Posted by: pinkturtle2 | Oktober 10, 2008

Eksklusif: Peralihan Kuasa, Hanya Yang Di Pertuan Agong Boleh Lantik PM !!

Yang Dipertuan Agong dan majoriti parlimen sahaja mampu melantik Perdana Menteri. Abdullah tidak boleh menamakan sesiapa sebagai pengganti,

Yang Dipertuan Agong dan majoriti parlimen sahaja mampu melantik Perdana Menteri. Abdullah tidak boleh menamakan sesiapa sebagai pengganti,Sekiranya beliau mahu berundur, dia boleh lakukan. Bukannya dengan membayangi Najib sebagai pengganti. Abdullah sepatutnya menyerahkan kepada bahagian-bahagian Umno untuk mencalonkan jawatan Presiden - Mahfuz Omar

Peralihan Kuasa: Hanya Agong boleh lantik PM

KUALA LUMPUR – Hanya kuasa Yang Dipertuan Agong sahaja mampu memilih dan melantik seorang Perdana Menteri setelah mendapat majoriti di Parlimen. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Abdullah bakal mengulangi kesilapan beliau sebelum ini dengan pihak istana kerana melakukan keputusan sesuka hati. “Yang Dipertuan Agong dan majoriti parlimen sahaja mampu melantik Perdana Menteri. Abdullah tidak boleh menamakan sesiapa sebagai pengganti,” katanya. Mengulas mengenai beberapa laporan media perdana yang membayangi Najib Tun Razak bakal menggantikan kerusi beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mahfuz berkata, Abdullah hanya berhak berundur.

“Sekiranya beliau mahu berundur, dia boleh lakukan. Bukannya dengan membayangi Najib sebagai pengganti. Abdullah sepatutnya menyerahkan kepada bahagian-bahagian Umno untuk mencalonkan jawatan Presiden,” katanya lagi. Jelasnya, melalui percalonan di peringkat bahagian, Presiden Umno hanya boleh dipilih oleh pewakilan seterusnya menggantikan Abdullah. “Kerusi Perdana Menteri pula hanya boleh dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah mendapat mandat dari majoriti Parlimen,” katanya.

Tindakan berkenaan, sekiranya gagal, Abdullah dilihat akan mengulangi kesilapan yang sama seperti mana yang berlaku pada pilihanraya lepas di Terengganu dan Perlis. Kesilapan Abdullah ketika itu adalah melantik menteri besar, Terengganu dan Perlis tanpa mendapat perkenan pihak istana. Walaubagaimanapun pihak Istana membelakangi kehendak Abdullah, dengan melantik menteri besar yang mendapat perkenan Raja dan Sultan kedua-dua negeri berkenaan.

“Tragedi itu, menunjukan kebiadapan Abdullah serta pengikut Umno yang memprotes perkenan Yang Dipertuan Agong selaku Sultan Terengganu,” katanya yang merujuk insiden kata-kata kesat terhadap Agong sewaktu protes perlantikan Menteri Besar Terengganu. Jelas Mahfuz lagi, sebelum berundur, Abdullah sepatutnya membersihkan imejnya yang telah dicemari oleh dirinya sendiri. “Abdullah harus berundur dengan membersihkan imej beliau sebagai seorang pemimpin dan bakal bekas Perdana Menteri,” katanya.

http://www.suarakeadilan.com

[Ini bermakna, biarpun Najib dilihat bakal menjadi Presiden UMNO tapi belum tentu beliau berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat semua tahu apakah yang telah dilakukannya selama ini. Berbagai skandal yang menimpa beliau mencerminkan bahawa Najib bukanlah calon yang paling sesuai untuk jawatan nombor satu itu. Siapakah yang akan bersaing dengan Najib dalam hal ini. Pastinya Anwar atau pun Ku Li. Jika Ku Li menang, sudah pasti Kerajaan Perpaduan akan dibentuk dan Anwar pasti akan berada di dalam. Jika Anwar menang pula sudah pasti Ku Li turut akan berada di dalam. Maka mana satukah akan berlaku dulu, Ku Li menang menerusi UMNO atau Anwar pula menang menerusi peralihan kuasa kerajaan pusat]

http://pahangdaily.blogspot.com


Responses

  1. Saya setuju dengan pandangan bahawa hanya yang dipertuan Agong sahaja yang boleh melntik PM.

    Cuma kenyataan ini tidak kita gembar gemburkan ketika Anwar sibuk cuba merasuah ahli parlimen BN supaya melompat parti supaya beliau boleh menjadi PM melalui pintu belakang. Isunya, Anwar dah berunding dengan Agong atau tidak bahawa jika dia berjaya membeli ahli parlimen BN, Agong akan setuju untuk melantiknya sebagai PM. Maknanya, membohong sangatla Anwar pada penyokong tegar PKR bahawa dia akan jadi PM, sedangkan perkara itu belum tentu, kerana segala-galanya melalui perkenan Agong………………..

    Alamak….kena tipu lagiiiiiiiiiiiiiiiiii……

  2. apa la kaitan DSAI dan Ku Li ni…..melalut apa ke ni???

  3. berbincang takkan tak leh kot..demi masa depan rakyat, bukan demi temolok pemimpin BN

  4. agong???? agong tu sapa ha??? kalau kat tempat aku agong ada banyak, kaki mabok kaki ayam tauke ekor .. takkan agong ni ada kuasa menentukan sapa pm. tapi kalau dymmspbydp agong mungkin boleh (mungkin aje) tapi agong ni takut dengan amno pulak ,jadi boleh ke???

  5. MELAYU UMNO KATA ANWAR PEMBOHONG!
    By Naspazi | Saturday | October 11, 2008

    Salam hormat,

    Saya tak faham Bahasa Inggeris walaupun saya suka artikel berikut kerana dapat membantu membuktikan tuduhan mereka yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai [Badut]. Justeru, sudi apalah kiranya bagi mereka atau sesiapa yang faham dan menguasai Bahasa Inggeris agar dapat menterjemahkannya untuk saya…hehehe…keh keh keh…kah kah kah…

    ANWAR IBRAHIM WILL HELP THE US ECONOMY

    Anwar, with his credentials as the economic adviser for the Republic of Turkey will definitely prove a boon for the US economy. Turkey, with him as the adviser since 2005, had progressed to greater heights economically.

    Their borrowing rate is currently 16.75%! This will not last long as due to high inflation (over 10%), the Central Bank of Turkey will increase it by 50 basis points to 17.25% soon.

    THANK GOD ANWAR WAS THERE!

    With his help as a bridge between Turkey and the IMF, the country managed to secure new loans from IMF totalling USD10 billion (RM34 Billion). This is on top of the outstanding loan of USD16 billion they received much earlier.

    As the result, their budget deficit increases from 0.6% in 2006 to about 2.5% – 3% in 2008-09. A job well done for Turkey’s brilliant economic adviser.

    So you see, the solution is simple. Anwar Ibrahim, the greatest saviour of Malaysia will use his expertise in economics and help save the world from the worse economic crisis since the Great Depression.

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH
    – Naspazi

  6. gud bye!!!!dah bosan…….

  7. Jangan keterlaluan YB Mahfuz. Pak Lah bercakap sedemikian kerana beliau beranggapan pada MAC nanti majoriti MP di parlimen masih lagi BN. Sebab selagi dia orang (MP dari BN) tak lompat. Anuar tak boleh ditabalkan menjadi PM. Walaupun Agong bersetuju.

    Kekadang ulasan YB melebihi YB Keadilan pulak. Ini sudah tentu YB akan dilantik sebagai Timbalan Menteri kot.

  8. yang bodoh akan terus menjadi bodoh! mcm yg terjadi pada korang puak umnobn yg bangsat lagi jahil…hukum alam telah ditakdirkan akan ada spesis yg bodoh bebal bahlol dan jahil mcm puak umnobn.so,kenapa nak bertelagah.kita teruskan perjuangan kita ke arah penubuhan kerajaan baru,nah…sudah terang lagi bersuluh,skandal pembelian helikopter oleh najib sudah tersebar luas baru sebentar tadi.kepada puak umnobn yang bangsat sekalian,bacalah pembohongan yang telah pemimpin2 bangsat korang dah buat.tu semua duit laki mak bapak dan engkau yang bodoh2 ni punya…dasar pemimpin penipu,anjing kalau dah biasa makan taik akan tetap makan taik mcm puak umnobn…makanlah taik sampai sendawa!!!

  9. alah… sape sape duk kat atas nun pon sama…. klu ko duk kat situ pon jadi kelabu asap….

    bole kerat tgn le. klu sape sape duk atas nun tak buat!!!… klu tak buat apa nak jawatan buat apa nak jadi PM??? bela rakyat???? hahahaha…. u sume alasan….

    klu salah aku cakap ni… ko pikirla sendiri umo dah nak masuk 70 pon sibuk nak awatan PM… baik duk masjid la buat amal ibadah utk bekal masuk kubur dan jumpa tuhan.

  10. hahaha tergelak aku bukak laman web nie… sapelah editor utk bahasa????

    http://www.anwaribrahim.com/

  11. By: azryen on October 13, 2008
    at 12:01 am

    hahaha tergelak aku bukak laman web nie… sapelah editor utk bahasa????

    http://www.anwaribrahim.com/

    ———————————————–
    gelakkan orang konon…bahasa awak sendiri pun hancur

  12. Agaknya mana satu YDP Agong yang kononnya telah diberi laporan kes C4 pembunuhan Altantuya tu ya.?

  13. helo helo helo pincktuttle, mana u pergi ha dah 2 hari tak keluar2 ni. P tunggu anak amik PMR ke?…oklah tp jgn lama-lama sangat tau!!!!!

    dan kepada sahabat2 yang mana anak2 mereka sedang menduduki PMR, aku nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kpd anak2 u all semua. mudah-mudahan anak2 kita semua sentiasa di peliharaNya bakal berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara kita. kepada kengkawan yang sedang bertekak tu harap bersabarlah. akupun tengah bertekak gak dengan naspazi semalam dan pagi tadi tp dah ok dah. aku dah lupakan dia dan dah maafkan dia segala2nya. bertekak2 ni tak ada apa untung pun…….rugi semata2. OK. SELAMAT TINGGAL, GOOD BYE, SAYONARA!!!!!

  14. Elnino…aku gelak skan baca ko punya komen…marah nampak…jangan marah…nanti kena jual…naya…

    dari kena jual baik terima rasuah lompat parti berbaloi gak…dapat gak 5 – 6 juta…ok apa…anwar banyak duit, Yahudi dah bagi pada dia…

  15. aku memang bukan pakar bahasa… tapi bahasa dalam blog tu.. cam bahasa indon je…????

  16. Kalau dah kepala otak BN memang asyik fikir nak rasuah orang je! Macam kerajaan PBS Sabah dulu tumbang la, sebab BN pusat dah beli wakil2 rakyat PBS! Sekarang mereka tuduh pemimpin PR pulak yang buat macam mereka. Susah juga kalau dah jadi penganut Bee End ni. Mereka buat boleh! PR tak sogok pun dikatakan sogok duit kepada MP BN. Walau apa pun sesabuah parti yang nak tumbang/jatuh/lingkup tu memang ada tanda-tandanya! Dah dekat sangat dah!!!

  17. mahaguru,

    Bukan dah dekat sangat dah..!!! dah lepas dah tarikh yang PR janjikan tu 16 september. Dengarnya PR dah bagi tarikh baru 8 Disember, sebelum Raya Haji. Tapi PR (Penipu Rakyat) ni cerdik gak, setakat letak 8 Disember, tahun tak letak, sekurang-kurangnya kalau tak jadi boleh buat alasan 8 Disember, 2020. PR tak tipu, tak sebut pun tahun bila.

    Yang kesiannya orang mcm mahaguru lah, naik beruban semua bulu kat badan, manjang tak jadi. Tapi tak pe mahaguru, sabar, kalaupun tak jadi 8 Disember, nanti PR boleh bagi tarikh baru, tunggula lagi, kalau tak jadi gak, PR bagi lagi tarikh baru, begitulah sampai azali…

    Alaaa…PR apa nak takut, penyokong haprak mcm mahaguru ni belambak dalam PR, diorang dah biasa kena tipu… TIPU…TIPULAH…..ALANG-ALANG MALU MAHAGURU, BIAR BESARLAH KEMALUANNYA, NAK PATAH BALIK TAKUT ORANG NAMPAK…

    KESIAN MAHAGURU DAN LABU-LABUNYA….

  18. sabar.. sabar… apa yg pasti PRU13 akan datang kita tgk sama ada suara PR tu masih utuh atau sebaliknya…. itu yg pasti.. sapa menang nanti maka agung akan beri perkenan la… tak yah nak cross over… cuma jadilah pembangkang yg kreatif dan berwawasan agar negara ini sentiasa aman dan makmur dan ekonominya berkembang…

  19. pemimpin yg baik dan berwawasan adalah pemimpin yg mempunyai sifat membantu bukan bercakaran dan berniat ingin memakmurkan negara. bole memberi idea yg bernas, bole ditegur dan menerima pendapat..

    ada lebih baik membantu antara satu sama lain… dan rakyat sentiasa melihat mana pemimpin yg benar benar pemimpin dan berjiwa rakyat…

    so keputusannya dalam pilihan raya sapa yg bagus tetap akan terpilih..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: