
Siasatan kami senjata dalam kes berkenaan bukan sahaja sepucuk pistol biasa malahan juga turut melibatkan dua pucuk senapang Raifel M15 serta terdapat begitu banyak peluru hidup termasuk 2 set peluru M15 yang masih belum digunakan.

Ketika suspek melepaskan tembakan hanya seorang anggota polis ditempat kejadian. Tiada sekatan untuk melencongkan pengguna jalaraya dari melalui jalan berkenaan. Akibatnya terdapat tiga kenderaan yang cuba melalui kawasan terbabit telah ditembak oleh suspek. Mujurlah tiada nyawa yang terkorban. Hanya orang awam yang menjaga dan menghalang kenderaan melalui jalan berkenaan.Difaham ada mangsa yang hampir terbunuh dalam kejadian tersebut. Mangsa dikatakan akan membuat "saman" atas kes ini.
Bongkar: Fakta Sebenar Disebalik Insiden Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan !!
Satu syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita “Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan”. Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali, tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi buta begitu?. Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua senjatanya ketika diluar tugas rasmi. Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini adalah “mirip” kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika dulu. Beliau juga dikatakan telah membuat tembakan rambang dan membahayakan orang awam. Tiada apa yang berlaku, namun disebalik kisah tersebut tersembunyi sebab musabab kenapa Prebet Adam melakukannya. Ini kerana tekanan perasaan dan jiwa akibat “adiknya” yang dikatakan meninggal dunia gara-gara penangan “orang ternama”. Apakah kes terbaru ini juga sama seperti yang pernah berlaku itu. Segala persoalan masih bermain difikiran ramai orang terutamanya para penduduk dan orang awam yang berada di tempat kejadian tempohari.
Pihak kami telah menjalankan risikan “kisah sebenar” kejadian ini dari kacamata orang awam. Ini kerana kami tidak yakin dengan laporan media arus perdana. Tambahan pula kebanyakan wartawan yang terbabit hanya mendapatkan maklumat dan gambaran kejadian ini daripada pihak polis semata-mata. Ini maknanya ada fakta-fakta kes yang tidak diketahui umum. Justeru itu pihak kami mengambil peluang ini untuk membuat “pembongkaran” tentang isu ini. Bukanlah tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak. Namun kejadian ini sebenarnya harus dipandang dari sudut keselamatan orang awam. Apa yang dapat dilihat sekarang ialah pihak berkenaan lebih menyalahkan anggota polis terbabit dan mengaitkan beliau dengan “masalah mental” dan “ajaran sesat”. Lantaran itu, anggota polis terbabit telah dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Lipis dan khabarnya kini dibawa pula ke Hospital Bahagia Tangjung Rambutan untuk menjalani ujian mental. Sebaliknya “mental orang awam” yang tertanggu dengan kes ini tidak didedahkan kepada khalayak ramai. Malahan pihak media juga seolah-olah dihalang untuk melaporkan berita sebenar tentang kejadian ini. Justeru itu kami lampirkan gambarfoto yang sempat diambil pada pagi kejadian oleh krew Pahang Daily yang sempat berada dilokasi kejadian. Kebanyakan media melaporkan fakta yang salah dalam insiden ini

Bukti jelas menunjukkan dua lagi keronsong peluru Raifel M15 didalam kenderaan suspek yang masih belum digunakan.
Gambar-Gambar Dan Berita selanjutnya di http://pahangdaily.blogspot.com
[…] vs Harakahdaily – mana yang betul ? – Saya agak terkejut apabila membaca artikel di Pinkturtle berkenaan isu polis 22 tahun dari Kelantan lepaskan 58 das tembakan di pagi Aidilfitri yang lalu. Ia […]
By: Laporan polis lepaskan 58 das tembakan, Pahangdaily vs Harakahdaily - mana yang betul ? « Baca & Guna Hati & Minda Sebelum Percaya ! on Oktober 7, 2008
at 5:30 am
Laporan polis lepaskan 58 das tembakan, Pahangdaily vs Harakahdaily – mana yang betul ?
– Saya agak terkejut apabila membaca artikel di Pinkturtle berkenaan isu polis 22 tahun dari Kelantan lepaskan 58 das tembakan di pagi Aidilfitri yang lalu. Ia sangat berbeza berbanding laporan akhbar bertauliah dan sahih dari sudut pemberitaannya seperti Kosmo . Pendedahan yang disertakan dengan gambar di beberapa blog dan laman pembangkang seperti Harakahdaily, BuletinOnline, Anwaribrahimclub yang mana berasaskan laporan Pahangdaily akhirnya menimbulkan keraguan kepada saya.
– Ini kerana laporan asal di Pahangdaily berbeza dengan laporan disiarkan dalam Harakahdaily. Fakta satu Raifel M15 di Harakahdaily dan dua pucuk Raifel M15 dalam Pahangdaily membuktikan percanggahan fakta tersebut.
Penyebaran meluas insiden tembakan rambang berkenaan tidak lain adalah usaha berterusan pembangkang di dalam memburukkan polis dan juga Kerajaan Malaysia yang mana mereka ingin menggambarkan kepada semua bahawa kerajaan sangat lemah dan tidak dapat mengawal anggota polis.
– Namun malangnya tindakan mereka ini sebenarnya akan melemahkan persepsi pelabur terhadap Malaysia dan juga pengundi serta rakyat. Ia akan mencetuskan kebimbangan dan akan menghuru harakan negara jika ia semakin tersebar dan dipercayai oleh rakyat.
– Antara kesan lain juga ialah laporan berita tepat dan sahih seperti Bernama dan lain lain lagi akan jatuh merudum penerimaannya oleh masyarakat kita diambil alih oleh media alternatif. Inilah yang dihasratkan pembangkang dan mereka sangat berharap apabila kerajaan sudah ditolak melalui pemboikotan meda massa pro kerajaan, pembangkang akan dapat mengawal minda dan persepsi rakyat melalui blog dan laman berita mereka. Natijahnya semakin banyak berita tidak sahih dan palsu akan bertebaran meracuni pemikiran rakyat sehingga mereka akan terpedaya dan membuat pilihan yang salah di dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Mari kita sedarkan rakyat bahaya perang cyber ini agar negara kita akan sentiasa aman damai dari petaka dan mara bahaya musuh dalam selimut….
p/s : link asal dalam artikel boleh diakses di blog di bawah.
Penulis Cyber
http://gosippolitikmalaysia.wordpress.com
By: penulis_cyber on Oktober 7, 2008
at 5:36 am
Senjata yang disandang dalam gambar bukanlah M15 tetapi HKMP5… kalau peratikan betul2… ada dua jenis peluru dalam gambar kelongsong tu… satu tu jenis standard PDRM .38 dan satu lagi kemungkinan .40 S&W yang digunakan untuk MP5 tu….
Dan mamat polis tu mustahil leh dapat MP5 sebab senjata ini tak diberikan ke balai-balai kampung melainkan IPD jer… Mamat polis tu datang dari balai kampung mender tah
By: kernelstackdump on Oktober 16, 2008
at 7:35 pm
(Bukti jelas menunjukkan dua lagi keronsong peluru Raifel M15 didalam kenderaan suspek yang masih belum digunakan.) Nama pun kelonsong peluru tentu la peluru tu dh digunakan. klau xguna lgi, org panggil peluru shja. kelopak peluru tu pn kosong. xde peluru.lgi satu, senjata tu sebenarnya jenis mp5 bkn m15.
By: ary on Jun 9, 2012
at 8:10 pm