Posted by: pinkturtle2 | Oktober 10, 2008

Muhyiddin Sah Tanding Timbalan Presiden UMNO

Saya yakin akan dapat jumlah pencalonan yang cukup untuk layak bertanding jawatan ini,
Saya yakin akan dapat jumlah pencalonan yang cukup untuk layak bertanding jawatan ini,Saya boleh bekerjasama dengan Datuk Seri Najib kerana kami telah bersama dalam tempoh yang lama sama ada dalam Umno mahupun kerajaan – Muhyiddin

Muhyiddin sah tanding jawatan Timbalan Presiden

10/10/2008 10:13am

PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mengumumkan secara rasmi pendiriannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac depan.

“Saya yakin akan dapat jumlah pencalonan yang cukup untuk layak bertanding jawatan ini,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Selain Muhyiddin, antara yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu diambil kira bahawa Umno yang akan diterajui oleh bakal Presiden yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan barisan kepimpinan yang teguh dan bersatu dalam usaha mengatasi cabaran semasa.

Tambah Muhyiddin, beliau mampu memainkan perananannya bersama Najib kerana beliau tidak mempunyai masalah dengan Timbalan Perdana Menteri itu.

“Saya boleh bekerjasama dengan Datuk Seri Najib kerana kami telah bersama dalam tempoh yang lama sama ada dalam Umno mahupun kerajaan,” katanya.

Ditanya mengenai keputusannya sama ada akan menyebabkan sokongan dari Umno Johor berpecah kepada jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata:

“Saya rasa tidak.”

Mengulas sama ada beliau akan tetap menyokong siapa jua Presiden yang baru jika Najib tidak terpilih, beliau tetap berkeyakinan bahawa ahli-ahli Umno akan memberi kemenangan kepada Najib.

“Saya yakin Datuk Seri Najib akan menang,” katanya.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Kenapa Tan Sri tanding Timbalan kenapa tak tanding Presiden, Tan Sri sorang sahaja dalam UMNO yang layak,yang lain menghabiskan Boras je


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: