Posted by: pinkturtle2 | Oktober 22, 2008

Saya Bebas komen Umno Walaupun Bukan Ahli – Mahathir

Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli Umno setelah letak jawatan sebagai Presiden Umno saya juga tidak dibenar berjumpa ahli Umno dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi.

Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli Umno setelah letak jawatan sebagai Presiden Umno saya juga tidak dibenar berjumpa ahli Umno dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi.

Mahathir: ‘Saya bebas komen Umno walaupun bukan ahli’

22 Oktober 2008

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau bebas untuk memberikan pandangan tentang Umno termasuk mengkritik pucuk kepimpinan walaupun masih bukan merupakan ahli parti.

Dalam kenyataan balas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga hari lalu, Dr. Mahathir berkata, “saya terkejut apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli Umno saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.”

“Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan Umno dalam tahun 1970.

“Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli Umno (saya telah disingkir oleh Umno pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja,” kata beliau dalam blognya.

Dr. Mahathir juga menjelaskan tentang halangan yang beliau hadapi untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Umno sejak kebelakangan ini.

“Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli Umno setelah letak jawatan sebagai Presiden Umno saya juga tidak dibenar berjumpa ahli Umno dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi.

“Ahli Umno juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam kerajaan dan parti.

“Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab Umno Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat Umno,” katanya.

Dr. Mahathir keluar Umno Mei lalu dan telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan Umno baru-baru ini.

Kata Dr. Mahathir, adalah jelas sama ada ahli Umno atau tidak beliau tidak dibenar atau dihalang daripada memberi apa-apa pandangan berkenaan Umno atau berkenaan apa-apa perkara lain.

Sehubungan itu, kata bekas Presiden Umno, buat kali pertama beliau bersetuju dengan “orang Pak Lah” bahawa beliau berhak membidasnya.

“Buat kali pertama saya bersetuju dengan “orang Pak Lah” bahawa beliau berhak membidas saya, walaupun tindakan beliau tidak boleh ditafsir sebagai “elegant silence” Tun Musa. Tetapi sama da saya bidas balik adalah hak saya juga.

“Jikalau tak bersetuju dengan pendapat saya, itu juga hak masing-masing. Blog saya terbuka. Jika tidak memaki hamun blog saya terbuka kepada Pak Lah dan konco-konconya,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Abdullah membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil mendakwa bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan.”

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” kata beliau di Kota Kinabalu.

Perdana Menteri berkata, Umno tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian.

“Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk Umno dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli Umno, mengajar ahli Umno bergaduh sesama sendiri,” kata beliau yang jarang ‘menyerang balas’ Dr. Mahathir yang sering mengkritik gaya kepimpinan Abdullah sejak tiga tahun lalu.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Sebagai penulis blog, Dr. M boleh kritik apa saja yang difikirkan olehnya patut. Sebagai orang yang bertanggung jawab, kritik itu hendaklah disampaikan secara ikhlas dengan maksud membina, tidak berdendam, geram, kebencian yang meluap-luap dan menyuruh ahli-ahli UMNO berpuak-puak.

    Untuk makluman Che’det apa yang dikritik itu kena ke muka anda sendiri. Che’det yang buat dulu ketika anda berkuasa. Usah cakaplah rakyat dah tahu.

    Sekian, ucapan selamat hari raya pada Che’det, beristifarlah banyak2. Moga Allah ampunkan kita.

    Wassalam.

  2. Apa yang aku pikirkan ini walau pun bercelaru tapi aku sebagai rakyat negara ini, pun bebas komen UMNO walau pun bukan ahli seperti M juga…..

    Komen aku:

    Apa yang M buat terhadap Tunku dulu? ….apa yang M buat terhadap Tun Hussein Onn dulu? Sedangkan PakLah tak buat apa2 pun terhadap M tidaklah seteruk apa yang M buat terhadap Tunku dan Tun Hussein Onn! Apa ni M ?……..duduk diam tak boleh ke?

    Kalau kita perhatikan dah sememangnya begitu budaya dlm UMNO/BN, Budaya Apa? budaya: rendah moral, berebut kuasa, salahguna kuasa, salah laku, penyelewengan, politik wang, dll jenayah berat. Pendek kata segala2 kejahatan sudah menjadi amalan biasa mereka dalam UMNO/BN. Jadi apalah yang M nak bicarakan lagi pasal PakLah?

    Seolah-olah buat dosa, buat salah, buat jahat, seleweng, tipu, rosak moral dan apa saja kerja jahat kendati pun bunuh asal dalam UMNO/BN segala kejahatan, kesalahan akan terampun secara otomatik apatah lagi jika orang itu YAB, YB, Sanator mahu pun ahli2 penting tetap dihormati dimuliakan seumpama telah bersih dari segala dosa:

    1. Jika seseorang ahli UMNO/BN yang pernah ditangkap khalwat pada satu waktu dulu, tetapi oleh kerana kedudukan beliau ialah YAB, YB, Sanator, ahli2 penting parti maka segala kesalahan itu sudah terampun lalu terus menerus mendapat penghormatan tertinggi dan kemuliaan si sisi umum.

    2. Telah berlaku jenayah menyeludup wang ke luar negara dan politik wang dalam parti, telah dijatuh hukuman bersalah tetapi oleh kerana dia adalah YAB, YB, Sanator, ahli2 penting parti, maka kembalilah dia bersih sekiranya dia berjuang untuk parti UMNO/BN.

    3. Tersebar video hubungan seks haram sekali pun diperakukan sahih, asalkan dia adalah UMNO/BN, kerosakkan moral begini tidak menjadi satu kesalahan rupanya di kalangan masyarakat negara kita terkini. Gembiranyaaaaa kita semua!!! mudah saje jawapannya […. “yang lepas tu lepas”…..] masih tetap diterima sebagai Timbalan Presiden anggota sengkokolan tetap UMNO/BN. Begitulah hebatnya UMNO/BN yang disembah oleh tidak semua rakyat negara kita. Adakah Budaya ini akan menjadi Warisan Bangsa kita yang Agong tajaan BN untuk anak cucu cicit kita nanti…… Segala2nya adalah kerana kuasa WANG [Warga Angkatan Negara Gila]. Natijahnya: TUNGGULAH BAHANA, BENCANA, KECELAKAAN DAN BALANYA. Nauzubillahimanzalik!!!!…..

    PakLah tak boleh pikir ke apa yang aku piker ni? Takkan benda macam ni pun nak suruh Persatuan Pengguna dan kuasa Pengguna-pengguna buat keputusan juga kot???………..Alaaaahai Pak Lah. U masih PM tau tak?.Janganlah asyik membebel lagi…….buatlah yang terbaik untuk rakyat dan negara mu wahai Pak Lah ku cayang agar kamu tak menyesal sepertimana M yang telah menyesal tak habis-habis. Pak Lah kan bukan M kan?…… caaaayang Pak Lah, EMMMMMMuuuah kat pipi pak Lah!. Iiiieeeee gelinyaaaa!.

  3. barua mamak madey ni masa dia dulu sapa pun ta boleh kritik ! barua dia ingat dia sapa ? dah tak laku menyalak la macam anjing kerala salak bukit !

  4. Si mahazalim ni tak habis-habis nak menyalak….pada aku pak dol ni lebih banyak kali bagus dari simahazalim…..zaman mahazalim kita nak buka mulut pun kena ISA…..tapi zaman pak dol ni pak dol ni dah terlalu baik itu pasal org UMNO pijak dan terajang kepala dia…..pak dol sebelum nak belah…..lebih baik le cepat-cepat buat reform…..biar terduduk org-rg mahazalim dan najis altantuya…..sekarang diorang bergendang terlalu seronok pak dol nak belah supaya senang diorang bermaharajalela yang sengsara rakyat jelata……tapi aku rasa diorang bergendang pun tak lama silap-silap menanggis dan terduduk….tengok macam mana liong sik samy velo……mahazalim seronok bergendang dirumah terbuka muhiyoidin yang gila kuasa……

  5. Apa lah yang kau orang marah sangat kat Tun M biarlah dia nak komen apa pun pada UMNO yang dah nak mampus, bukan merugi kau orang malah menguntungkan lagi pulak. Bila Tun kacau UMNO, ahli UMNO dah berpecah dua, satu masih di dalam UMNO satu lagi di dalam PKR. Jika tidak masakan PKR ada orang melayu yang ada cuma cina dan hindraf saja.

  6. Dr.M, kami dah puas dan cukup dengan falsafah politik dan pengurusan dunia darimusejak sekian lama, hidangkanlah pula kami dengan ilmu bagaimana nak hidup selesa dan bahagia diakhirat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: