Posted by: pinkturtle2 | September 29, 2008

Abdullah Badawi Akan Pertahankan kerusi Presiden UMNO ?

kalau betul Abdullah nak pertahankan kerusi Presiden, macam-macam boleh terjadi. Beli undi, rasuah politik, ugut guna BPR, bagi jawatan dan sebagainya mungkin dilakukan terhadap sasaran yang nak dimenangi sokongannya.

kalau betul Abdullah nak pertahankan kerusi Presiden, macam-macam boleh terjadi. Beli undi, rasuah politik, ugut guna BPR, bagi jawatan dan sebagainya mungkin dilakukan terhadap sasaran yang nak dimenangi sokongannya.

Abdullah: Berilah Kami Peluang Berhari Raya Dalam Suasana Kemenangan!

Betul ke? Betul ke Abdullah Badawi akan pertahankan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac 2009 ni? Kalau betul, pening kepala warga UMNO dibuatnya. Sekejap kata gitu, sekejap kata gini – flip-flop tak sudah-sudah. Berhenti ajelah. Selamat, aman dan damai kita semua!

Macam saya tulis semalam, kalau betul Abdullah nak pertahankan kerusi Presiden, macam-macam boleh terjadi. Beli undi, rasuah politik, ugut guna BPR, bagi jawatan dan sebagainya mungkin dilakukan terhadap sasaran yang nak dimenangi sokongannya.

Kerja-kerja macam ni tak mustahil. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Demi keluarga dan tembolok mereka, tak mustahil Abdullah akan pertahankan kerusi Presiden. Maklumlah, Abdullah ni katanya amat sentimental dengan anak-anaknya. Hendak-hendaknya setelah Kak Endon sudah pulang ke rahmatullah! Jadi, apa anak-anak dia nak, tak mungkin Abdullah tak ikuti!

Tapi Abdullah kena ingat. UMNO parti orang ramai. Bukan parti keluarga. Orang kata, UMNO bukan parti sendirian berhad keluarga Abdullah. UMNO milik orang Kota Belud. UMNO mlik orang Teluk Kumbar. UMNO milik orang Pangkal Meleleh. UMNO milik orang Parit Botak. UMNO milik hampir 3 juta ahlinya di seluruh negara.

Abdullah tau akan hal ini. Tapi, kalau sentimen keluarga jadi paksi keputusannya, amat malanglah UMNO. Kalau desakan anak-anak jadi asas keputusannya, alamat bala akan menimpa kita semua.

Sehari lagi umat Islam akan berhari raya. Rakyat Malaysia seluruhnya akan berkongsi raya. Harap Abdullah tak akan spoilkan mood hari raya ni dengan suatu keputusan berasaskan desakan keluarga dan anak-anaknya.

Kita yakin Abdullah ikhlas bila kata nak serah kuasa pada Mac 2009 kelak. Kita juga yakin kali ini Abdullah akan tidak bertanding jawatan Presiden UMNO. Cukplah bos. Cukuplah. Bagilah kami semua berhari raya dalam suasana yang betul-betul memberikan kemenangan kepada tuntutan ramai!

http://politica-net.blogspot.com


Responses

  1. Badwi asli padang pasir pun kalau bagi dia jadi raja satu hari, dia boleh buat macam-macam. Itulah yang dinamakan BERKUASA.

  2. Turun Pak Lah, Naik Najib…perancangan Anwar akan jadi lebih sukar sebab di belakang Najib ada TDM…
    Sekiranya Najib benar2 akan berjaya jadi PM… orang yang paling gembira sudah tentulah TDM…

  3. Mereka mencipta Akta,peraturan,perlembagaan.
    Mereka sendiri langgar undang-undang.

    Rakyat langgar undang-undang masuk jail !
    Mereka ?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: