Posted by: pinkturtle2 | September 26, 2008

Penangguhan: Bertambah Reda Atau Bertambah Parah..?

Penangguhan itu juga baik untuk semua, untuk Pak Lah dan kepada parti,

Penangguhan itu juga baik untuk semua, untuk Pak Lah dan kepada parti - Mat Taib

Muhd Taib: Penangguhan untuk redakan Umno

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, keputusan untuk menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan Umno dapat meredakan keadaan dalam parti itu sekarang.

“Penangguhan itu juga baik untuk semua, untuk Pak Lah dan kepada parti,” kepada ketika ditemui selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.

Sebelum itu, mesyuarat tergempar MT pagi tadi memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan Umno dari Disember kepada Mac tahun depan.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan bahagian akan diteruskan mengikut jadual di mana mereka akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan kerusi MT.

Menurut Muhd Taib, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga akan umumkan keputusannya sama ada akan bertanding jawatan presiden sebelum bermulanya mesyuarat bahagian.

Dalam sidang akhbarnya sebelum itu, Abdullah berkata, beliau belum lagi memutuskan sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan presiden.

“Semua ahli MT menyambut baik keputusan penangguhan tersebut meredakan keadaan seperti panas (dalam parti),” kata Muhd Taib.

Beliau dipercayai merujuk kepada perkembangan semasa dalam Umno berhubung pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan banyak yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Malah, sebahagian Umno bahagian, yang dijadual mesyuarat mulai 9 Oktober ini, secara terbuka mahu mencadangkan calon lain untuk jawatan presiden.

Dan regu pilihan mereka ialah Najib dan Tan Sri Muhyiddin, masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Ternyata perkembangan itu membimbangkan beberapa pihak dalam Majlis Tertinggi (MT) sendiri, sehingga yang mencadangkan Abdullah tidak bertanding kerana bimbang tidak mendapat pencalonan mencukupi.

Untuk layak mempertahankan jawatan presiden, Abdullah mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 30 peratus atau 58 pencalonan daripada bahagian. Umno mempunyai 191 bahagian.

Mengulas lanjut mengenai keputusah mesyuarat MT hari ini, Muhd Taib berkata, ia bermakna perdana menteri “mendengar suara di peringkat bawah”.

Sementara itu, seorang lagi ahli MT, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menyifatkannya sebagai satu kaedah penyerahan kuasa.

Menurutnya, ia dipersetuju sebulat suara oleh ahli-ahli MT ketika ia dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. I just wonder why the moderator was not pulished the article regarding PKR councillor Zul Hassan and his latest word of the day, “what is important is we did not ask for the women. He supplied them to us. If people sedekah (donate), don’t you want to accept the sedekah?”

    Iwonder what is TGNA comments, where is Salahuddin Ayub and why Perak Menteri Besar has no word out of his mouth?????

  2. Tok Selampit nak alih kan isu…jangan layan, nak tutup masalah dalaman UMNO cerita pasal Kenyataan Ahli PKR tu..ahli unmo pun ada buat maksiat.

  3. cts, I think you should consult Zul Hassan or his two friends, Fairul Azrim and Roslan Sahat to know more, then only you will know them better.

    You dont have to woder for comments from TGNA, Perak MB or Salahuddin. They wont waste their times.

  4. Selampit says:

    I just wonder why the moderator was not pulished the article regarding PKR councillor Zul Hassan and his latest word of the day, “what is important is we did not ask for the women. He supplied them to us. If people sedekah (donate), don’t you want to accept the sedekah?”

    Iwonder what is TGNA comments, where is Salahuddin Ayub and why Perak Menteri Besar has no word out of his mouth?????

    —————————————————–

    Comment: By Naspazi

    Leader who’s do the bait of course wrong. But those bait that besides also wrong. Then why make woman as bait and why so the woman willing to be bait? What is bait, become bait and do the bait is wrong beside religion?

    Why so fuss when the leader of PKR’s do the bait? Yet, similar wrongful act committed by umno not fuss? Why Rahim Thamby Chik roll over Malacca’s Chief Minister? Why Abu Hassan Omar roll over from MB Selangor? Why not fuss when the murder of brutally up Altantuya? Hence, if policy is hypocrite, of course there are also hypocrites!

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH
    – Naspazi

  5. Naspazi….,Apa perlakuan sumbang oleh Umno leader’s previous scandal bukan alasan untuk PKR leaders melakukan atau mengulanginya yang sama….ingat tu.
    Sepatutnya kalau nak lawan Umno…,kena tunjukkan teladan yang baik….,bukan kalau Umno main Pompuan….PKR pun boleh main Pompuan…Umno Rasuah…PKR pun boleh rasuah…kita tak boleh bertolak ansur dengan perkara-perkara haram macam nie…
    Kalau kau sendiri suka berjudi ( contohnya la….,jangan ambil hati )….,tentu kau taknak anak kau pun ada tabiat buruk yang sama kan? Macam tu lah kaedahnya.

  6. Apit, engkau faham tak makna perenggan pertama yang saya tulis? Atau saya perlu terjemah untuk mu? hehehe…

  7. kalau gaji melebihi 4 hingga 5 ribu/sebulan..layak ka terima sedekah
    itu namanya hadiah
    mangkuk ayun betoi..org. yg beri sedekah pon tak tau nak bagi kan org. yg berhak menerima…

    anyway great chief tarak angkat tau kerana aiman pon tak kisah

  8. Cerita isu sedekah2 tu jangan disebut lagi. Dahlah tu. Ini soal prinsip, maruah dan kesucian islam. Biarlah orang2 yang benar2 arif dan dipertanggungjawabkan sahaja memperkatakannya. Kita ni siapalah…….Kita cerita bab lain banyak lagi.

  9. KERJA-KERJA JAHAT LAGI JAHILIYYAH NI DAH JADI AMALAN ORG AMENO SEJAK DULU….JADI BILA DIWAR-WARKAN TV SEMUA BERALIH PERHATIAN TAPI KENYATAAN DIPUTAR BELIT….SIKAP JAHILIYYAH NI SEMUA DAH TAHU ..PENJILAT-PENJILAT SEPERTI APIT NI BERLAMBAK….PASAL MEMFITNAH NI ‘NETWORK’ AMENO NI SEMUA ORG TAHU..BUAT KERJA-KERJA KOTOR NI START DARI ERA MADEY DULU ORG DAH TAHU…DUNIA CYBER NI BAGI ORG CELIK JUGAK BANG OIIII…MAAF LA MAKIN KELUAR KAT TV MAKIN ORG JELEK DENGAN CARA JAHILIYYAH ORG-ORG AMENO YG SEMAKIN TAK TAU HALAL HARAM NI…..NAK BUAT HAVOC KAITKAN MELAYU CHINA BAGAI….SEMUA RAKYAT MALYSIA TAK PERLU MELATAH DENGAN ‘GAME’ BEBUDAK HINGUSAN/PENCACAI NI….KERJA BANGSAT TETAP BERJALAN WALAU DIBULAN MULIA NI…..TANPA CUTI..SO PEMIMPIN PR TU ELOKLAH BERSEDIA..JGN LEMBIK-LEMBIK MENGHADAPI GUNTING DALAM LIPATAN DAN DURI DALAM DAGING TU…JAIP TU SIAPA ….???KONTROVERSINYA APA..?? KAN KE DIA GUNA PENGARUH ISTANA UNTUK REMAIN JAWATAN BILA KENA TUKAR OLEH DS NIZAR ….JANGGUT DIA LA…..TENDANG KELUAR JE….ITULAH ‘NETWORK-NETWORK’ MEREKA…PADA RAKYAT MEREKA INI SAMPAH KEPADA RAKYAT….DUIT GAJI MEREKA BUAT KERJA CAMNI KAN HARAM…..TU LA GENERASI AMENO NI SEMUA JADI BENGAP SEBAB DARAH DAGING DARI USAHA TAK ELOK CAMNI….LEBIH MULIA KERJA CUCI TOILET DARI BUAT NAJIS ……..BUKAN ORG BODOH LA …..

    KALAU DAH DIDIDIK KERJA KOTOR SEJAK PULUHAN TAHUN TU CAMNE NAK BERUBAH…..INSAF LAH ..

  10. Rupa paras tak boleh berubah, perangai boleh berubah. Jahat macam manpun,bila umur antara 40 ke 50 tahun kena ubah jadi baik, kalau tak ubah juga memang dasar nak mampus. Bila dah jadi baik dia tak mati lagi, antara umur 50 ke 60 tahun, dia dapat hidayah dan taufik dari Tuhan. Tak meninggal juga lagi, dia jadi tua umur antara 60 ke 70 tahun, dia jadi manusia yang ampuni Tuhan. Masih panjang lagi umur hingga 80 ke, 90 ke?, dia jadi manusia yang dirahmati Tuhan. Jika dia meninggal Rahmat Tuhan menantinya. Itulah maksudnya ‘panjang umur banyak amal ibadat dimulia Tuhan. Panjang umur banyak maksiat dihina Tuhan’. Kalau dia jahat juga sampai tua sampai mati ‘rahmat’ padanya hanya tertulis dibatu nisan. Wallahualam.

  11. betullah tu. tapi bila hang nak balik kampung beraya din. kengkawan kita dah senyap sunyi dah mungkin mereka dah bersama sanak famili. hang kampung di mana?. satu kampung dengan pak menakan anak 10 pupu kepala batas tu ke?. kwn dah hampir2 nak balik ni. kwn nak p beraya rumah TGNA. tak ada nak pesan apa-apa ke kepada warga yang tak dapat balik kampung. pesan-pesanlah minta tolong depa tengok2kan rumah kita di bandar ni. maklum sajalah………..

    adik naspazi dah terbang ke KK ke?. adik apit mcmana. kampung di mana pula dia ni?…..walau bagai mana pong lepas raya nanti kita perang lagi yek. sekaranag kita berdamai dulu buat seketika. sedap tak sedap sehingga ini minta tolong jangan simpan dalam hati ya!!!!!!!ampun dan maap dipinta!

    selamat hari raya ‘aidilfitri, maaf zahir dan bathin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: