Posted by: pinkturtle2 | Oktober 21, 2008

Ketua Hakim Negara, Trick UMNO Menjadi !!

hgjk

lengkaplah sudah senjata UMNO dalam pentadbiran kerajaan bila Musa Hassan (Ketua Polis Negara), Ghani Patail (Peguam Negara) dan kini Zaki Azmi pula dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Maka terserlah sudah betapa liciknya trick puak-puak UMNO ini.

Analisis Isu: Perlantikan Tan Sri Zaki Sebagai Ketua Hakim Negara, Trick UMNO Menjadi !!

Nampak benar “trick” puak-puak UMNO semakin menjadi, maka hari ini Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi, 63, secara sah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru berkuat kuasa 18 Oktober lalu menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad, 66, yang bersara wajib. Sementara itu tempatnya sebagai Hakim Besar Malaya, telah digantikan oleh Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri petang tadi. Siang tadi Dewan Rakyat telah menolak usul tergempar mengenai percalonan perlantikan ketua hakim negara yang baru itu. Penolakan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuaku Jaafar setelah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengikut perkara 36(8) yang melarang perbincangan mengenai perbuatan atau kelakuan seorang hakim.

Dengan perlantikan secara rasmi beliau sebagai Ketua Hakim Negara, maka nampaknya cita-cita Pak Lah untuk membersihkan badan kehakiman nampak kian “tipis” dan hanya “indah khabar dari rupa” atau “cakp tak serupa bikin”. Perlantikan Zaki adalah tidak wajar sama sekali, kerana beliau mempunyai hubungan yang cukup erat dengan parti UMNO. Pada awal Ogos lalu, kita dikejutkan dengan perletakan jawatan Zaki dari menjadi salah seorang anggota Lembaga Displin UMNO. Menurut sumber UMNO, beliau dikatakan telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Displin UMNO atas sebab-sebab peribadi. Ketika mendapat maklumat tersebut TPM Najib kononnya terkejut dengan perletakan jawatan Zaki itu, malah beliau mahukan Majlis Tertinggi UMNO mengkaji sebab musabab beliau berbuat demikian secara tergesa. Kita sendiri pun agak “terkejut beruk” ketika itu. Sangkaan kita Zaki akan “balik ke pangkal jalan” setelah melihat banyak benar penyelewengan baik didalam UMNO mahupun kerajaan.

Akhirnya kini, terbukti sudah bahawa semuanya itu dulu adalah “Trick UMNO” semata-mata bagi mengangkat Zaki sebagai Ketua Hakim Negara. Maknanya disini, bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Displin UMNO menerajui jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara. Apakah rasional semua ini?. Munasabah kita untuk percaya bahawa Zaki sudah memutuskan segala hubungan akrab dan rapatnya dengan para pemimpin UMNO?. Apakah keadilan bakal tertegak jika ada kes yang melibatkan pemimpin pembangkang dibicarakan nanti terutamanya kes “liwat Anwar” yang masih lagi hangat diperkatakan sekarang ini?.


Maka lengkaplah sudah senjata UMNO dalam kerajaan

Nampak benar Pak Lah “mudah lupa”, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat pita video Linggam dulu langsung tidak dijadikan ikhtibar oleh mereka. Kekalutan yang berlaku kepada hakim terdahulu dalam kes tersebut langsung tidak diambil kita. Malahan mereka melantik pula hakim yang telah begitu masak dengan politik UMNO. Dimanakah keadilan sebenarnya?. Akhirnya raya sekali lagi ditipu dan bakal berhadapan dengan masalah besar untuk melihat pembaikan dalam sistem kehakiman yang diperkatakan dulu. Rupanya, bukan penambahbaikan yang dilakukan sebaliknya keburukan pula yang dicari. Maka kini, lengkaplah sudah senjata UMNO dalam pentadbiran kerajaan bila Musa Hassan (Ketua Polis Negara), Ghani Patail (Peguam Negara) dan kini Zaki Azmi pula dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Maka terserlah sudah betapa liciknya trick puak-puak UMNO ini.

http://pahangdaily.blogspot.com


Responses

  1. quote : Maka kini, lengkaplah sudah senjata UMNO dalam pentadbiran kerajaan bila Musa Hassan (Ketua Polis Negara), Ghani Patail (Peguam Negara) dan kini Zaki Azmi pula dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

    hai…tak tau la nak cakap apa….amat-amat menakutkan!!!

    apa la nak jadi dengan malaysia kita ni….

    info-jariah.blogspot.com
    info-kesihatan-anda.blogspot.com

  2. sudah tidak ada yang nampak indah dan molek didalam parti yang bernama UMNO, CUMA YANG ADA HANYA KEPALSUAN DAN KEHAMPAAN SEMATA-MATA OLEH KERANA AHLI NYA TELAH DI GELAP DENGAN WANG/HARTA DAN FIKIRAN BEKU DAN KAKU UNTUK NAMPAK KEINSAFAN DAN KESEDARAN DARI PETUNJUK ALLAH SUBHANAHUWATAAL…………………

    MASIH TAK PERCAYA ?????

  3. Perlantikan Zaki memperlengkapkan lah komponan UMNO maya dalam negara. Negara sedang meniti menuju kehancuran, institusi kehakiman yang dicengkam oleh tandu Umno’s ini akan memberi lesen untuk membenam setiap musuh UMNO demi disabitkan kepelbagaian rekaan pendakwaan fitnah.

    Dulu HMT gula-gula HACKS lani KHN Cadbury, air bukan saja berkocak tetapi ianya menjadi gelombang badai mampu membunuh rakyat. Asalkan UMNO selamat biar musnah umat negara lumat.
    Untuk
    Memusnahkan
    Negara
    Ok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!, Jangan sampai rakyat belarak menentang pencabulan perlantikan hakim disekalikan tuduhan menderhaka kepada DYMM SPBYDA inilah bijaknya UMNO yang sudah tak bermaya.

  4. mana raja dan sultan yang lembik mintk daulat kat rakyat minggu lalu????? kalau dalam isu yang melibatkan perkara besar macamni pun mereka dok genggam telur je tanpa mengaambil pendekatan membela rakyat, jangan harap rakyat nakdaulatkan mereka… kirim salam la.korang takut kat amno ke lebih takut ke tuhan????

  5. Allah jua Hakim yang yang adil.. maha pengasih dan penyayang. Segala puji pujian kepada Ar Rahman..

    Kita akan dihisab tanpa sedikit pun terkurang dan terlebih. Semoga menjadi iktibar kepada semua.

  6. KALU PRU 13 NANTI RAKYAT MASIH MENYOKONG BN , MAKA KITA YANG INGINKAN PERUBAHAN DALAM NEGARA INI AKAN CUMA NGANGGA JELAH. KERANA YANG JELAS DALAM MANA2 NEGARA DALAM ZAMAN MODEN NI PERUBAHAN PERLU DATANG DARI SELURUH RAKYAT.

    TAPI KALAU DAH HANYA SEBILANGAN KECIL YANG BERSUSAH PAYAH CUBA MEMPERBETULKAN KEADAAN DAN YANG LAIN JADI PENONTON DAN KOMEN DARI JAUH SAJE DAN YANG LAIN TIDUR, TAK PAYAHLAH. KALU RAKYAT MASIH ADA YANG BELUM SEDAR , APA KAN DAYA KITA. NABI NOH PUN GAGAL NAK SELAMATKAN SEMUA MANUSIA KECUALI MEREKA YANG SEDAR SAHAJA.

    WALAU APAPUN KITA YANG SEDAR APA YANG KITA PERJUANGKAN INI ADALAH KERANA ALLAH MAKA KERJA KITA TETAP BUAT DAN KETENTUAN KITA SERAHKAN KEPADA ALLAH. KURANG2 PUN KITA ADA JAWAPAN BILA ALLAH TANYA KAT AKHIRAT NANTI.

  7. kalau tak sailap dia ni pernah kawin lari kat luar negara…pas tu dia sendiri bawa ke mahkamah untuk isytiharkan pernikahannya sendiri tidak sah………APA NI…….

  8. Saya pernah bertanya kepada orang alim walaupun tidak bergelar mufti, katanya, secara fitrah semula jadi, apabila seorang pemerintah itu zalim ianya akan diganti dengan lebih zalim dan seterusnya akan digantikan dengan yg lebih lagi zalim. Jadi kita boleh renungkan sekarang dari sejak TM memerintah sehingga kehari ini dan tahun seterusnya. Sekiranya rakyat tidak mengubah suasana ini, ianya akan berterusan sehingga satu bala yg amat dahsyat dikenakan ke atas seluruh rakyat malaysia. Teringat pulak saya, alim ulamak ada mengatakan lebih kurang begini “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kaum itulah yang akan mengubah nasib mereka”. Bersamalah kita mengambil ikhtibar dari pemerintah yg zalim pd zaman yg silam. Mereka telah dikenakan azab oleh Allah secara cash and carry. Mudah-mudahan nasib kita semua tidak jadi seperti mereka. Semoga Allah melindungi kita semua.

  9. Tan Sri Zaki diharap ambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada aruah TS Mokhtar Abdullah! Jangan dah koma nak mati baru nak insaf, bertaubat! Tu dah terlambat kerana malaikat maut dah berada di sisi.

    Ingat TS Zaki, umur 63 tu adalah umur expired manusia umat Rasullah s.a.w. Kalau ada baki umur spt TDM dan Badawi,itu umur subsidi namanya. Jangan lah angkuh sombong dan menambah dosa dipenghujung usia tuan.

    ” Daripada 3 orang hakim, 2 akan sah masuk neraka”, maksud Hadith. Harap TS Zaki fiikir2kan maksud hadith tu. Jangan ingat Batu 2 (kubur) tu jauh lagi! UMNO memang dah nak berkubur, jangan TS pun sama nak masuk saham neraka bersama umno. Dato Rais dah syorkan supaya dibuka saja TENDER Jawatan Tertinggi umno. Senang cerita siapa bagi RASUAH lebih tinggi , dia boleh sapu jawatan dalam umno! Begitulah parahnya umno, parti kebangsatan Melayu!

  10. Ya Allah! Pada-MU kami mengadu. Kau hancurkan kesombongan penguasa yang menipu, mendera, mempelekehkan kuasa-MU. Sesungguhnya tidak ada ketakutan bagi mereka selain keangkuhan di mata rakyat yang tak berdaya ini. Mereka terus bersatu, memperkukuhkan diri untuk menunjukkan taring mereka. Mereka melantik pangkat sesama sendiri untuk menggertak rakyat kerdil seperti kami agar jagan pandai-pandai hendak melawan taukeh. Sesungguh-Nya mereka bukanlah apa-apa berbading dengan kebesaran-MU. Selamatkan kami! Selamatkan kami.

  11. salam semua…….
    kakakakakaka
    patut laa pulau batu putih jatuh kat singaporrr
    geng2 tu jadi hulubelalang……….
    mana lg org malaysia yg bijak pandai?

  12. Ramai yang takut nampak ? yang buat salah sahaja yang takut..

    Jangan lah cuba buruk2kan ketua hakim yang baru ni demi kepentingan sesetengah pihak atau untuk menutup malu jika terbukti bersalah.

    Sangkaan buruk macam nilah yang setan suka..

    buat lah lagi…

    Kan elok tunggu tengok dulu….

  13. salam rakyat malaysia yang cintakan keamanan….terkejut tp nak buat mcm mane perkara dah jadi.Pm dah setuju tp kita lihat ape yang akan berlaku nanti.klu x brubah jgk si hakim ni alamak hancur malaysia.

  14. penulis cyber longkang..ko tak takut ke? ko betui-betui kenai nie manusia ke? dia manusia dah..bukan nabi or malaikat, wahai penulis cyber longkang!

    Maka dengan nie, meno menggunakan kesemua nya – legislative, judiciary dan executive untuk kesenangan dia. Malaun punya manusia! Sama seperti penulis cyber longkang nie. Pi duduk kek longkang lah dol!

  15. Realitinya…
    Punah ranah, Masih ada pengaruh UMNO dan Politik dalam Legistative dan Public Services di Malaysia ini. Memusnahkan harapan bukan sahaja rakyat Malaysia malahan Pelabur asing (FDI).
    Jgn mengharapkan keadilan tertegak dibumi Malaysia selagi pengaruh politik mecengkam Seluruh jentera dan perkhidmatan Awam.
    UMNO akan terus berbohong dan menipu rakyat Malaysia serta sahabat-sahabat kompenen BN yang lain.
    Sekiranya PR memerintah negara. rombakkan besar-besaran terpaksa dilakukan untuk mengelakkan sabotaj serta kerumitan melaksanakan keadilan mengikut kefahaman global serta islam. Ini kerana kefahaman songsang UMNO berbudaya dalam sistem pentadbiran kita

  16. celakalah umno.hapuskan umno dari bumi malaysia


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: