Posted by: pinkturtle2 | September 29, 2008

Abdullah Akan Mengubah Pendiriannya Selepas Ini ?

Daripada tinjauan rambang, menerusi “pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara”, beberapa pemerhati politik berpendapat, Abdullah boleh memperolehi jumlah kouta yang diperlukan untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatan Presiden UMNO

Daripada tinjauan rambang, menerusi “pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara”, beberapa pemerhati politik berpendapat, Abdullah boleh memperolehi jumlah kouta yang diperlukan untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatan Presiden UMNO.Ramai pemerhati politik berpendapat, jika para pegawai dan orang-orang Abdullah berusaha,jumlah 60 pencalonan di atas mungkin boleh dimaksimakan mungkin hingga sekurang-kurangnya 65 pencalonan - Ruhanie Ahmad

Abdullah Akan Mengubah Pendiriannya Selepas Ini ?

Asas kukuh untuk menangguhkan persidangan perwakilan bahagian ini ialah untuk mengelakkan tempoh berkempen yang terlalu panjang bagi seluruh calon yang bertanding dalam pemilihan parti di peringkat pusat – MT UMNO, Pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.

Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik yang sinis berkata, penangguhan persidangan perwakilan bahagian ini dijangka akan memudahkan orang-orang Abdullah memenangi hati dan sokongan perwakilan cawangan-cawangan yang akan memilih calon-calon pucuk pimpinan tertinggi UMNO dalam perwakilan bahagian masing-masing.

Jika Abdullah akur dengan desakan seperti di atas, beliau terpaksa merujuk kembali kepada MT UMNO untuk merobah keputusannya baru-baru ini mengenai persidangan bahagian-bahagian yang akan bermula pada 9 Oktober 2008.

Soalnya, adakah MT UMNO akan setuju dengan usaha merobah keputusannya. Mungkinkah Abdullah akan diberika muka untuk berbuat demikian. Atau, mungkinkah MT UMNO akan bertegas mempertahankan seluruh keputusannya baru-baru ini tanpa sebarang perubahan?

Demikianlah spekulasi mengenai Abdullah oleh segolongan pemerhati politik tanahair pada saat dan ketika ini. Spekulasi ini adalah berasaskan sikap Abdullah yang sentiasa “flip-flop” dan berdolak-dalik dalam banyak tindakan dan keputusannya selama ini.

Spekulasi ini juga berasaskan pendirian dan keputusan Abdullah yang selama ini didakwa amat dipengaruhi oleh segelintir anggota keluarganya.

Jika Abdullah mempertahankan kerusi Presiden UMNO dan memperolehi pencalonan secukupnya, bagaimanakan pendirian Datuk Seri Najib Tun Razak?

Jika Najib juga menerima pencalonan secukupnya bagi kerusi Presiden UMNO, adakah beliau sedia untuk menandingi Abdullah? Apakah reaksi para penyokong Najib yang kini bertungkus lumus berusaha mendapatkan pencalonan jawatan tertinggi ini sekarang?

Dan, bagaimana pula jika ditakdirkan Allah, Tengku Razaleigh Hamzah juga menerima pencalonan secukupnya untuk jawatan Presiden UMNO? Mungkinkah akan terjadi pertandingan tiga penjuru? Atau, mungkinkah Najib akan menarik diri dan hanya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden?

Jika Najib hanya mempertahankan jawatannya sekarang, bagaimana pula Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa lagi calon “dark horse” yang berhasrat memenangi jawatan Timbalan Presiden?

Begitulah rumitnya keadaan jika Abdullah yang sudah memutuskan akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya Mac 2009 ini, tetapi terus mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO kali ini.

Dalam keadaan seperti ini, ramai warga UMNO menggantungkan harapan semoga sebelum atau pada 9 Oktober 2008 ini Abdullah dengan sukarelanya mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Mereka menggantungkan harapan sedemikian kerana amat khuatir Abdullah tidak akan menerima pencalonan secukupnya walaupun “dipujuk rayu secara kreatif dan pelbagai cara.”

Kini, segala-galanya terserah kepada Abdullah dan perkiraan serta percaturan politik segelintir anggota keluarganya. Jika mereka menitikberatkan kepentingan agama, bangsa dan tanahair, Abdullah pasti tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Jika, sebaliknya, UMNO terpaksalah berhadapan dengan situasi dan kemelut yang rumit dan sengit!

http://kuda-kepang.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: