Posted by: pinkturtle2 | Oktober 6, 2008

Ceteknya Pemikiran Shabery

Jangan samakan demonstrasi di White House dengan tindakan mereka (Hindraf) menyerbu semasa sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri diadakan.
Jangan samakan demonstrasi di White House dengan tindakan mereka (Hindraf) menyerbu semasa sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri diadakan.Jangan salahguna demokrasi yang diamalkan dan jangan kerana nak meraih undi, penyokong Hindraf sanggup melupakan kemuliaan sambutan hari raya – Shabery

Shabery  Kesal Hadi Sifatkan Perbuatan Hindraf Satu Tindakan Demokrasi

KEMAMAN, 5 Okt (Bernama)– Pemahaman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai soal demokrasi sehingga sanggup menganggap tindakan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) menyerbu majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menteri kabinet sebagai satu perbuatan demokrasi, disifatkan jauh tersasar.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery berkata Cheek berkata beliau kesal dengan kenyataan Abdul Hadi itu yang menyamakan perbuatan pertubuhan haram tersebut sebagai satu amalan biasa di negara demokrasi seperti yang berlaku di White House, Amerika Syarikat.

Ahmad Shabery berkata demontrasi yang berlaku di negara barat itu tidak sama dalam konteks negara Malaysia.

“Jangan samakan demonstrasi di White House dengan tindakan mereka (Hindraf) menyerbu semasa sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri diadakan.

Waktu itulah rakyat berpeluang untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Timbalannya serta Menteri-Menteri yang beragama Islam secara terbuka,” katanya semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di kediamannya di Kijal di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata perbuatan itu mencemarkan kesucian sambutan hari raya dan semangat muhibah yang diamalkan oleh rakyat Malaysia selama ini.

“Jangan salahguna demokrasi yang diamalkan dan jangan kerana nak meraih undi, penyokong Hindraf sanggup melupakan kemuliaan sambutan hari raya,” kata beliau.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam yang menyifatkan tindakan anggota kumpulan Hindraf yang menyerbu majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri bersama menteri kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Rabu lepas sebagai satu perubahan demokrasi dan bukanlah satu perbuatan biadap.

Walaupun perkara itu telah menimbulkan kecaman pelbagai pihak, namun Presiden PAS itu tetap menganggap ia merupakan satu amalan demokrasi yang biasa diamalkan di negara barat.

Mengulas lanjut Ahmad Shabery berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini selama ini cukup unik dan disambut meriah oleh masyarakat majmuk di negara ini tanpa mengira bangsa, agama mahupun idealogi politik dan ia amat berbeza dengan negara-negara lain.

“Mana ada negara-negara lain Perdana Menteri dan menteri-menteri berdiri dan bersalaman dengan rakyat yang mencecah ratusan ribu orang tanpa sebarang kawalan tentera, pengawal keselamatan dan sebagainya kerana kita tak nak ia mencemarkan sambutan hari raya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak agar sama-sama mengekalkan semangat muhibah yang telah diamalkan sebelum ini untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu melahirkan perasaan sedih dengan tindakan yang dilakukan oleh penyokong Hindraf itu kerana ia memberikan gambaran kurang elok bukan sahaja kepada rakyat di negara ini tetapi juga warga asing yang turut mengunjungi rumah terbuka tersebut.

Katanya, ia merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan keretakan di kalangan kaum di negara ini.

http://www.bernama.com.my

Advertisements

Responses

  1. kalau taknak keling tu datang beraya cakap la…. tapi kalau masa nak minta undi, merayu macam macam, takkan diorang nak beraya pun kena tulis surat dulu minta izin.. poorah dei, yenadey maca??

  2. Syabery kau lagi bodoh..ada ke patut kau cakap
    “Raya tidak bermakna tanpa TV dan Radio”
    ini cakap orang jahil…

    P/s : ini bukan fitnah, aku petik dari ucapan hari raya shabery kat radio muzik FM.

  3. laaa……..yg korang layan si mulut buih tu pesal….bagi j tisu n kain buruk ker buat sapu mulut.eeeeeeeee kotor aa

  4. poraaaah la keling lu jangan nak buat kacau kat malaysia tau lu ingat india ka lu boleh buat kacau nanti kita taruh sama itu ISA baru tau hormat la sikit majlis orang Islam. kalau kita bikin kacau lu punya deepavali ka thaipusam ka lu marah ka kalau lu mau kacau balik india la

  5. – Teman, tak baik cakap macam tu. Puak-puak Hindraf tu datang nak beraya sambil bagi poskad yang ada mesej. Antarnya, bebaskan tahanan ISA (Ikut Suka Abdullah). Datang beraya takkan tak boleh! Masa tulah nak jumpa PM yang mengsengsarakan (naikkan harga minyak) rakyat jelata. Lagipun jamuan tu duit rakyat, bukan duit pokiet Badawi pun!
    – Shaberry ni pun satu! Dah kalah debat, tak nak letak jawatan! Cakap berdegar-degar, macam umno tulen! Pada hal, spesies Semangat 46 dulu. Lain kali budak Shabery ni kena ingat persediaan untuk berdebat. Barang/alatan tambahan: minuman air mineral 2 botol (seorang satu), tisu sekotak, sapu tangan (kalau tisu tak boleh nak cover air liur).
    – Shabery! Kalau kau berani sangat, berilah tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat dan aktiviti negeri PR masuk RTM. Jangan asyik berita umno je. Sure budak Shabery ni tak tergamak berbuat demikian kerana taksubkan umno dan Bee End. Bagi Shabery BN ni saja yang layak memerintah walaupun nyawa BN sudah menggunakan tabung oksigen (sokongan hayat) sekarang ini.
    – Lebih baik Shabery pergi larang artis2 lelaki berambut panjang seperti wanita masuk buat show siaran RTM. Dulu larang, sekarang tak da dah! Lagi satu kalau betul kata dadah tu najis, haramkan terus artis yang terlibat dadah daripada mendapat tempat dalam siaran televisyen RTM/swasta. Ni kata dadah najis, tapi ada beberapa orang mat gian dok menyanyi dalam TV.
    – Ok Shabery, bersedialah untuk menjadi pembangkang pula! Dah tak lama tu!

  6. alah u all jgn layan sgt budak strawbery masam ni…Almaklumlah dia kan spesis x sedar diri n itu pasal bila berckp asik meleleh jer air liur,ntah2 dia skrg ni pun ada niat nak tanding jawatan NP BEE END tu kot???Tu yg beria sgt sokong n cover Pak TidOlaH tu Sokmo..X g2 Strawbery masam???

  7. saya amat tertar dengan kenyataan Shabery ni. semasa beliau memberi kenyataan ini, beliau tidak meletakan diri beliau sebagai seorang menteri penerangan. Inilah masalah dalam kerajaan. Mereka suka bercakap diri mereka sebagai seorang umno.

    rumah terbuka ini adfalah rumah terbuka perdana menteri Malaysia, bukannya rumah terbuka presiden umno.

    peruntukan untuk buat majlis itu adalah diambil dari wang raayat, maka tidak menjadi kesalahan kepada sesiapa yang mahu beraya bersama perdana menteri Malaysia.

    dengan itu sebagai menteri penerangan, anda telah gagal menjalankan tanggung jawab anda menguruskan majlis tersebut (mempromosi, memberi kenyataan akbar, peraturan semasa datang kemajlis dan perkara yang berkaitan dengan jawatan anda sebagai memteri penerangan)

    dengan itu saya cadangkan balik umah nanti, letak tangan kedahi dan berfikir sejenak. Salah anda yang kurang memberi penerangan dan tak tau buat kerje ke atau hindraf yang salah.

    LU FIKIRLAH SENDIRI

  8. isu Hindraf perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati. Kerana sumbangan mereka banyak juga kerusi Be End yang tumbang dalam PRU ke 12

  9. sebelum dia berdebat dgn DSAI dulu dia ada cakap nak letak jawatan jika dia kalah. yang pastinya dia dah kalah KO kan!. kenapa dia masih tak letak jawatan lagi?. satu hari dia akan ketulah macam ZM kutty dulu ingat tak MKK (Majlis Kita Kita).

    INGAT: orang yang berbohong mulut dia nanti berpusing duduk kat pipi tau dak?….lagilah berbuih.

  10. bolo punye olang.. tatak sekolah … manyak main lu aaaa..

    haiyaaa.. susah lapat olang ini macam.. hali laya minum manyak air silap los…
    bolo..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: