Posted by: pinkturtle2 | September 27, 2008

Ku Li Gesa Pemilihan Parti Dikekal Disember Ini

Mereka patut menolak (keputusan MT semalam) kalau sayangkan parti.
Mereka patut menolak (keputusan MT semalam) kalau sayangkan parti.Mereka mesti tentukan sikap untuk menolak kerana ini (peralihan kuasa) bukan perkara kecil.Ia bukan sesuatu yang senang untuk dapatkan sokongan bahagian. Memadailah saya buat bantahan lisan kerana bukan saya seorang saja (yang membantah), tapi juga ahli-ahli Umno lain – Ku Li

Ku Li gesa pemilihan parti dikekal Disember ini

27/09/2008 5:11pm

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang semalam menyifatkan keputusan menunda pemilihan parti sebagai “permainan kanak-kanak” dua pemimpin, hari ini menggesa ahli-ahli Umno supaya menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) semalam.

“Mereka patut menolak (keputusan MT semalam) kalau sayangkan parti.

“Mereka mesti tentukan sikap untuk menolak kerana ini (peralihan kuasa) bukan perkara kecil,” kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini sebentar tadi.

Kata beliau, ahli-ahli Umno perlu meminta supaya pemilihan pucuk kepimpinan pusat dikekalkan Disember ini, bukannya menunda ke Mac depan.

Bagaimanapun beliau tidak bercadang untuk membawa sebarang usul berkenaan pelan peralihan kuasa yang dirancangkan walaupun ia sebenarnya di luar perlembagaan parti.

“Nak bawa usul kita perlu adakan mesyuarat khas dan perhimpunan khas.

“Ia bukan sesuatu yang senang untuk dapatkan sokongan bahagian. Memadailah saya buat bantahan lisan kerana bukan saya seorang saja (yang membantah), tapi juga ahli-ahli Umno lain,” katanya.

Semalam Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu, yang sebelum ini pernah menawarkan diri mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding jawatan Presiden berkata, beliau masih kekal dengan pendirian mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada Umno dan negara.

Hari ini beliau mengulangi pendirian itu sama ada Abdullah bertanding ataupun sebaliknya.

Semalam Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sebelum 9 Oktober sama ada bertanding mempertahankan jawatannya ataupun tidak.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tetap akan bertanding tidak kira bila pemilihan Umno diadakan.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Tengku….Tengku. Siapa adakan ‘permainan kanak-kanak’ dan siapa pula yang dipermainkan?
    Abdullah bukan lagi cipta ‘permainan kanak-kanak’. Dia jadikan siapa sahaja yang mahu mecabar kedudukan dia umpama kanak-kanak. Cuba ingat dalam perhimpunan agung UMNO dulu. Apa kata Abdullah. “Saya pantang dicabar” Dia kata kepada parti lawan, tetapi maksudnya kepada sesiapa yang mahu mencabarnya. Tak kiralah kawan atau lawan, personalitinya pantang dicabar.

    Sebelum dia tangguh pemilihan, dia mainkan Najib. Mari tukar portfolio, macam kanak-kanak main tukar bola saja. Dia tahu siapa penyokong Najib, apa habuan penyokong Najib dapat dari MINDEF. Bila sudah tukar, penyokong beralih kepada Abdullah pula.Terkebil-kebil Najib dibuatnya. Dia serah kementeriannya pada Najib, dia masih control khazanah. Siapa dewasa siapa kanak-kanak . Dia peduli apa kepada Tengku.

    Gazali….gazali…gazali…..bangun gazali; kata Tengku Zaleha dalam Antara Dua Darjat. ooop!!!

  2. POOOORAH… KO DAH TUA , MASA KO DAH LAMA BERLALU. JANGAN BERANGAN MACAM MACAM. DOK RUMAH TINGKATKAN AMAL IBADAH, MANA YANG BELUM MANTAP TU DI SEMPURNAKAN. BANYAK LAGI PEMIMPIN MUDA YANG LEBIH BERKALIBER LAYAK MEMIMPIN. HENTIKAN LAGAK HERO TU RAKYAT DAH PANDAI SEKARANG BUKAN MACAM KO …. DULU MASA ADA KUASA KO BUAT APA??? PECAHKAN UNDI MELAYU JE LA.

  3. Suburkan demokrasi. Sapa-sapa bebas bertanding jawatan tanpa kuota dan biar ahli pilih. Ikutlah perlembagaan parti. Kalau takut kalah jangan bertanding atau lebih baik jangan main politik. Biasanya orang bermasalah saja suka tunda menunda ni.

  4. ku li, jaga pisang sendiri boleh tak!!!jgn nak menyebuk pisang orang lain…….

  5. hmmm, tunda punya tunda, silap2 tak sempat nak mengadakan PAU… last2 yang bertanding sumenya putih mata… pantang dicabar ke ? jgn hanya dimulut je paklah.. rakyat sentiasa perhatikan tindak tanduk paklah tau.. dan rakyat tahu menilainya sendiri…

    ape2 pun, mmg betul lah kena ambil berat suara-suara dari akar umbi ni… mane leh ignore mcm tu je… tanpa depa sapa lah anda kan.. mungkin hanya seorang Bapa Mertua kepada menantu kesayangan.

    kesetiaan kepada Presiden atau parti yang mane lebih diutamakan ?

  6. Kalau yang duduk dalam parti sendiri meragui kepimpinan sendiri, apatah lagi yang macam aku ni yang tak duduk dalam parti ko tu Ku LI..idiot


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: