Posted by: pinkturtle2 | September 28, 2008

Tak Habis-Habis Cerita Pasal Teresa

Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.

Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang - Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan

Teresa kurang sopan pakai skirt di masjid

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.

“Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.

“Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika majlis khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan hari raya di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.

Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.

http://www.utusan.com.my


Respon

  1. YB Teresa Kok Suh Sim,
    YB kini bertambah popular seperti artis malah lebih hebat dari artis no.1 negara. Oleh kerana itu gossipnya juga bertambah hebat juga. Mereka ingin tahu segala-galanya mengenai diri YB. Ada yang suka ada yang benci dan ada yang tak peduli langsung. Tapi apabila Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan menegur YB pakai skirt di masjid bermakna sudah ada orang yang ingin memberi petunjuk kepada YB jalan yang benar mengenai islam. Jika YB patuh pada teguran itu maka YB akan menukar cara hidup yang telanjang kepada berpakaian. Rakyat pasti suka melihat YB berpakaian sopan seperti orang islam walaupun YB bukan berugama islam.

  2. Salam Ramadhan tuan blog,
    Dengan izin,
    “Kuman di seberang laut nampak,gajah di bibir mata tak nampak”
    Dulu,dulu-dulu,ia dulu-dulu,manusia pakai cawat,hidup lalu mati.Semasa hidup dia pakai cawat,yang perempuan tak pakai co**pun.Kemana mereka sekarang ? Masuk Neraka ?
    Ulama Salaf akan menahan diri dari berbicara yang tak berfaedah.
    Apa ini ? Ulama bejat ?
    Kalau kita tanya bab haid,satu almari kitab dia selongkar dan umur dia habis tentang bab haid !
    Kalau kita tanya bab ikhlas atau sunnah Rasul dia akan lari terkencing-kencing,tak tahu nak jawab !
    Sesungguhnya mereka tak akan tahu apa itu riya,ujub,marah,takabur………….!
    Cari makan ma………………….

  3. Yb Teresa……anda adalah pemimpin raayat, yang mengundi u adalah dari semua bangsa, u kene sensitif dengan masalah-masalah seperti ini. Ini dinamakan kod atika berpakaian. Sesuaikan dengan majlis,

    U bukannya wakil raayat kaum cina tapi u adalah wakil raayat DAP. DAP adalah untuk semua kaum, kalu majlis macam tu pakailah baju kurung. u takkan rugi apa-apa. Janganlah u merasa diri u akan jadi melayu kalau u pakai baju kurung. Lu fikirlah sendiri.

  4. Itulah mentaliti ulama bila duduk dikerusi empuk. Itu pun pasal Tresa tu DAP kalau MCA, sudah pasti membisu saja. Sudahlah Tok TM Wilayah, carilah isu-isu lain yang lebih hebat kalau nak ampu pun. Lebih baik tumpukan kepada anak-anak muda Melayu keturunan Islam di wilayah jagaan tok timbalan yang masih pakai baju pun tak berapa betul saiz. Tarik ke atas nampak pusat, tolak ke bawah nampak buntut. Budak-budak ini langsung tak hormat Islam dalam berpakaian. Si Teresa itu pakai skirt pun tahu ikut saiz.

  5. Kalau nasihat untuk kebaikan, tidak ada salahnya kita terima, tak payah la kita mencampur aduk atau melarat kepada perkara perkara yang lain….nak kita betul atau salah, diri kita sendiri pun banyak yang salah…….

  6. Thamby kecik and din waja… adakah korang ingin menghalalkan perbuatan Teresa???

    bagi aku lebih baik ditegur seawalnya.. jgn sampai suatu masa tempat kita beribadat pon org tak reti nak hormat!!!!

  7. thamby kecik… jgnbandingkan zaman primitif yg tak beramadun degan zaman skrg … klu iu yg ko fikirkan.. ada baiknya tinggal dalam hutan saja atau dalam gua batu…

    sejarah kehidupan manusia berperingkat.. dari bertelanjang bulat sehinggalah kembali dengan sehelai kain kafan..

    org non muslim pon bila mati dikenakan pakain yg cantik cantik… siap mekap lagi… sebab dikala ini manusia hidup dalam tamadun…

  8. sebab utama Sulatan perak mahukan MB die dar kalangan melayu islam sebab perkara seperti ini yg ingin dihindari….

    tempat aku seorg cina yg menganjurkan majlis berbuka pose pon reti pakai baju melayu lengkap (pakaian kebangsaan) dan aku amat menghormati sikap sedemikian…

  9. ini bukan soal nak menghalal atau nak megharam yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Soalnya yang tahu halal haram pun tak berfikir nak tunjuk contoh. Bagaimana pula yang buta halal haram akan mendapat panduan. Badui zaman nabi bukan sekadar pakai tak senonoh tetapi kencing dalam masjid pun diberi nasihat dan dimaafkan kerana buta halal haram.

  10. azryen…tempat aku lain macam plak. bukan seorg, dua tiga org cina tak pakai baju kurung pun, dah la buka posa, solat maghrib plak tu……!!!! Aku pun menghormati sikap demikian juga.

  11. Sdra Din Waja, warga cina di salah sebuah negeri di Tanah Melayu pula saya sangat hormat of coz bukan sahaja berbaju kurung dan solat maghrib, bahkan sempurna Rukun Islamnya.

    Kalau nak percaya pun percayalah, kalau tak percaya pun percayalah, sebab linksnya seperti berikut :

    http://idhamlim.blogspot.com/

    Peguam Lingam bersabda: “Ahhh korek, ahhh korekk, ahhh korekkk, itu macamlaaah..hehehe..

    – NASPAZI

  12. Sdra Naspazi; Bukan nak percaya, memang dah percaya pun coz cina tu lebih dikenali dengan ‘orang Islam’ bukan ‘orang cina’. Itu yang jadi ahh.. korekk2 tu

    Ni kawan kita dok kaitkan Sultan pilih MB Melayu di Perak nak hindari kes-kes seperti ini…
    Kenapa Agung tak pilih KM Melayu Islam di Pulau Pinang. Ohh…. mungkin di Pulau Pinang tak ada masjid barangkali???

  13. perkara yang celaru biru huru hara yang berlaku ket Malaysia ini adalah angkara bodoh sombong puak haprak pemimpin umno yang membiarkan segala kemungkaran dan kemaksiatan berlaku tak kira bangsa apa pun, nak jaga bangsa melayu pun umno memang haprak, ini lah bila kemusnahan berlaku umno haprak tuding orang lain. bila bagi nasihat laksanakan ISLAM SECARA SYUMUL berbagai alasan dan helah.
    kan memang HAPRAK PUNYA PEMIMPIN UMNO…

    cuma yang ada sopan:

    cucu orang utan

  14. agung utk negara.. kat penang mana ada sultan!!! itu pon tak bole tgk dan fikirke???? cuba habaq mai negeri mana yg bersultan dan MBnya datang dari golongan bukan islam????

  15. kalau cina masuk islam memang aku percaya.. tapi klu cina tetap dgn agamanya (budha or kristian) rase aku takde lagi sampai pegi solat sekali….. buka posa adala.. tapi tak tahula plak klu korang sembahyang satu saf ngan mat kulup nie???

  16. din waja nak tergelak plak aku baca statemnet ko nie”

    “Ni kawan kita dok kaitkan Sultan pilih MB Melayu di Perak nak hindari kes-kes seperti ini…
    Kenapa Agung tak pilih KM Melayu Islam di Pulau Pinang. Ohh…. mungkin di Pulau Pinang tak ada masjid barangkali???”

    kat penang takde sultan yg memerintah negeri.. yg ada hanya Yang DiPertua…

    Agung tu .. utk negara malaysia.. takde hak die nak mencampuri urusan perlantikan ketua menteri pulau pinang… ada faham…

  17. Habih kat Melaka tu mana ada sultan. Pasal apa plak boleh lantik KM Melayu Islam, kan agung tu raja berpelembagaan dan penguasa tertinggi Melayu dan Islam di Malaysia ini. Barangkali di Pulau Pinang tu ada perjanjian Penang II? Penang I dulu bulat-bulat Kedah bagi Penang kat Francis Cahaya tu. Penang II ni macam mana pula?

  18. Aku heranlah dulu masa Bn kuat,tak timbul isu perkauman, apa yg diwar-warkan perkongsian kuasa. Sekarang ni..malaysia melayu punyalah,bangsa lain menumpanglah,perjuangan hak melayu lah,Kalau parti lain memerintah hak melayu akan hilanglah dan macam2 tohmahan lagi…heran…heran.

    Dulu masa ekonomi gawat 90an kerajan salahkan George Soros, kononya penyangang mata wang punca malaysia gawat tak tuduh DSAI kerna masa tu DSAI kat sg buloh.

    Sekarang ni ekonomi gawat,tuduh DSAI punca kegawatan kerna nacam ekonomi negara. Dasar UMNO suka tuding jari ke org lain sendiri yg bodoh taknak mengaku..

  19. ala puak-puak ni memang cam tu, bila lemah sikit orang lain semua tak betul, diri sendiri saja yang betul, macam budak-budak main bola kat kampung, semua pandai main, bila kalah, padang tak rata la, tiang gol tak cukup ukuran la, pengadil tak pandai la dan macam-macam alasan lagi. Nak kata bodoh tak tahu main ke, kaki bangku ke, tobat!!!!apa nak heran sangat.

  20. Aku rasa lah Din Waja dan brother Love ni mentalitinya sama dengan Zulhasnan sedekah perak

  21. din teksi;
    Aku rasa lah di waja dan brother love ni mentalitinya sama dengan zulhasnan sedekah perak.

    kau punya komen dari jenis grade E, tak lulus ujian. Komen terhadap sesuatu isu, bukan komen tukang komen…..boleh faham.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: