Posted by: pinkturtle2 | Oktober 20, 2008

Eurocopter : AMK buat laporan polis terhadap Najib

Kes ini sama dengan skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, kami mahu ianya disiasat dan diambil tindakan

Najib mengulangi ‘perangai’ buruknya sebelum ini dengan melibatkan diri di dalam skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene.Kes ini sama dengan skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, kami mahu ianya disiasat dan diambil tindakan - Fariz Musa

Eurocopter : AMK buat laporan polis terhadap Najib

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER (SK) – Satu laporan polis terhadap dibuat pagi ini mengenai Timbalan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa mengenai skandal pembelian Eurocopter semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda, Fariz Musa selepas pendedahan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim di Parlimen baru-baru ini yang merujuk kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services.

Dalam surat berkenaan, syarikat berkenaan memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan  helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan.

Fariz berkata Najib mengulangi ‘perangai’ buruknya sebelum ini dengan melibatkan diri di dalam skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene.

“Kes ini sama dengan skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, kami mahu ianya disiasat dan diambil tindakan,” katanya kepada Suara Keadilan.

Pada 26 September lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan akan menggantikan angkatan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Bagi tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1.93 bilion untuk membeli 12 unit helikopter baru.

Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

Fariz yang hadir sama hari ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ialah Timbalan Ketua AMK Terengganu, Muzafeq Muhammad menambah ,semua AMK setiap negeri akan membuat laporan polis di setiap negeri pada rabu ini bagi menuntut Calon Presiden Umno itu disiasat dan diambil tindakan.

Berkaitan:

Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah

http://www.suarakeadilan.com


Responses

  1. amk jangan buat kerja sia sia,lapur la berapa banyak pun , apa jadi dengan semua lapuran sebelum ni??? wal asil balik asal!! darisibuk buat lapuran baik buat kerja parti, buat persediaan untuk ambil alih pemerintahan. biarkan heli tu dibeli ,nanti bila dah memerintah kan senang, tinggal tanggung hutang je. masa tu baru ambik tindakan pada puak sial ni… tak yah bicara, tangkap dan letupkan jer, kalau bicara pun buang masa sebab hakim yang akan menggantikan hakim2 yang ada ni pun rasanya 2×5 juga. semua kes boleh setel dengan rm… salah tak salah tu bukan atas kita, yang penting letup dulu bagi hancur, paklah tentu setuju….

  2. Putaran Alam dan Keadilan Tuhan…jika hari ini memalukan orang, mendedahkan aib orang, esok kita pula dimalukan / diaibkan orang.

  3. betuilah tu! tapi ko punya kaum meno tu ada banyak jentera untuk membodohkan manusia yang bodoh terutama meno berkarat suapay mengatakan bakal piem nie bersih…pundek lu lah bersih!!!!

  4. dah baca dan faham rupa2nya semua lapuran tu pergi ka bumi putra rockers.
    no wonder action taken on stage show.
    krosot..krosot…krosot

  5. baguslah buat laporan, ade juga bukti pernah buat laporan bila diperlukan. maknanya AMK buat kerjalah.. syabas..

    Yang tak syabasnya ialah penerima laporan. Kalau tiada tindakan, siasatan dan sebagainya dengan adil dan penuh bertanggungjawab, maka dakwa mereka sebelum mereka di dakwa oleh tuhan. Apabila PR berjaya memerintah negara, tendang saja mereka ini ketepi, dakwa mereka kerana tidak pecah amanah dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Tidak layak menerima pemdapatan hasil kutipan cukai dari rakyat Malaysia.

    Lagipun budaya tidak amanah ini tidak seharusnya wujud dalam kerajaan PR yang bakal ditubuhkan kelak. Tidak perlu ada penguatkuasa yang bermuka muka, kaki bodek, tidak amanah n telus dan sebagainya.

    Lantiklah yang beriman dan hanya mengembah tuhan. BUKAN tunduk pada manusia yang bersifat baharu

  6. ralat *

    tidak pecah amanah = pecah amanah.
    🙂

  7. Sebelum DS Najib jadi PM, namanya perlu dibersihkan dengan membawanya ke muka pengadilan dan berilah keadilan kepadanya. Jika tidak sabit bersihkanlah namanya.

    Bila dia didapati bersalah, simpankanlah dia di Sungai Buluh. MasyaAllah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: