Posted by: pinkturtle2 | September 30, 2008

MB Perak Akan Pecat Jika Zul Tidak Lepas Jawatan

Jika beliau masih tidak meletakkan jawatannya, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk memecat beliau.

Jika beliau masih tidak meletakkan jawatannya, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk memecat beliau.Kita tak beri tarikh kepadanya, tapi dia perlu hormati keputusan yang telah kerajaan negeri tetapkan - MB Perak

Habuan seks: MB Perak akan pecat jika Zul tidak lepas jawatan

PETALING JAYA: Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan akan dipecat jika enggan meletakkan jawatannya dalam majlis kerajaan tempatan tersebut dengan segera, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Jika beliau masih tidak meletakkan jawatannya, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk memecat beliau,” katanya ketika dihubungi mStar Online petang ini.

Jelasnya, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut Jumaat lalu agar Zul berbuat demikian ekoran kenyataannya yang mengaku ada menerima habuan khidmat seks.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak menetapkan sebarang tarikh akhir kepada Zul untuk berbuat demikian.

“Kita tak beri tarikh kepadanya, tapi dia perlu hormati keputusan yang telah kerajaan negeri tetapkan,” katanya.

Tambahnya lagi, hingga kini beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perletakkan jawatan Zul.

Bagaimanapun Nizar berharap agar Zul dapat mematuhi arahan tersebut iaitu melepaskan jawatannya dengan kadar segera.

Sementara itu Yang Dipertua MDPT, Hasim Hasan berkata, sehingga sekarang beliau tidak menerima sebarang maklumat terkini berhubung status Zul sebagai ahli majlis tersebut.

“Saya masih belum tahu perkembangan terkini sama ada Zul ada menghantar surat peletakkan jawatan ataupun tidak kerana saya mula bercuti untuk sambutan Aidilfitri mulai hari ini,” katanya yang hanya mengetahui mengenai perkara ini melalui media semalam.

Ditanya mengenai pengisian kekosongan jawatan ahli MDPT apabila Zul meletakkan jawatan nanti, beliau berkata, perkara itu diserahkan kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar.

“Pegawai Daerah tak ada kuasa melantik ahli majlis, semuanya terletak pada kerajaan negeri,” katanya.

Di Ipoh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam, Nga Kor Ming berkata, Zul telah meletakkan jawatan.

Kata beliau, di bawah Akta Kerajaan Tempatan pelantikan dan penamatan perkhidmatan seseorang ahli majlis tertakluk kepada budi bicara kerajaan negeri.

“Jika kami meminta supaya meletakkan jawatan, mesejnya ada jelas,” kata beliau.

BERITA TERDAHULU

IPOH: Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang minggu lalu membuat kenyataan mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkannya sebagai “sedekah” telah diarah supaya melepaskan kedudukannya dalam majlis tersebut.

Arahan itu dikeluarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat pada Jumaat lalu, kata Mentri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin malam tadi.

”Ini (keputusan) dibuat kerana beliau tidak layak untuk mewakili kerajaan dalam majlis (kerajaan tempatan) dan kami telah memintanya supaya melepaskan kedudukan beliau secepat mungkin,” kata beliau ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Persatuan India Muslim Perak di sini semalam.

Kata Mohammad Nizar, ia adalah keputusan kerajaan negeri selepas Zul mengaku mendapat habuan seks wanita China menerusi seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Di samping itu, kata beliau, individu yang menawarkan habuan seks juga akan didakwa secepat mungkin.

Kenyataan tersebut dikeluarkan beberapa jam selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Lee Boon Chye di sini, yang menggesa kerajaan negeri Perak memecat Zul ekoran kenyataannya itu.

Dr. Lee berkata, dari segi moral tindakan berkenaan tidak betul bagi seseorang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan terlibat dalam skandal seks.

“Apabila sesuatu yang tidak senonoh ditawarkan anda seharusnya menolak tawaran itu,” kata beliau selepas merasmikan kempen menderma darah di sini semalam.

Kata beliau, Majlis Kerajaan Negeri juga wajar menggugurkan Zul daripada keanggotaan dalam Majlis Daerah Perak Tengah dengan segera sebaik apabila ia mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada PKR sendiri akan mengambil tindakan terhadap Zul yang juga ahli parti tersebut.

Zul dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail baru-baru ini membuat laporan di Jabatan Agam Islam Perak terhadap Mohammad Imran Abdullah yang didakwa mendorong mereka melakukan perbuatan berdosa itu melibatkan seorang wanita dari China di sebuah apartmen di Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu.

Mohamad Imran merupakan pengadu dalam kes rasuah Zul dan empat yang lain.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Ketika ditemui selepas membuat laporan di Jabatan Agama Islam, Zul dilaporkan mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa “seks seperti menerima sedekah” dan mendakwa dia melakukannya dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Kelmarin, Timbalan Pengerusi PKR Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan Zul bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu “kesilapan bahasa yang tidak disengajakan.”

“Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah,’ katanya.

Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.

Dalam pada itu, laporan Bernama yang memetik Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamarul Zaman Shaharudin menyebut, kesilapan menggunakan sesuatu perkataan mungkin akan berlaku kepada istilah dalam bidang tertentu, bukan kepada perkataan yang sering digunakan.

Beliau berkata, perkataan “seks” adalah contoh bahasa yang mudah dan bukan merupakan bahasa teknikal seperti yang terdapat dalam bidang teknologi maklumat atau bidang-bidang lain.

Ketika ditanya sama ada kenyataan itu tidak disengajakan, Kamarul Zaman berkata: “Pada saya itu bukan kesilapan bahasa sebab itu bahasa yang mudah.”

“Mesti dia tahu apa yang dia sebutkan. Kecuali kalau itu perkataan teknikal, mungkinlah… boleh salah,” katanya.

Katanya, perkataan sedekah itu diketahui umum sebagai suatu perkara yang baik dan berharap pihak-pihak tertentu tidak menyalahgunakan perkataan itu.

“Pihak berkenaan mungkin mencari sebab untuk mempertahankan diri (dengan kenyataan itu),” kata Kamarul Zaman.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Kepimpinan melalui tauladan, diharapkan MB dapat memecat mangkaq hayun dari PKR nie, tidak ada langsung ciri-ciri kepimpinan melalui tauladan, gunakan kuasa MB melantik orang-orang yang bijak dan dihormati tak kisahlah samada dari PKR, Pas atau DAP……rasanya dalam Pas lebih ramai calon yang layak daripada PKR (suku sakat/benih/acuan) UMNO……


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: