Posted by: pinkturtle2 | September 27, 2008

Teresa Terima Satu Nota Berunsur Ugutan

Mungkin tindakan ini berpunca dari perasaan dendam terhadap saya dan keluarga selepas media dan blog tertentu menghina dan menggambarkan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman, dengan mereka-reka cerita yang palsu, sebelum dan selepas saya ditahan di bawah akta ISA

Mungkin tindakan ini berpunca dari perasaan dendam terhadap saya dan keluarga selepas media dan blog tertentu menghina dan menggambarkan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman, dengan mereka-reka cerita yang palsu, sebelum dan selepas saya ditahan di bawah akta ISA -Teresa Kok

Teresa anggap kejadian baling bom petrol untuk menakutkannya

27/09/2008 5:31pm

KUALA LUMPUR 27 Sept. — Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengganggap kejadian membaling bom molotov cocktail di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini awal pagi tadi bertujuan untuk menakut-nakutkan dirinya dan menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

“Mungkin tindakan ini berpunca dari perasaan dendam terhadap saya dan keluarga selepas media dan blog tertentu menghina dan menggambarkan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman, dengan mereka-reka cerita yang palsu, sebelum dan selepas saya ditahan di bawah akta ISA,” katanya.

Teresa ditahan di bawah ISA pada pada 12 September dan dibebaskan selepas seminggu disiasat.

Laporan polis telah dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan, agar mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan, kata Teresa pada sidang media di rumah ibu bapanya di Taman Rainbow.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan wakil PAS. Teresa berkata, dengan adanya ancaman itu, beliau berharap polis dapat menjamin keselamatan beliau dan juga keluarganya yang kini jelas terancam.

Lim Kit Siang berkata DAP akan berjumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Seri Ismail Omar dalam waktu terdekat bagi memastikan keselamatan Teresa sekeluarga selamat dan terjamin.

Bapa Teresa, Kok Kim Tong, 74, berkata kejadian tersebut berlaku pada 3 pagi apabila anak lelakinya yang sedang melayari internet terlihat seorang lelaki menaiki motosikal membaling sesuatu ke rumah mereka.

“Setelah diperiksa, terdapat dua molotov cocktail, dan salah satunya pecah. Tapi mujur tak meletup,” katanya yang memberitahu, ketika kejadian terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut.

“Kami juga menemui satu nota berunsur ugutan yang dilipat-lipat lalu kami segera membuat laporan polis pada pukul 4 pagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan yang dihubungi berkata Polis akan segera menyiasat bagi menjejaki individu yang terbabit dalam kejadian yang mengancam nyawa ini.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 502 iaitu ugutan jenayah, katanya.

Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mengutuk tindakan penjenayah yang melakukan perbuatan itu dan meminta polis dan kerajaan segera menyiasat kes tersebut, agar penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan.

“Ini kali kedua perkara sama berlaku kurang dari dua bulan. Sebelum ini, bekas rumah Presiden Majlis Peguam, S. Ambiga juga dibaling molotov cocktail,” katanya.

Katanya, sesiapa yang tidak setuju dengan dengan pendekatan Teresa, mereka harus menyatakan pandangan mereka dan harus berani untuk mengadakan perdebatan secara aman dan sekiranya mereka rasa tindakan beliau adalah salah, biar undang-undang yang menentukannya.

Koh berkata sebarang kekerasan atau perkara yang menyalahi undang-undang akan menyebabkan ekonomi negara semakin merosot.

http://www.bernama.com.my

ERESA Kok menunjukan nota ugutan dan contoh bom petrol yang dilontar di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini, selepas mengadakan sidang media mengenai insiden itu hari ini. Bagaimanapun kejadian kira-kira 2.55 pagi tadi tidak mencederakan penghuni rumah itu kerana bom petrol itu tidak meletup. -fotoBERNAMA

ERESA Kok menunjukan nota ugutan dan contoh bom petrol yang dilontar di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini, selepas mengadakan sidang media mengenai insiden itu hari ini. Bagaimanapun kejadian kira-kira 2.55 pagi tadi tidak mencederakan penghuni rumah itu kerana bom petrol itu tidak meletup. -fotoBERNAMA


Responses

  1. Aiya………kasi pecat itu teloq-teloq semua !
    Satu molotop cock sulah picah,
    Satu lagi belum ma………

  2. Di sebabkan Teresa dari PR maka hanya polis sahaja yang menjalankan siasatan.Berbeza jika perkara ini terjadi keatas mereka dari beend,maka ramai lah juak2 yang memberi komen dan juga komen2 yang sinis terhadap parti pembangkang.

  3. SELEPAS PENGGABUNGAN TANAH MELAYU DENGAN BORNEO UTARA ATAS JENAMA [PERSEKUTUAN MALAYSIA] PADA 16 SEPTEMBER 1963, SEHARUSNYA WARGA [PERSEKUTUAN MALAYSIA] MENDOKONG PARADIGMA BERIKUT:

    1. KAMI BERNEGARA SATU, NEGARA MALAYSIA.

    2. KAMI BERWARGA SATU, WARGA MALAYSIA.

    3. KAMI BERBAHASA SATU, BAHASA MALAYSIA.

    HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK BERFIKIR DAN BERJIWA KERDIL.

    MENYEDARI DAN MENGINSAFI KONTRAK SOSIAL PENGUJUDAN JENAMA MALAYSIA SEBAGAI SALAH SEBUAH [NEGARA BARU] DI PERSADA DUNIA, JUSTERU SELURUH WARGA MALAYSIA DITUNTUT BERFIKIR DAN BERJIWA BESAR.

    “SERENTAK MENGADABI KEMANUSIAAN BERSAMA”
    – NASPAZI

  4. Malangnya generasi warga Malaysia sebelum dan selepas 16 september 1963 dan hari-hari seterusnya hingga kini berusia 51 tahun tidak terdididik dengan sempurna untuk mendokong paradigma:

    1. NEGARA KAMI MALAYSIA

    2. NATIONALITY (kebangsaan) KAMI WARGA MALAYSIA

    3. BAHASA KAMI BAHASA MALAYSIA

    Kita diasuh dan dididik dengan KAMI MELAYU, KAMI CINA, KAMI INDIA, KAMI IBAN, KAMI KADAZAN dan KAMI lain-lain.

    Jenama BERSATU TEGUH BERCERAI RUNTUH akan tinggal jenama sahaja jika masing-masing mahu berteguh pada kaum sendiri. Kesannya Malaysia yang runtuh.

    Kegagalan memertabatkan warga untuk negara sebagai satu nation itulah penyebab utama bibit-bibit permusuhan sesama warga negara belaku kerana masing terlalu taksub kepada kaum sendiri. Ungkapan-ungkapan seperti HDUP MELAYU, HIDUP CINA, HIDUP INDIA, HIDUP IBAN, HIDUP KADAZAN …. adalah racun paling mujarab yang boleh menjahanamkan Malaysia.

  5. TU BARU SATU, MUNGKIN NANTI BANYAK LAGI DAN MACAM ACAM LAGI…. LAIN KALI JANGAN NAK TUMJUK HEROIN, INGATLAH SAMA ORANG LAIN PUN ADA PERASAAN. KO JAGA JER KEBAJIKAN KAUM KO DAN DALAM MASA YANG SAMA JANGAN USIK KAUM LAIN.

  6. aduhh asl tak meletupppp…..hhehehehehe

  7. mana cerita pasal ahli PKR perak yg suka makan sedekah tu?aku cadangkan oleh kerana dia suka makan sedekah dari pompuan cina, apa kata teresa ni pi bagi depa tu sedekah,dah tentu tak tolak depa tu hahaahah

  8. Ini kes jenayah. Pihak polis kena siasat betul-betul. Pak Syed boleh beri perlindungan kepada Teresa dan keluarga. Pindahkan mereka ke Kamunting tentu selamat.

  9. harap pak Syed botak nak jaga, mulut dia pun terlepas perkara yang tak baik utuk di dengar dan tak masuk akal untuk diterima.
    gunakan undang-undang islam keseluruhan dan bertawakkal kepada Allah, kan senang sikit kerja tu. tapi kerana nak tunjuk handal di ketepikannya undang-undang Allah, seolah-olah ‘LOW CLASS PUNYA LAW’ ingat kan haprak umno tu ‘HIGH CLASS PUNYA LAW’.

  10. nape teresa kok jad mangsa?..sape yg mulakan dulu?…bee end atau PR?…org lain yg mulakan org lain yg kena…

  11. MADBI….NGKO RANCAK BAGI PROVOKASI NAMPAK…..NI MAT BI END KUT….

    INI FABRICATION JE NAK BAGI DAP MELATAH…NAK BAGI PR MELATAH …ALAH INI STYLE MOSSAD YG BANYAK BUAT REKACIPTA PERKARA NAK BAGI HAVOC…..

    APA BODOH SANGAT KE RAKYAT MALAYSIA NAK PECAYA BULAT-BULAT ??? KAT PERAK GUNA BARUA PERANGKAP HAKIM SYARIAH…..PERANGKAP EXCO…NI PUN LAKONAN …KITA PERCAYA TU SEMUA…NAK BAGI BERGOLAK….UNTUK JUAK-JUAK AMANO YG TAK RETI NAK GUNA KREDIBILITI DAN CARA YG BETUL …CARA JAHILIYYAH…BUAT APA PUN KITA TAU KAMULAH PARA PELAKONNYA……KONSPIRATOR NYA JUAK KAMU..PENDOKONG DAN PENJILATNYA ADALAH SPESIS MACAM MADBI……

    KALAU NAK BERLAKON TU BIARLAH SECARA DEPAN KAMERA…..HARI NI GUNA LEMBU LAGI KONON RUNTUHKAN KUIL…NAK BAGI HAVOC UNTUK HURU-HARAKAN NEGARA….SUDAH LA…SUDAH LA…KOME MACAM PENCACAI JE BUAT KONSPIRASI…BUAT BUKTI ITU INI…..KERJA KOTOR NI BILA NAK STOP…..RAKYAT PUN BUKAN HORMAT CARA KAMU ……DAH MUAK DAH ….PIRAHHHH MABUK….

  12. kalau bijak mesti tak masuk perangkap yer tak?
    perangkap-perangkap nie memang kerja politik…tak kira pembangkang atau pun yang kena bangkang…,dengan perkataan pun boleh kena perangkap…bukan dengan perbuatan sahaja…oleh itu bila kita berkata-kata…kenalah berhati-hati…jangan syok sendiri…nanti ‘termakan’ diri…,diri sendiri yang ‘terjerat’…,dan malu sendiri.

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
    Maaf Zahir dan Batin


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: