Posted by: pinkturtle2 | September 26, 2008

Selamat Bersara Dan Selamat Hari Raya Buat Pak Lah

sfdgarefBila kamu nak letak jawatan?…. Sabarlah Jib, sari dua lagi aku akan umumkan…

MESEJ KHAS KEPADA ABDULLAH BADAWI

Dear Sir. Cukuplah. Tak payah flip-flop lagi. Tak payah dolak-dalik lagi. Kalau dah set nak berundur, undurlah segera. Tak payah main politik lagi. Tak payah dengar cakap Kamaluddin. Tak payah dengar cakap Khairy. Tak payah dengar khutbah Alwi Che Mat. Tak payah ikut telunjuk Annuar Musa. Semua orang ni tak mau anda berhenti bukan demi agama, bangsa dan negara. Tapi demi kepentingan tembolok mereka sendiri!

Anda mungkin tak dapat maklum balas dari akar umbi. (Semalam ada NGO kecam orang lain yang sering gunakan perkataan akar umbi. Piii dah!!! Semua NGO ni askar upahan belaka. Mereka cakap ikut hidung aje.) Hari-hari, rakyat jelata akar umbi bengang pasal anda. Mereka tanya, bila anda nak berhenti. Bila?

Abdullah Badawi. La ni, dengar-dengar ceritanya, anda nak postpone lagi mesyuarat UMNO bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO sampai pertengahan tahun 2009. Ini keputusan gila. Keputusan ni akan undang nahas aje. Kalau anda buat tindakan ni, UMNO akan lebih cepat bungkus. Ya, bungkus…

Anda nak tau pasal apa? Ya, kalau anda postpone mesyuarat UMNO bahagian dan PAU sampai pertengahan 2009, pasti akan ada “pemberontakan” warga UMNO akar umbi. Kalau mereka tak pelengkup anda dan keluarga serta konco-konco anda menerusi cara-cara berperlembagaan, mereka akan keluar UMNO secara beramai-ramai. Exodus. Bila ini terjadi, you are to be blamed. Anda akan dipersalahkan sepenuhnya!!

Abdullah Badawi. Ada satu cerita lagi. Katanya anda nak undur jadi Presiden UMNO tapi nak terus pegang lagi jawatan PM sampai urusan anda semua selesai? Ini idea baik. Tapi ini juga ironik. Bila dah tak mau jadi Presiden UMNO, buat apa nak jadi PM? Pasal anda nak bersihkan semua fail kotor pasal diri anda dan kroni-kroni anda? Pasal nak bereskan kontrak-kontrak yang belum beres untuk kroni-kroni anda? Pasal rahsia-rahsia negara belum selesai dipindahkan ke dalam pen-drive mungkin untuk dijajakan kepada the highest bidder? Pasal apa? (Sebenarnya hari ni dah ada banyak pen-drive pasal diri anda sendiri dalam simpanan negara!)

Lepas tu ada satu lagi berita. Katanya anda nak terus pertahankan kerusi Presiden UMNO dan terus jadi PM ikut jadual peralihan kuasa 2010. Betul ke? Kalau gitu, eloklah. Tapi, politik anda akan mati ikut cara natural death. Nama baik anda akan disalib oleh UMNO-UMNO bahagian. Eloklah tu!!!

Abdullah Badawi. Eloklah anda ikut gelombang dunia mutakhir. PM Israel resign. PM Thailand resign. PM Jepun resign. Kalau anda ikut gelombang ini, sejarah akan mencatatkan anda sebagai PM Malaysia yang sanggup berkorban demi kepentingan agama (bukan Islam Hadhari), bangsa dan tanahair. Tapi, kalau anda tak mau berhenti sekarang, sooner or later anda pasti akan diberhentikan menerusi proses demokrasi atau tindakan indirect warga UMNO akar umbi.

Anda ingat bila harga minyak turun 10 sen satu liter, itu satu angpau lumayan kepada rakyat jelata dan mereka akan berhenti daripada mendesak anda berundur diri? Fikirlah. Nak balik ke Perlis dari KL pakai kereta, minyak aje tak mati $100. Tol berapa? Turun harga minyak 10 sen satu liter, berapa banyak kita boleh selamatkan wang kita? Big deal!!!

Ini kisah lagi serius. Dengar desas-desus, cuti anggota keselamatan sudah dibekukan untuk menghadapi kemungkinan Hindraf berdemonstrasi besar-besaran waktu hari raya ni. Betul ke cerita ini? Betul ke hari ini dah ada sekumpulan orang yang diimport untuk bantu huru-harakan negara kita? Dan betul ke, bila ni berlaku anda dikatakan akan isytihar dharurat dan negara pun diperintah oleh NOC dengan anda sebagai pengarah operasinya?

Kepada saya ini cerita karut. Tapi, cerita karut inilah yang sedang tersebar luas dan kononnya membabitkan salah seorang manusia di sekeliling pinggang anda. Harap cerita karut ni memang karut. Tapi, kalau tak karut, harap anda perbetulkan segera. Nafikan segera.

Abdullah Badawi. Kalau anda dah nak berhenti, berhentilah secara bermaruah dan sukarela. Persetankan nasihat Alwi, KJ atau Kamaluddin. Persetankan pujuk rayu Annuar Musa. Persetankan kata-kata Shahidan Kassim the lalang par excellance. Persetankan ugutan Kalimullah atau gembala-gembalanya. Persetankan mereka semua.

Tahun ni tak payah lagi anda buat rumah terbuka Aidilfitri di PWTC di mana tetamunya hanya beribu-ribu pekerja Bangla, Mynmar dan Indon aje. Tak payah buang duit rakyat. Tak payah bodohkan kami semua kononnya tetamu anda adalah warga tempatan yang beratus ribu jumlahnya. Tak payah!!! Abdullah Badawi Sir. Selamat bersara dan selamat hari raya.

http://politica-net.blogspot.com


Responses

  1. allah selamatkan cemerlang
    allah selamatkan gemilang
    allah selamatkan tuan yg terbilang
    selamat tinggal temberang

  2. Entahlah…..BUNTU!!!!. Ya Allah ya tuhanku, selamatkanlah rakyat dan negara kami. Amiiiiin!

  3. UMNO…..? UMNO dah rosak semenjak negara diambang kemerdekaan lagi. Bagaimana? Lu pikir lah sendiri!!!

  4. biaq pi la depa tunggin’ ….HARGA MINYAK BILA NAK TURUN..EKONOMI FLIP FLOP NI ILA NAK BERAKHIR..ELOK PR JE PEGANG…

  5. La ni hangpa tengok macam man Pak Lah yang suka tidok tu pebodohkan hangpa semua. Dia tu bukan tidok saja, dia tidok dapat mimpi macam-macam ilham. Dia bangkit tidok hampa semua jadi kalut. Hangpa ingat senang ka nak keluak dari mahligai putrajaya tu. Cek Det yang buat pun tak duduk lama. Putih juga biji mata, tengok mahligai tu. Aku dok pondok buruk saja.

  6. aku nak pesan,
    sahabat2 indon, acheh, india, pakistan, siam, bangla, myanmar, nepal, vietnam, kemboja, china, tibet, bapak2 negro dan sekalian pendatang dari seluruh pelusuk alam ni. engkau bersukarialah ye di bandaraya kuala lumpur, wilayah persekutuan, malaysia ni. kami semua nak balik beraya di kampung. tolonglah jaga keselamatan dan kebersihan bandaraya kita ye. ini negara kita bersama. ini bukan negara mak bapak aku lagi dah. ini negara umno/bin. engkau nak bawa teksi pun bawalah. tak ada siapa pun boleh ambil tindakan. noh omar cakap besar je. sape tak kenal dengan noh omar. sama juga dulu menteri sumber manusia dan menteri kdn cakap pengawal-pengawal keselamatan tidak dibenarkan orang-orang pendatang. mesti orang tempatan. tahi palat dia orang. cakap saja. kau orang lihatlah sekarang sapa yang dah jadi pengawal keselamatan???…..kau jangan risau. pak lah dan najib pun tak boleh buat apa-apa. mereka sibuk tak sempat nak pergi jaga klcc, puduraya, cahaya suria, bukit bintang, chowkit, masjid india, bangsar/telawi, solaris mont kiara dll. kau orang buatlah apa2 patut ye. jangan buat gaduh sudahlah. ini je aku nak pesan. lepas raya nanti aku baliklah kl. nanti kita hidup sesama lagi. kau jual aku beli, kau bawa lori tanah laju aku bagi jalan, kau bawa teksi aku naik, kau naik lrt komuter aku ikut naik juga, kau naik bas menyamun aku kena samun, kau meragut aku bagi lepas sajalah, kau meropak aku tengok juga, kau pecah rumah aku berdoa jgn cederakan sapa2. kau menculik aku sms ke dapat 32728. kau buatlah apa yang kau nak buat ye!!!!apa lagi aku nak cakap. ini bukan negara mak bapak aku lagi dah. aku juga menumpang di negara sendiri kau orang semua tahu kan?. itu sajalah aku nak pesan setakat ni. yang lain2 kau orang pikirlah sendiri……….

    selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan bathin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: