Posted by: pinkturtle2 | Oktober 21, 2008

Najib Penuh Skandal! Ketika Menjadi Menteri Pertahanan

nm

Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM), bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Lagi laporan polis terhadap Najib

kemaskini 4:56pm Sekumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis membuat aduan polis Lagi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung perolehan helikopter Eurocopter dan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kira-kira 10 orang yang menggelarkan diri Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM), bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Turut hadir bersama membuat laporan polis tersebut, penulis blog dan aktivis pemantauan pilihanraya bebas Amin Iskandar.

Mereka bergerak dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur ke balai polis itu dengan membawa kain rentang bertulis “Najib penuh skandal! Ketika menjadi menjadi menteri pertahanan.”

Foto-foto Najib, isterinya Rosmah Mansor, Altantuya dan kapal selam turut dipaparkan di kain rentang tersebut.

Sepanjang perjalanan itu dalam jarak beberapa ratus meter, kumpulan ini diawasi oleh beberapa puluh anggota polis, termasuk yang berpakaian biasa.

anak muda malaysia ngo police report on najib eurocopter 211008 04Semalam, timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa membuat aduan polis berhubung kontrak Eurocopter Cougar EC-725 yang didakwa “lebih mahal” berbanding yang diperolehi oleh Brazil.

Bersandarkan surat syarikat Mentari Services Sdn Bhd kepada Najib awal bulan ini, yang telah diterbitkan di Internet termasuk Malaysiakini, SAMM mendesak polis menyiasat secara menyeluruh pembelian pesawat ini yang dibuka tendernya ketika timbalan perdana menteri masih lagi menjawat menteri pertahanan.

Najib kini menteri kewangan.

Mereka juga mendesak polis membuka semula siasatan terhadap pembunuhan wanita Mongolia yang didakwa berkaitan Najib.

anak muda malaysia ngo police report on najib eurocopter 211008 05“Kita telah mengemukakan 21 helai dokumen dan sokongan yang cukup untuk polis memulakan siasatan dan tindakan selanjutnya,” kata Badrul Hisham selepas membuat laporan polis.

Menurutnya, dokumen lain yang dilampirkan termasuk transkrip khidmat pesanan ringkas (SMS) antara timbalan perdana menteri dengan peguam kanan Datuk Shafee Abdullah berhubung perbicaraan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, seorang kenalan Najib.

Selain menafikan beberapa kali pembabitan dengan Altantuya, Najib juga menolak dakwaan wujud salah guna kuasa seperti teks mesej SMS yang disebarkan itu.

Badrul Hisham menambah, SAMM juga bercadang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung perkara tersebut.

“Kita akan membuat laporan (kepada BPR) secepat yang mungkin, sama ada hari ini atau selewat-lewatnya esok,” katanya.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. agaknya dah berapa banyak laporan polis disimpan jadi pekasam!

    PR kena compile semua laporan-laporan polis yang tak dilayan ni. bila PR memerintah, kita cek satu-persatu, kalau tak disiasat, kita siasat dulu pegawai2 polis ni, apasal tak siasat…

    info-jariah.blogspot.com
    info-kesihatan-anda.blogspot.com

    • nampak sangat tak ikhlas…bukan nak perintah untuk bela rakyat…tapi pasang niat nak kenakan orang…sampai mati pun aku tak akan sokong PR macam ni…

      tak ada contoh yang baik pun.

  2. Sarang tebuan jangan dijolok..

  3. samm hantar 4 ekor mamat repot, najib dah siap 1 jabatan lindungi dia!!!! pegilah buat repot kat mana pun… takkan jadi apa punya, itulah sialnya nasib rakyat malaya…. buang karan je buat repot. takkan takde pakar bahan letupan yang jadi nggota pembangkang ni, buat je macam kat negara luar tu, kalau dah banyak kali repot tak laku…. ikat 5 kilo kat motor/kereta tunggu dia resmikan mesyurat agung cawangan……..boooooom habis cerita!!! kalau dad yang lain buat hal, bom lagi . lepas jadi kes macamtu 2,3 kes sah takde lagi yang berani nak belagak. anda takut mati…????

  4. ko nie madbi…hebat betui idea ko? Nnnti tak pe lah kalu buek laporang berjuta-jutam berjela-jela..tak pe..tak amik tindakan tak pe!

    Akan sampai masanya nnti..tunggulah kepada malaun itu sendili, olang yang tak amik tindakan cam Bumiputra Rockers tuh..jadi biarle…biarle sampai bile dia nak idup tuh!!!! Karang Mampus gak nnti!

  5. Sekretariat Anak Muda Malaysia dah buat report tapi sekiranya takde tindakan bawa saja keluar negara dan kita tengok apa akan jadi.
    Report kat balai polis di MONggolia amacam beb!!!!!

  6. APA PUNYA MALANG LAH NASIB RAKYAT MALAYSIA NI. MACAM MCA PEMIMPIN YANG DAH SAH KAKI BETINA PUN MASIH DIAMBIL JADI PEMIMPIN. NI MACAM NAJIB ,PUNYALAH BANYAK SCANDAL BOLEH GI NAK JADI PM. KALAU SEMUA RAKYAT MALAYSIA IKUT MENTALITI ORANG BN, HANCUR NEGARA NI.

    INI YANG ALLAH KATA , APABILA MANUSIA MENGANGGAP YANG JAHAT ITU BAIK DAN YANG BAIK ITU JAHAT MAKA NANTIKAN SAJE LAH KEHANCURAN KEPADA PUAK-PUAK ITU.

    • macam ni korang2 semua,biar le dia dengan cara dia,yg penting kita kena jaga diri kita dulu,kita buat persiapan untuk kita,buat amal ibadat dengan amal ibadat korang2 semua akan faham,jgn buat smbhyang saje tambahkn dgn berzikir pada allah,dan sentiasa mengingati allah dalam setiap saat,yg ni buat lagi untung apa yg korang nk kereta besar rumah besar insyallah akan tercapai,saya dah buat semua ni kerja2 amal ni,dulu saya susah sekarang alhamdullillah kereta 2 biji rumah 2biji,pesanan saya bila sudah mulakn buat kerja2 amal tolong jgn tinggalkn rugi besar,jika nk jadi pemimpin kerja2 amal ni kita kena buat.jika nk tahu kehebatan allah taala maka berubah le wahai manusia yg ada ingatkn mati,

      • amin…positif thinking

  7. Freemanson? altantuya ? sukhoi & scopene? cougar? harga minyak ? ……

    Agenda menghancurkan negara ke?

  8. btambah pening ..

  9. Saya menyeru kpd sekelian rakyat malaysia terutama orang melayu jangan jadi bodoh lagi atau buat buat buat bodoh, bangang, tolol dsb. UMNO akan terus memerintah malaysia sekiranya orang melayu bodoh. Kalau dlm Islam, kita kata jangan hampiri zina, ini utk semua melayu malaysia, saya menyeru supaya jangan hampiri UMNO.

    Tolak UMNO bermakna kita tolak rasuah, pecah amanah, dan bermacam lagi perkara yang disukai oleh setan yg mana orang UMNO selalu buat.

    Buat laporan sebenarnya tiada gunanya jika pemimpin itu adalah UMNO. kenapa d Malaysia ini org UMNO kebal di sisi undang2, tapi tak apa mahkamah Allah akan tetap menanti dan tiada siapa yg terlepas sama ada polis, BPR, raja atau pun kita sekali pun jika kita buat kesalahan.

    Saya doakan agar pemimpin yg zalim ini akan di panah petir tiga kali d tempat yg sama dan pemimpin yg baik diangkat oleh rakyat utk menjadi pemimpin pembela rakyat malaysia.

  10. Dah penat buat laporan polis, dah penat tulis,
    macam-macam berita dilaporkan namun pemimpin umno NI kebal juga lagi. Pendek kata
    panjang cerita, mereka ni kebal kerana mereka
    mempunyai duit yang TEBAL untuk ditampal
    kat muka-muka polis penyiasat, peguam-peguam
    yang dah meruam. Yang merananya kita rakyat.
    PKR kita lambat sangat sampai ke destinasinya.
    Yalah harga minya naik turun, mungkin minyak turun tu dah bercampur air banjir, jadi kenderaan
    mengalami kerosakan. Itulah jadinya. Begitulah
    yang berlaku dengan kes-kes rasuah di berbagai
    kementerian. Kalau yang bawah tak tebal duitnya yang atas menebalkan. BPR pun entah apa yang
    dibuatnya.

  11. ……selagi tuan hamba asyik duduk riuh rendah berbicara di sekeliling kampung barang sudah tentunya tidak akan berkesudahanlah akan bencana ke atas negeri hamba ini. Janganlah dibiarkan terlalu lama rakyat dan negara hamba ini berterusan diporak perandakan oleh sikomeng durjan. Tuduh-menuduh akan menambahkan lagi kekeruhan ini. Pikirkanlah sesuatu wahai tuan hamba-tuan hamba ku yang budiman, betapa seluruh rakyat jelata perlu berduyun-duyun pergi menuju ke perkarangan Istana menghadap KeBawah Duli Merafat Sembah Baginda memohon dijatuhkan hukuman ke atas batu jemala patik-patik pacar yang hina-dina ini satu-satunya saja jalan terbaik untuk mengelakkan rakyat dan negara hamba ini daripada menjadi padang jarak padang terkukur……bantulah wahai sekelian rakyat jelata sekelian yang ada supaya kekalutan ini diberhentikan dengan seberapa yang segera. Tidak usahlah lagi menunggu “sebeberapa purnama” untuk seluruh rakyat pacar-pacar yang hina-dina ini menghadap KeBawah Duli. Ini sajalah satu-satunya jalan untuk kita sama-sama memohon belas kasihan KeBawah Duli jua: “memerdekakan rakyat dan negara” hamba ini dari cengkaman sikomeng durjana…………….

  12. bom aje ajib tu selesai masaalah.umno adalah spesis yang paling ketegag kata orang kedah.mampuih tak MAU ,meyusah susakat orang melaYU AJE.

  13. Sikit promosi utk peminat induk cacing.

    Syarikat saya Eko Harro Agrotech menawarkan cacing dengan harga yang lebih murah dari pelbagai jenis baka seperti Lumbricus Rubellus, Esenia fetida, dan African Night Crawler.

    Sila datang segera sementara stok masih ada.

    http://indukcacing.blogspot.com

  14. Buat laporan, jangan tak buat…berguna tu pada masa depan.

  15. 1 MALAYSIA,LANTAKLAH PM KITA BWAT APAPUN
    YG PENTING KITA TAK LAPAR DAN MERANA MCM ORANG KAT NEGARA LAIN………………..

    LU PIKIRLAH SENDIRIIIIIIIIIIIIIIIII…………….

  16. buat le smbhyang, selawat atas nabi kita dan berzikir,ni jika di buat otak kita cerdik yg bodoh jadi pandai,jgn berzikir gunakn nafas turun naik,baru le kita tahu siapa kita sebenarnya,jawapanya ada dalam sifat 20,kita kena belajar memahami islam yg sebenar,islam yg ada (manusia yg ada atas muka bumi ni) adalah makhluk yg lemah,jika mana kamu handal sekali pun,siapa sebenarnya yg handal allah taala ke kita.jadi jawapan yg tertulis dan tk tertulis ada dekat kamu semua,jgn jadi bodoh,belajar pandai2 sampai al azhar tapi masih bodoh,jgn marah,taat pada perintah allah insyallah kita semua selamat di dunia dan akhirat,renung2kan le dan selamat beramal dengan allah

  17. upah pembunuh upahan…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: