakan bagi berbincang dan memikirkan masa depan politik Abdullah yang telah diketahui umum seperti telur di hujung tanduk.Dipercayai, mesyuarat yang berakhir kira-kira jam 2 pagi tadi dan telah bersetuju bagi Abdullah melepaskan jawatan Presiden Umno seterusnya Perdana Menteri pada Jun 2009.

Mesyuarat di Seri Perdana, Abdullah undur Jun 2009?

KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER (SK) – Satu mesyuarat tergempar diadakan oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi di Kediaman Rasmi beliau , Seri Perdana Putrajaya malam tadi bersama dengan beberapa penasihat beliau, menurut sumber  kepada Suara Keadilan.

Menurut sumber berkenaan, mesyuarat berkenaan diadakan bagi berbincang dan memikirkan masa depan politik Abdullah yang telah diketahui umum seperti telur di hujung tanduk.

Dipercayai, mesyuarat yang berakhir kira-kira jam 2 pagi tadi dan telah bersetuju bagi Abdullah melepaskan jawatan Presiden Umno seterusnya Perdana Menteri pada Jun 2009.

Dengan itu, menurut sumber, beliau tidak perlu bertanding pada pemilihan Umno Disember ini yang dikatakan mempunyai kemungkinan besar, bapa mertua calon Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, tidak mendapat kuota 58 percalonan bahagian sekiranya beliau berkeras untuk mempertahankan presidenya.

Sumber kami juga percaya, mesyuarat Majlis Tertinggi yang sedang berlangsung kini di tingkat 38 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bahawa Abdullah akan kemukakan cadangan beliau hasil mesyuarat malam tadi pada mesyuarat berkenaan.

Walaubagaimanapun tidak diketahui samaada MT Umno akan menerima cadangan tersebut atau menolaknya serta ada juga kemungkinan sesetengah ahli MT yang lantang akan terus mendesak Abdullah supaya berundur dengan segera.

http://www.suarakeadilan.com


Responses

  1. – Nasihat Mahaguru kepada Abdulla: Eloklah pergi kalau ahli parti, ahli MT, dan Pak-pak Menteri pun dah suruh pergi secara terhormat. Bila cakap secara baik pun tak nak pergi, maka puak-puak MT dan yang seangkatan dengannya akan cakap “Pergi Berambus kau lagi cepat!”. Jadi Mahaguru berharap Abdulla faham bahasa orang Melayu. Kan Dulla ada cakap, “Budi bahasa budaya kita”, walaupun Mahathir pernah disebut sebagai Iblis oleh PM dalam muka depan akhbar harian sedikit masa dulu.
    – Janganlah sampai polis pengiring Abdulla mengiringi Abdulla ke Penjara Sungai Buloh pulak nanti! Maklumlah kuasa ‘bateri eveready’ yang ada dah weak! Tak boleh nak cas lagi. Kalau nak bahasa yang sikit kasar, “Rumah kata pergi, Kubur kata mari (Dollah)!!! Takkan kata-kata mutiara tu Abdulla tak tahu. Lebih mudah daripada sajak ‘ku cari damai abadi’.
    – Walau apa pun, Mahaguru berharap Abdulla jangan cuba-cuba nak ambil kunci bilik C4 dan cuba-cuba praktis di bulan Ramadhan ini. Kanak-kanak putus jari main mercun, takut Dollah putus kepala pulak nanti!
    – Kepada Najib, bila dah dapat kunci Bank Negara tu, janganlah lupa rakyat jelata ni. Mahaguru berharap komisen Shukoi dan Scorpene dah cukup untuk 9 keturunan. Janganlah ambil lagi. Nanti jadi seperti lakonan Aziz Satar yang ambil semua harta penyamun dalam gua, akhirnya terperangkap dalam gua. Nasib baik ada apek yang boleh jahit badan dia masa tu. Lagi satu simpan kunci tu baik-baik. Jangan sampai Rosmah ternampak kunci tu, parah nanti bila Najib buka peti Bank Negara, fulus dah tak ada!!!
    – Pemimpin/PM Jepun silih berganti setiap 2/3 tahun. Namun negara mereka tetap maju. Bila mereka rasa tiada sokongan, automatik berundur. Prinsip mereka kepentingan negara dan rakyat lebih utama. TAPI di Malaysia pemimpin BN berebut mempertahankan kuasa/jawatan lebih utama daripada ekonomi negara atau kebajikan rakyat. Akhirnya minyak turun 0.10 sen je. Itulah gula-gula untuk 26 juta rakyat Malaysia menjelang Idil Fitri. Syabas Najib!
    Orang yang cekap Matematik tentu faham pengiraan sebenar, bahawa rakyat Malaysia dah kena tipu bulat-bulat dengan kerajaan BN. Mahaguru cadangkan kalau asyik ungkit subsidi-subsidi-subsidi, lebih baik tutup lombong minyak di Terengganu, Sabah dan Sarawak! Beli minyak 100%. Rakyatpun takkan marah tiada subsidi untuk minyak.
    – Mahaguru berharap, kerajaan BN janganlah memperbodoh-bodohkan rakyat. Ini zaman millinium, zaman internet, multimedia. Pemikiran rakyat disuruh global/glokal TAPI dalam masa yang sama semua perkara nak bodohkan rakyat!
    Tolonglah Najib!! Kamu mengaji di universiti di UK dulu habis tak? Mahaguru rasa tak habis belajar!!! Sebab nak bertanding di Pekan, Pahang! Tak gitu?

  2. sat 2010,la nie plak 2009…..apa nie main2 ka
    harap jgn. mesyuarat lagi…nnt. jenuh back to the future plak.

    aiman tak kisah,great chief lagi tarak angkat tau

  3. Sdr. Mahaguru,
    Semua kwn stuju le tp yg kena potong tu sudin bkn ajis….takut terbelahak pulak Dato’ Aziz Satar. Kwn rasa elok PakLah kaji semula harga petrol/diesel tu. Kasi turunkan lagi
    ek. Tolonglah!!!Dlm saat2 begini rakyat kena letak no.1 tau…Cayaaaang PakLah!

  4. Malaysia dalam bahaya…. Malaysia bukan milik rakyatnya tetapi milik pemimpin-pemimpin yang kemaruk kuasa. Dimanakah letaknya kesedaran rakyat Malaysia apabila negara dilakukan sebegini? Agaknya rakyat Malaysia ni dah terlebih baik hati dan sanggup dicucuk hidung dan membiarkan perkara sebegini berlaku….. tepuk dada tanya selera tapi selera sendiri pun sekarang ni orang lain yang dah tentukan… Kalau suruh terjun lombong maka terjunlah ke lombong….

  5. salam,mintak maap ..tapi aku tgk pemimpin negara khususnya dri bee end dah wat negara nie jd permainan dorg.suka2 tukar jawatan,xsuka pindah tempat lain.dah x serius.ada pemimpin yg bersungguh2 nak wat perubahan dituduhnya mcm2..agen bangsa asing la..mcm2..kenapa?

  6. – Tuan sd, minta maaf le teman terlupa siapa yang kena kerat dalam kisah ‘Ali Baba Bujang Lapok tu’. Betul tu Sudin yang kena kerat!
    – Apapun minyak kena turun seperti harga asal RM1.92 sen. Baru boleh paksa peniaga turun harga barang. Masalahnya Shahril Samad tu bukan nak turun ke hyper market atau kedai/pasar. Dia dok sibuk komen orang siapa yang nak bertanding Disember yang dah tukar Mac. Piee (Sabah) dulu ada juga pergi ke pasar-pasar pantau harga barang. Ini Shahril…takde buat kerja tapi sibuk pasal kata harga minyak relevan dengan situasi dunia. Dia bolehlah cakap, pergi ke mana majlis, makan percuma, hotel percuma, kereta percuma, lebih 10 elaun percuma. Pak-pak menterilah yang paling banyak dapat subsidi.TAPI kata rakyat mentaliti subsidi!

  7. Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Bel alan g sesuai dengan keadaan semasa kita…. Hahahahaha.. .!!!!

    Soalan 1
    Tukang Soal :’Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,

    bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??’

    Ahli Nujum Negara :’Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu
    diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak
    ke atas itulah PKR..’?

    Tukang Soal :’Sebabnya… !!??’

    Ahli Nujum Negara :’Sebabnya… Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya. ..’

    Soalan 2?

    Tukang Soal :’Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
    manakah PKR..??’

    Ahli Nujum Negara :’Ini? senang saja, kita letakkan kedua anak itik
    ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai
    terberak itulah UMNO..’?

    Tukang Soal :’Sebabnya… !!??’

    Ahli Nujum Negara :’Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !’

    Soalan 3

    Tukang Soal :’ Ada sebuah masaelah,

    Satu… baaaanyak-banyak! !… Dua… sedikit-sediiiiikit ….!!!
    Tiga… jarang-jarang! !!… Empat… kad-dang, kad-dang,

    Apa itu..???’

    Ahli Nujum Negara 😕 ‘UMNO!!!’?

    Tukang Soal :’Buktikan..!!’

    Ahli Nujum Negara :’Satu… Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini…?

    Dua… Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
    bilangan ahli UMNO yang banyak itu…

    Tiga… Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan…

    Empat… Kad-dang, kad-dang… Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
    lihat ada pemimpin tertinggi UMNO? yang mahu mendengar suara ahlinya…’?

    Soalan 4

    Tukang Soal :’Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???’

    Ahli Nujum Negara 😕 ‘Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
    keri snya ataupun pada jenteranya..?

    Tukang Soal :’Dimana terletak kekuatannya. .???’

    Ahli Nujum Negara 😕 ‘Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !’?

    Tukang Soal :’Buktikan!!’

    Ahli Nujum Negara :’Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu? toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
    dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO
    nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah…’

    ‘Biasalah… UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
    kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

    Jangan takut.. LAWAN… KITA LAWAN…!!!’

    ?

    ?

    Soalan Extra

    Tukang Soal :’Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaklaksana… !!! Apakah yang ada

    di genggaman beta…????’

    Ahli Nujum Negara :’……….. DUIT !!!..’

    BUKTIKAN!!!!:’Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO…’

    Sekian… Semoga Terhibur… Wassalam…

  8. Kalau kita renung halus-halus, semua lagu2 dan filem2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tiada tolok bandingnya lagi. Seperti Labu Labi, Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Musang Berjanggut, Antara Dua Darjat, Sarjan Hasan, Keluarga 69, Anakku Sazali, DLL tak perlu di sebutkan semua di sini sebab semua orang dah tahu………Kini siapa lagi yang hendak menafikan betapa karyanya di dalam lagu2 dan filem2 beliau adalah KAYA dengan ilmu meskipun terdapat beberapa kerat manusia meletakkan karya Allahyarham sebagai “MENYAMPES”……….YES!!!! silakan anda teliti setiap satunya dan buatlah perbandingan di dalam setiap perjalanan hidup kita dulu, kini dan selamanya. Ini apa yang kwn pikir orang lain kwn tak tahulah……….

  9. Orang tua-tua kata ‘Gajah sama gajah begasak, kancil yang kena pijak’. Selalu gajah begasak ni pasai gajah dah naik minyak, bila dah turun minyak, gajah tak mampuih, yang mampuih kancil pasai turun sikit sangat, jadi depa dok begasak lagi. Hang kata kat aku, aku kata kat hang. Lebih baik suruh depa sumpah buat selesai, jangan dok begasak. macam sumpah SiPetai a/l Jering kes teberak dalam seluak tu;
    ‘sumpah walahi, wabilahi seluak tu aku punya, tahi dalam seluak tu bukan aku punya’ hangpa pakat-pakat tafsir sendiri la!

  10. Hak yang perenggan bawah sekali tu tak baik dik disebut mcm tu. Bawak bersabaq banyak2. Dah nak raya niiii. Jangan disebut lagi yerk!!!biarlah orang lain nak kata lagu tu. Tapi kita jangan sebab nama Allah itu. Subhanallah…….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: