Posted by: pinkturtle2 | September 27, 2008

Khairy: Penangguhan Boleh Merumitkan keadaan

Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.
Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, …bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen – Khairy

Khairy: penangguhan boleh rumitkan keadaan

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi Umno hari ini menunda tarikh perhimpunan agung ke Mac tahun depan boleh `merumitkan kempen’ calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.

khairy jamaluddinBeliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno berkata, tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.

“Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, …bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.

“Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihanraya dua minggu pun tidak mudah, inikan pula enam bulan.

“(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar Teregganu Datuk Ahmad Said  di Kemaman hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno hari ini menunda tarikh perhimpunan agung parti itu yang sepatutnya Disember depan, ke Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Bagaimanapun, ahli parlimen Rembau itu berkata sebagai sayap parti, Pemuda Umno tetap menghormati dan menerima keputusan yang telah diambil itu.

Sementara itu, Ahmad yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata, keputusan yang diambil oleh Majlis Tertinggi itu perlu dihormati kerana ia adalah antara langkah untuk melicinkan proses peralihan kuasa.

“Ini membuktikan proses peralihan kuasa Umno sebagai sebuah parti utama kaum Melayu berjalan dalam keadaan sempurna dan tertib,” katanya.

Sekat jumpa ahli

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan pihak yang bertanggungjawab menyekatnya daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan Pemuda jika keadaan itu berterusan berlaku.

“Setakat ini tidak terlalu serius, tetapi sedikit sebanyak turut menjejaskan (kempen). Kalau terus sekat, mungkin saya akan bawa ke Majlis Tertinggi,” katanya.

Semalam dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan, Khairy mendedahkan terdapat pihak yang menyekat beliau daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan pemuda Umno melibatkan beberapa kawasan yang dihadirinya dan beliau turut mendakwa mempunyai bukti berhubung perkara tersebut.

Selain Khairy, turut menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Umno adalah ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin dan ahli Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Sebelum ini Mukhriz juga pernah membangkitkan isu berkenaan sekatan yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap anggota parti untuk bertemu calon yang bertanding.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Khairy berkata antara bentuk sekatan yang berlaku termasuklah melalui kiriman khidmat pesanan ringkas yang menghalang ahli-ahli pemuda untuk bertemu dengan beliau.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. ADINDA PINK, DI KELANTAN KJ DAPAT SEMUA UNDI PEMUDA DON’T WORRY.. MUNGKIN SAZMI TAK DAPAT KOT?

    PEMUDA KELANTAN DI KONTROL OLEH BOSS TOK WAR… DIA JAGA BUDAK2 TU DENGAN KELINCAHAN PEMAIN BOLA LEGENDA KELANTAN DALI HUSSIN. IAITU JELMAAN DALI.

    DALI PULAK DENGAN ROSLI CMOEL TANDING DI PENGKALAN CHEPA. KALU DALI MENANG KETUA BAHAGIAN… MAKA KJ AMAT SELAMAT.

    ABE TAK PERCAYALAH DI KELANTAN KJ KENA SABOTAJ. SAPA YANG LEBIH GEDEBER DI KELANTAN MELAINKAN BOSS TOK WAR MUSA? DI TRG DAH OK TU SEBAB LAIN DAH NADA TOK MAT SAID PANGLIMA AWANG LIMBONG KERETA MERCEDES…. KJ MENANGLAH.

  2. sapa nak amik tau….???

    kau punya hal lah….

  3. Memang akan rumit keadaan..Ingatkan Disember pemilihan, duit dah pam banyak utk sokong dia…tiba2 tunda 2009,kena pam lagi duit,pastu silap pak mertua kata tak nak bertanding,mampus org taknak sokong ko khairy..sapa pandang ko kalau bukan sebab pak mertua ko tu je,lepas ni tahulah nasib ko..hhee

  4. -Jang, kalau ko kalah di Rembau, kemudian tak layak bertanding KP sebab tak cukup pencalonan, elok ekau poiee masak dan jual lomang lagi baik!!
    – Ekau pun bukan naik dari cawangan atau gentlemen bertanding di bahagian. Jadi KP Rembau pun sebab orang kesian. Jadi Naib KP pun sebab anakmuda umno kesian! La ni, sapa nak kesian dekat kou jang.
    – Lepas ni baru kou tahu sepak terajang, musang berbulu ayam, talam dua muka, dan peribahasa yang seumpamanya oleh puak-puak umno yang sedia benci/meluat tengok gelagat kou jang. Teman rasa budak kera jantan ni akan terlingkup bersama Pak Mentua hadhari tu. Semua orang umno dah meluat tengok anak beranak ni. Masih terngiang-ngiang di telinga teman, dengan angkuh dan sombong dia berkata”Pada dah 18 tahun perintah”, merujuk kepada negeri pimpinan TG Dato Nik Abdul Aziz. Akhirnya pada 8 Mac, Allah s.w.t. bagi cash pada KJ. BN tinggal 2 tiang nesan saja d Kelantan (2 ADUN).
    – Ni..pak mertua dah nak tumbang pun, masih cakap besar! Lain kali belajar politik dari bawah. Nafsu jangan terlalu besar, hingga nak jadi Piieem sebelum umur 40. Mana kau nak terajang Si Hisyam, pahlawan keris kontot tu. Walaubagaimana pun semua puak-puak keris berkarat biru ni akan dinobatkan sebagai pembangkang pada 13 Oktober 2008. InsyaALLAH. Amiiin…

  5. KJ tak sepatutnya merungut kalau segalanya dalam tangan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: