Posted by: pinkturtle2 | September 28, 2008

Tragedi di Pulau Melaka..Malam 28 Ramadhan

Tragedi di Pulau Melaka..Malam 28 Ramadhan

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan ditembak mati ketika beliau dan keluarganya sedang dalam perjalanan hendak menunaikan sembahyang Isyak dan tarawih di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Jalan Pulau Melaka di sini malam tadi.

Mohamad Salleh, 60-an, dipercayai ditembak dua das tembakan oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, semasa beliau sedang memandu pacuan empat rodanya jenis Toyota Hilux untuk ke masjid kira-kira 8.15 malam.

Laporan Bernama menyebut Mohamad terkena tembakan yang dilepaskan dari bahagian hadapan menerusi cermin kenderaannya, mengakibatkannya cedera di kepala dan dada serta meninggal di tempat kejadian.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, akibat tembakan itu, kenderaan Mohamad terbabas dan melanggar tiga buah kenderaan lain di bahu jalan.

“Selepas kejadian, isteri Mohamad dan sepupu wanitanya keluar dari kenderaan dan menjerit minta tolong daripada orang ramai yang berada berdekatan tempat kejadian,” kata saksi tersebut ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mazlan Lazim mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk dibedah siasat.

kebetulan saya dalam perjalanan untuk solat terawih di perkampungan ramadhan di Stadium.Saya sempat merakam beberapa video 5minit selepas kejadian pembunuhan itu berlaku,  Saya masukkan satu Video di sini untuk tontonan semua.. pinkturtle


Responses

  1. dah mcm kat thailand plak malaysia ni…senang2 jer bunuh org kat tempat awam…adus..

  2. akan ada orang berkata, ha, itulah…tempat dekat rumah menteri besar Kelantan pun tak selamat, apa yang dibuat oleh kerajaan Islam PAS buat? kan sama aje dengan kerajaan umno/bn, tak selamat kan? bunuh pula tu. macam mana nak PAS perintah negara Malaysia? sedangkan negeri yang sekecil Kelantan pun tak terjaga? mungkin sabotaj ke, atau memang si mangsa dapat martabat mati syahid delam bulan Ramadhan Al-Mubarraq,

    ucapan TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM DAN BERSABAR DALAM SETIAP DUGAAN YANG ALLAH BERIKAN.

    AL-FATHIHAH……

    simpati drp:
    cucu orang utan

  3. – Itu kes boleh diagak dilakukan oleh pembunuh upahan. Daripada Allah dia datang kepada Allah dia kembali. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Allahyarham Mohammad Salleh dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hamba yang soleh.
    – Bagaimana dengan pembunuh Altantuya? Adakah PM baru (mungkin Najib) akan meneruskan siasatan? Atau dicampakkan saja kes besar tu ke dalam lori sampah? Kalaulah Rosmah tu rakyat biasa, sudah tentu kena gari, lokap dan tidak boleh jamin. TAPI sebab isteri…..?? Polis pun malu segan nak pergi siasat!
    Dalam kubur nanti…confirm tak boleh jawab! Tak ada peguam negara, tak ada ketua polis yang boleh tolong! Bertaubatlah Najib dan Rosmah. Dunia yang kau gilai ini tinggal beberapa tahun saja lagi kau nak tinggalkan.

  4. itula hukum karma… bila ada org berdendam sama ada kebaikan atau keburukan yg kita lakukan pasti ada tuntuan yg ingin dipenuhi….

    klu dibunuh kerana melakukan kebaikan… alhamdulillah tapi klu sebaliknya….terimalah padahnya..

    berbuat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali…

    AL-FATIHAH..

  5. Selamat, Aman dan Makmur itulah manifisto kerajaan BN di PRU 12.

  6. Selamat, Aman , Makmur – itu bukan manifesto …tapi ‘many pistols’….

    tukar gomen la cepat-cepat….

  7. Apalah korang….,alasan kematian didalam nie adalah berpunca daripada individu yang terbabit…,janganlah korang terlalu excited mengaitkan dengan faktor politik dan sebagainya….,tak takut dosa ker? Atau amalan korang dah kuat untuk bertemu dengan NYA?
    Tak baik ada orang mati,..kena culik…korang main-main dengan manifesto ler…itu ini ler…tanggungjawab kita kasi makan anak – anak @ keluarga kita…,termasuk keselamtan mereka. Kalau kita lalai…,itu lah balasannya. Percaya lah…Tuhan tu lebih adil…bukan manusia macam kita nie yang nak menghakimi ketentuanNya.

  8. Kalau dah tahu macam tu jangan buat manifesto selamat,aman dan makmur , kerana semua tu ditentukan oleh yang berkuasa bukan org politik…tahu tak pe..

    p/s: Aku main takraw jadi apit kanan …he..he..he

  9. Ajal dah sampai dengan cara macam tu, nak buat macam mana, Disamping sedekah Al-Fatihah kepada simati, sedekah harta kepada anak yatim dan armalah-armalah.

  10. al-fatihah….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: