Posted by: pinkturtle2 | Oktober 20, 2008

Mungkinkah Shahrizat Akan Cabar Rafidah?

Bulan lalu, Shahrizat yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan bertanding jawatan nombor satu parti itu walaupun mendapat cukup pencalonan.

Bulan lalu, Shahrizat yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan bertanding jawatan nombor satu parti itu walaupun mendapat cukup pencalonan.

Shahrizat layak tanding Ketua Wanita, mungkin cabar Rafidah?

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjaya melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan Ketua Pergerakan itu, sekali gus mencabar penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz pada pemilihan parti Mac depan.

Semalam beliau memperoleh 40 pencalonan, melebihi 39 kuota kelayakan yang diperlukan untuk melayakkannya bertanding jawatan tertinggi sayap Wanita Umno itu.

Daripada 14 Wanita Umno Bahagian yang bersidang semalam, Shahrizat mendapat tujuh pencalonan untuk bertanding jawatan nombor satu pergerakan tersebut.

Antara bahagian-bahagian yang mencalonkannya adalah Kudat, Kepala Batas, Tambun, Gopeng, Tanjong, Wangsa Maju dan Bukit Mertajam.

Bulan lalu, Shahrizat yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan bertanding jawatan nombor satu parti itu walaupun mendapat cukup pencalonan.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat tetap berpegang teguh kepada pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno selewat-lewatnya pada Jun tahun hadapan.

Tegasnya, beliau hanya akan mempertahankan jawatan naib ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu Disember ini.

Sejajar dengan itu, beliau meminta bahagian-bahagian Umno supaya tidak mencalonkannya untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah layak bertanding masing-masing bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno setelah mendapat pencalonan melebihi had kelayakan.

Sehingga semalam, Najib mendapat 65 pencalonan.

Sebanyak 65 bahagian telah pun mengadakan persidangan sehingga semalam.

Sehingga kini beliau merupakan calon tunggal untuk jawatan itu.

Muhyiddin pula menerima tambahan empat lagi pencalonan iaitu daripada Umno Bahagian Gerik, Lenggong, Ledang dan Bakri, menjadikan jumlah keseluruhan pencalonannya sebanyak 44.

Dua lagi calon jawatan Timbalan Presiden iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menerima pencalonan semalam.

Muhammad dan Ali masing-masing telah memperoleh 13 dan lapan pencalonan.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Biar kalah MP tapi jadi Ketua Wanita, penyokong dah sediakan tapak dan tunjuk haluan. Jangan sampaikan penyokong marah dan benci.
    Selamat bertanding.

  2. Campur, tolak, darab bahagi depa ni sama saja…cuma yang satu dah tua dan kaya so cukuplah tu….baiknya ahli UMNO ni ialah suka memberi peluang yang belum ada apa-apa supaya sama atau tak jauh dengan yang tua dari segi harta dan glamour.

  3. poorahhh lah lu…sapa kata baiknya ahli meno..ahli meno semua cam samdol dan kobau dah…bodoh betui!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: