Posted by: pinkturtle2 | Oktober 16, 2008

Bunuh Dan Rogol Nurul Huda: Bekas Pengawal Keselamatan Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh dan rogol pelajar 10 tahun : Bekas pengawal keselamatan TNB terlepas tali gantung

PUTRAJAYA 16 Okt. – Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan terhadapnya atas kesalahan membunuh seorang pelajar, Nurul Huda Gani, 10, empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan peringkat akhir Mohd. Abbas Danus Baksan, 52.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Mohamad bagaimanapun mengekalkan sabitan dan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan 24 sebatan ke atasnya atas kesalahan merogol mangsa.

Perayu dituduh membunuh Nurul Huda antara pukul 9.20 pagi dan 1 petang, 17 Januari 2004, di pondok pengawal pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, dekat Johor Bahru, Johor.

http://www.utusan.com.my


Responses

  1. huh? terlepas? ade keen hukuman rotan tak? alhamdulillah atleast ada hukuman penjara dan sebat. moga2nya dia insaf. hai nasib baik duduk dkt Malaysia, kalo kat Iran ,tak tau lagi nasib anda b’mana

  2. sepatutnya dh rogol & bunuh, eloklaa bagi hukuman mati kt pesalah tu…sian ahli keluarga simati — al-fatihah

  3. hukuman yang amat ringan … memang tidak setimpal dengan jenayah yg telah dilakukan.

  4. HUKUMAN TERHADAP SI PENGAWAL GAGAL MEMBELA KEMATIAN NURUL
    Oleh Naspazi | Saturday | October 18, 2008

    Nurul Huda Gani, dirogol dan dibunuh dalam masa 4 jam sahaja oleh Si Pengawal Keselamatan. Tan Sri Zaki Azmi, yang bakal menjadi Ketua Hakim Negara Persekutuan Malaysia, hanya menghukum Si Pengawal Keselamatan atas kesalahan merogol dan bukan membunuh [pada hal, Nurul Huda memang telah dibunuh dan sudah mati].

    Justeru, betapa hukuman penjara 20 tahun, tolak 10 tahun, ambil kira 2004 hingga kini, maknanya tolak lagi 4 tahun, secara benarnya, Si Pengawal Keselamatan yang merogol dan membunuh Nurul Huda, hanya 6 tahun dalam penjara.

    Dengan ungkapan lain, perogolan bawah umur yang mengakibatkan kematian Nurul Huda, dengan hukuman yang ditimpakan oleh bakal Ketua Hakim Negara ke atas Si Penjenayah, bukan sahaja tidak setimpal dengan kebinatangan Si Penjenayah, bahkan maruah dan kematian Nurul Huda juga gagal dibela dengan hukuman tersebut.

    Setiap orang akan mati, hanya cara kematian sahaja yang berbeza. Semoga keluarga Nurul Huda diberi kekuatan untuk terus tabah menghadapi kehilangan Nurul Huda yang disayangi, disamping menerima dengan pahit hakikat hukuman ringan dari pertimbangan rimba yang ditimpakan ke atas Si Penjenayah.

    KEADILAN ADALAH AMANAH
    – Naspazi

  5. Tak nak komen, sebab bapaknya adalah pendukung penyokong perundangan sekular termasuk ISA tu. Kan bapak arwah tu AJK umno bahgian Gelang Patah! Tak dapek den nak nolong.

  6. KALAU BETUL YANG MAHAGURU KATA…..

    ISSSK..ISSSSK….KESIAN TU KESIAN TAPI DIRI SENDIRI TAK KESIANKAN DIRI SENDIRI….

    BUAT APA NAK SOKONG PARTI YG BERTUNJANG SEKULAR…..

    KALAU IKUT HUKUM HUDUD……KEPALA ABBAS DANUS BAKSAN DAH TERGOLEK KAT PADANG TEMPAT PEMANCUNGAN KEPALA…..MACAM KAT ARAB SAUDI TU….

  7. rogol n bunuh pastu terlepas dr hukuman mati..inilah malaysia ku yg tercinta. mungkin ini akan memberi dorongan n panduan kepada sifat kebinatangan pada orang lain..rogol n bunuh just cuma itu je hukuman d malaysia. ape takut. kalau kena bukan leh mati pon. penjara je, sebat je..cuba pikirkan kalau aku rogol anak ko tok hakim..pastu aku bunuh..bangsat tu ko hakim..insyaallah akan kena balasan tuhan kamu wahai hakim yg adil cam sial…

  8. bukan umno tak nak undang-undang hudud.nak laksanakan undang-undang hudud,perlukan persetujuan majoriti 2/3 di dewan rakyat.kalau umno dn pas bergabung jadi satu parti pun,belum tentu dapat kuasai majoriti 2/3 dewan rakyat.tak payahlah nak gaduh-gaduh dan salahkan orang lain.yang penting sekarang ni,umat islam kena bersatu dan majukan ummah dalam pelbagai bidang terutamanya politik,ekonomi,penguasaan ilmu pengetahuan dan perbaiki taraf hidup sosial umat islam.lepas tu umat islam kena tunjukkan akhlak yang baik serta keindahan ajaran islam terutamanya undang-undang hudud dan Qisas kepada bukan islam.dengan cara demikian tiada sesiapa puh pertikaikan perlaksanaan hudud dan Qisas di malaysia.amerika dan barat serta musuh-musuh islam yang lain pun tak berani nak kacau kita.yang penting orang bukan islam di malaysia harus diberikan penjelasan yang lengkap tentang hudud dan Qisas.

  9. Ein alltägliches Szenario: Ein Patient möchte dringend einen Termin vereinbaren, aber die Arztpraxis ist telefonisch einfach nicht zu
    erreichen: Besetztzeichen, Anrufbeantworter, Warteschleifen, keine Sprechzeiten.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: