Posted by: pinkturtle2 | Oktober 6, 2008

Raja Petra dibicara di bawah Akta Hasutan

Perbicaraan kes Raja Petra Raja Kamaruddin yang didakwa atas tuduhan menerbitkan artikel berunsurkan hasutan berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini berjalan lancar dengan saksi pertama dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memberi keterangan.

Perbicaraan kes Raja Petra Raja Kamaruddin yang didakwa atas tuduhan menerbitkan artikel berunsurkan hasutan berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini berjalan lancar dengan saksi pertama dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memberi keterangan.

Raja Petra dibicara di bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR:Perbicaraan penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin yang dituduh menerbitkan artikel memfitnah dalam blognya bermula hari ini di Mahkamah Sesyen d sini dengan seorang pakar dipanggil untuk memberikan keterangan.

Harme Mohamed yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa dan Pengarah Jabatan Keselamatan, Amanah dan Pentadbiran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MMC), merupakan saksi pertama.

Harme, 39, dalam keterangannya hari ini memberitahu mahkamah bahawa Raja Petra yang memuatkan artikel bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” yang diterbitkan dalam http://www.malaysiatoday.net pada 25 April.

Saksi itu berkata beliau membuat rumusan itu berdasarkan Laporan Pemeriksaan Oleh Unit Siasatan Forensik Komputer MMC yang jelas menunjukkan nama Raja Petra ditulis dalam artikel itu sebagai penulis dan nama domain ialah malaysiatoday.net.

“Berdasarkan dokumen (laporan itu) yang tertera di barisan kedua di atas dokumen itu, nama domain yang dinyatakan ialah malaysiatoday.net,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor.

Kepada soalan Roslan sama ada beliau tahu siapakah pentadbir nama domain laman web itu, Harme berkata:

“Berdasarkan dokumen itu, saya tidak tahu”.

Raja Petra, 58, dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Artikel bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” diterbitkan dalam http://www.malaysiatoday.net pada 25 April.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau keduaduanya jika sabit kesalahan.

Raja Petra yang memakai kemeja lengan pendek biru, seluar jeans biru dan selipar berwarna biru, kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Semasa diperiksa balas oleh peguam J. Chandra yang mewakili Raja Petra, Harme berkata beliau tidak mempunyai keterangan lain untuk membuktikan yang Raja Petra ialah orang yang memuatkan artikel itu selain daripada apa yang dinyatakan dalam laporan itu.

Beliau bersetuju yang laporan itu tidak menyatakan sebarang permulaan/akhiran tarikh 25 April di mana artikel memfitnah itu didakwa dimuatkan.

Harme juga bersetuju dengan cadangan Chandra bahawa perbuatan memuatkan artikel itu (melalui laman web) boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada “nama pengguna” dan “kata laluan” pemilik laman web itu.

Chandra : Oleh kerana ia laman web yang popular dan boleh dilayari 24 jam (sehari) dan tujuh hari seminggu adakah anda bersetuju yang penulis atau pemiliknya tidak berada di situ secara fizikal untuk memantaunya?

Harme: Ya.

Chandra : Adakah anda sedar yang Raja Petra telah direman sejak 12 Sept?

Harme : Ya.

Chandra : Adakah anda sedar yang sejak 12 Sept, terdapat beberapa posting lain pada laman web itu?

Harme: Saya ada baca satu tetapi tidak ingat sama ada ia dimuatkan oleh Raja Petra.

Chandra : Siapa yang buat posting itu?

Harme : Mungkin orang lain.

Roslan juga memberitahu mahkamah yang pendakwaan mempunyai enam atau tujuh lagi saksi yang akan memberikan keterangan dan dua saksi awam akan dipanggil untuk memberikan keterangan esok.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob disambung esok.

http://www.bernama.com.my


Responses

  1. Saya cuma nak tanya sikit Raja Petra ni keturunan raja mana ye?Cuba kau orang korek sikit salsilah raja ni.

  2. – Raja Petra ni kerabat raja Selangor. Tu yang teman tau lah!
    – Teman kesian dgan RPK ni sebab dia bolgger yang telus tiada kepentingan peribadi. Berbanding dengan Si Ahmad Penang tu. Dia memang dah terang2 menghasut Melayu membenci Cina. Tapi sebab si Ahmad tu umno, Ketua Bahagian pulak, maka Badawi tak tergamak nak ambil tindakan.
    – Oleh itu RPK lah yang sesuai dijadikan korban oleh Al Badawi, Presiden Ooo Iiiiii Cccc. ( Oh…I see). Teman berharap RPK tabah menjalani ujian Allah yang sementara ini. Doa orang yang dizalimi, InsyaAllah makbul kerana tanpa hijab.
    – Teman teringat kata-kata keramat DSAI: Kalau takut akan risiko, jangan bicara akan perjuangan!
    – Orang yang mati dalam perjuangan, matinya sangat mulia. Mereka yang mati dan bersekongkol dangan kezaliman/penindasan, matinya menjadi barua sang penguasa! Akan dikutuk oleh anak, cucu, piut berzaman-zaman.

  3. Thank you mahaguru for this Infomation


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: