Posted by: pinkturtle2 | September 26, 2008

Peralihan Kuasa Macam Kanak-Kanak – Ku Li

Saya fikir saya bercakap untuk negara apabila saya mengatakan bahawa saya rasa malu ekoran permainan kanak-kanak tidak habis-habis oleh dua pemimpin dewasa ketika berhadapan dengan tanggungjawab penting buat negara, tidak sedar soal perundangan, tidak sedar kerosakan yang mereka sebabkan kepada negara.

Kini kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai prasarana bertaraf dunia dan politik negara dunia ketiga dengan pemimpin-pemimpin menjadikan negara sebagai sebuah republik pisang.Saya fikir saya bercakap untuk negara apabila saya mengatakan bahawa saya rasa malu ekoran permainan kanak-kanak tidak habis-habis oleh dua pemimpin dewasa ketika berhadapan dengan tanggungjawab penting buat negara, tidak sedar soal perundangan, tidak sedar kerosakan yang mereka sebabkan kepada negara - Ku Li

Tangguh AGM: Ku Li kecam, sifatkan “permainan kanak-kanak”

KOTA BAHARU: Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengecam keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti yang menangguhkan pemilihan sehingga Mac depan dengan menyifatkannya sebagai “permainan kanak-kanak.”

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang sebelum ini pernah menawarkan diri mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding jawatan Presiden berkata, beliau masih kekal dengan pendirian mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada Umno dan negara.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tetap akan bertanding tidak kira bila pemilihan Umno diadakan.

“Kini kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai prasarana bertaraf dunia dan politik negara dunia ketiga dengan pemimpin-pemimpin menjadikan negara sebagai sebuah republik pisang,” kata beliau pada sidang media di sini mengulas keputusan mesyuarat khas MT pagi ini.

Tengku Razaleigh yang pernah bertanding jawatan Presiden pada 1987 tetapi tewas di tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata:

“Saya fikir saya bercakap untuk negara apabila saya mengatakan bahawa saya rasa malu ekoran permainan kanak-kanak tidak habis-habis oleh dua pemimpin dewasa ketika berhadapan dengan tanggungjawab penting buat negara, tidak sedar soal perundangan, tidak sedar kerosakan yang mereka sebabkan kepada negara.”

Kata beliau, berbanding memberikan pelan ekonomi nasional ataupun sebarang bentuk pembaharuan yang lain sejak 8 Mac lalu, kedua-dua pemimpin berkenaan hanya menyediakan “pelan peralihan kuasa” yang bertujuan menyelamatkan mereka daripada berhadapan dengan pemilihan parti.

Tegas bekas Menteri Kewangan itu, tindakan menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan menunjukkan parti meneruskan ketidaktentuan iklim politik dan memberikan ruang kepada pembangkang ‘menyerang’ kerajaan.

Beliau merujuk kedua-dua pemimpin berkenaan sebagai Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Dengan itu kata beliau, mereka hanya mengutamakan kepentingan kerjaya politik masing-masing berbanding nasib negara khususnya ketika era yang penuh mencabar ini.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. SALAM DARI http://aberamly.vox.com:
    * 33 minutes ago
    * Post a comment
    * Share

    DUA PERKATAAN BOMBASTIK YANG POPULAR UNTUK ABUI MATA DAN HATI DALAM POLITIK ALA MELAYU DI MALAYSIA BUAT MASAKINI.

    PERTAMANYA GUNA PERKATAAN RAKYAT TANPA SEGAN SILU. SEMUA YANG DIBUAT ADALAH KERANA RAKYAT WALAUPUN UNTUK ISI PERUT DAN NAFSU NAFSI YANG TAMAK DALAM SEGALA HAL. SAMPAI ADA KATA MEREKA PEMIMPIN RAKYAT. MANA ADA PEMIMPIN UNTUK KATAK ATAU LEMBU. MANA ADA PEMIMPIN KALAU TAK ADA RAKYAT. SEBENARNYA DIA JADI PEMIMPIN OLEH KERANA PANDAI MINTA ORANG SOKONG DAN UNDI DIA SAHAJA. BUKAN SEMUA SOKONG, TETAPI DIA DAPAT SUARA MAJORITI KERANA BERBAGAI SEBAB NAK HIDUP PENYOKONGNYA.

    KEDUANYA PERKATAAN AKAR UMBI. SEMUA UGUTAN ATAU DESAKKAN DIBUAT AKAN GUNA PERKATAAN SUARA DARI AKAR UMBI. TAK SEMUA POKOK ADA UMBI. HANYA POKOK PISANG DAN UBI ATAU YANG SEWAKTU DENGGANNYA SAJA YANG ADA UMBI. PADI PUN TAK ADA UMBI. DAN BANYAK POKOK DARI BATANG TERUS KE AKAR. SEKALI LAGI PERKATAAN INI DIGUNAKAN UNTUK ABUI MATA DAN HATI. DAN KALAU KITA JADI PEMIMPIN YANG PENAKUT MAKA KITA AKAN TERTIPU DENGAN DESPERADO AKAR UMBI INI.

    MUNGKIN ADA LAGI PERKATAAN BOMBASTIK UMPAMANYA PEMIMPIN BERDARAH RAJA NERJIWA RAKYAT. TETAPI KALAU NAK BERTUTUR KATA DENGANNYA KITA KENA BERBAHASA “PATEK” DAN “KU.” TERLALU FEUDAL DAN KUKU BESI NAMPAKNYA. APAKAH INI JUGA BOMBASTIK DALAM PERCATURAN KUASA POLITIK MELAYU?

    INILAH AKAR UMBI DAN REPUBLIK PISANG YANG KU LI KATA KOT?

    AKAR BONSAI
    800px-Banana_republic.svg
    BUAH PISANG

    Post a comment Tags: berapa banyak bombastik da….

  2. Ku Li. Duduk diam2 janganlah kacau daun………bagi can pulak kat orang lain. GM tu pun dok jadi sarang musang saja sejak berpuluh tahun. Tak ada apa pembangunan pung. Setesen keretapi pung dah nak runtuh macam gerabak dia juga. Alaaaaaaaa!…..nak demam aku dengan mu nih!.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: