Posted by: pinkturtle2 | Oktober 25, 2008

Kenapa kakitangan ‘kontrak’ Kemas Tak Akan Diberhentikan?

Kerana KEMAS itu adalah UMNO

Kerana KEMAS itu adalah UMNO

Kenapa kakitangan ‘kontrak’ Kemas tak akan diberhentikan?

1) Kerana Kemas itu adalah UMNO.

2) Apatah lagi Kemas terletak dibawah Kementerian yang diketuai oleh seorang Menteri yang kental dan sentiasa menjaga ‘kebajikan’ orang-orang dibawahnya. Tahniah Tan Sri Mike Tyson.

3) Cuma yang mengecewakan ialah KEMAS dari dulu hingga kini, tahap pencapaiannya tetap sama tidak ada kemajuan.

4) Masih ramai yang tak boleh baca, menulis dan mengira setelah setahun atau dua tahun dihantar ke situ.

5) Kanak-kanak yang dihantar ke situ cuma diajar…baca doa makan, nyanyi dan nasyid.

http://suarasukj.blogspot.com

Berkaitan…

Kakitangan kontrak Kemas tak akan diberhentikan

25/10/2008 6:30pm

SUNGAI SIPUT 25 Okt. – Kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang kini seramai 13,965 tidak akan ditamatkan sebaliknya jumlah mereka teruta ma dari kalangan Guru Kemas akan ditambah berikutan pertambahan bilangan murid Tabika Kemas di masa depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata jumlah murid Tabika Kemas dijangka meningkat kepada 220,000 orang pada 2010 berbanding 188,978 orang tahun ini, dan ini sudah tentu memerlukan bilangan Guru Kemas yang lebih ramai.

http://www.utusan.com.my


Responses

  1. Sebeb mereka semua adalah barua dan pencacai UMNO.

    Orang lain mampus pun tidak apa

  2. inilah dunia, siapa cepat dia dapat, siapa bijak dialah senang. Kalau gagal jangan salahkan orang, salahkan diri sendiri kerana kurang berusaha

  3. bestnya tulis mcm ni. apa pun tarak fakta…main hentam kromo saja.

    nak jawatan juga ? apply dgn mike tyson tu. dia tak tolak punya.

    jadi tak runsing dihentikan kerja.

  4. Jangan nak nafikan luahan rasa orang lain dik. . Hargailah perasaan orang lain sama.Ruang ini kita kongsi bersama. Awak nak tulis apa pun tulislah. Nak baca bacalah. Tak nak baca awak boleh belah. Jangan trasa diri sendiri je yang hebat dan pandai. Jangan nak menyindir merendah2kan orang lain…………………..mike tyson tu memanglah duit berguni2 semua orang dah tahu.

  5. Mike, Rasuah sudah jadi darah daging mu dan semua penganut umno! Sungguh malang guru-guru Kemas jadi ejen umno. Patutlah kanak-kanak keluaran Kemas masih terkial-kial nak membaca dan menulis. Patut saja Tadika tu di tukar nama LEMAS sesuai dengan perangai pemimpin mereka yang tamak haloba dan dungu.

    • anak saya semua dari tabika kemas 3 sedang di menara gading 2 masih di sekolah menengah.

    • cakap tu jgn main sedap jee. saya ngajar tbk kemas kerana allah dan alhamdulillah anak-anak murid pandai juge.

    • assalam..kawan yang menulis kena baca dan selidik dulu..kami ada silibusdan KSPK kami sma standard ngan PRASEKOLAH…daripada PASTI yang tak lansung tak PASTI tu mengajar kank-kanak tentang kebencian dan suka membuat fitnah terhadap orang lain ..sepatutnya PASTI ni mengajor yang baik-baik tak lah menyeleweng entah ke mana…kata pandai agama…tapi dok mengata dan mengumpat org lain tak ke fitnah namanya..kata masuk syurga konon…belum tentu lagi kalau lebai dok kat pala atau pakai purdah pun belum tentu lagi…….insaf lah..tengok diri sendiri dulu baru bole tegur org lain…ni nak kritik x tentu pasai…

  6. maik TAIK son..penuh ngan taik…penulis cyber longkang pun dapet duit daripada duit maik TAIK son!

    tarak fakta…ko tanyo boss ko…maiK TAIK son tuh ..fakta or auta bile dia bawak duit berkoyan-koyan kek australia tuh!

    Pooooraahhhhhh lah lu penulis cyber longkang! Pi duduk diam-diam kek longkang!

  7. b meno nak hentam pak mike xpe hentamlah tp jgnlah ckp mcm tu kat sahabat forum kita tu. Elok kita doakan agar angkatan majlis kita2 ni semua diberi taufik dan hidayahNya jua. Sebab kita ni semua hampir sama terpaksa telan beras murah je lainlah pak mike tu dia pitis banyak berguni2. Dia beli beras tak pakai kila tetapi pakai kontena isi dalam kapal seludup ikut laut. BERNAS pun tunduk sembah kat dia…….Kita2 ni apalah sangat kan!!!!

  8. Kemas bukan saje barua,pencacai,malah juga balaci,haram jadah,

    • alhamdulillah…..

  9. Guru : buat barisan anak2 ok 1 2 3

    sepohon kayu daun nya rimbun
    lebat buahnya serta bunganya
    walaupun hidup beribu tahun
    kalau tak sembahyang apa gunanya
    walaupun hidup beribu tahun
    kalau tak sembahyang apa gunanya

    many many moon come
    many many moon go
    same like this all time how come
    no wonder become stupid like u

  10. suarasukj jgn cakap seperti tak sayang mulut. pergi tengok sendiri prestasi kanak2 TBK KEMAS dgn pra sekolah dan perpaduan mana lebih baik. tulis tanpa usul periksa dan fitnah memang sedap!

  11. PASAL PRESTASI, NO COMMENT.

    TAPI PASAL BARUA MEMANG BENAR DAN SAH!

    DI AKUI SENDIRI OLEH SEDARAKU YG KERJA DGN KEMAS.

    LAST YEAR, KAKITANGAN KERAJAAN X DAPAT BONUS, TAPI MEREKA DAPAT RM500 TIAP SEORANG.

    UNTUK APA? UNTUK ‘KERJA-KERJA CEMERLANG’ MENGHADAPI PRU12.

    MASIH X PERCAYA? HATI DAH GELAP LA TU.

  12. Muhd Taib,itulah idola tua ahli UMNO,membantu orang melayu konon.piraaaaaaaaaaaah, masuk baru satu kampung itu cuma merasmi sahaja, kecoh satu negara kononnya membantu orang miskin podaaaaaah,Oii mike tyson lu ingat orang bodoh ka, orang UMNO boleh lah lu memperbodohkan mereka,lain orang lu jangan main-main haaa

  13. mamat taison ni jangan masuk kampong aku. buat sial jer. tadikakemas tu hanya ajar anak anak menyanyi, makan ,rombongan, ada la belajar sikit sikit. gurunya pulak kaki ponteng, tinggal pembantu aje yang kerjanya songlap barang makanan bawa balik bagi makan laki &anak!

    • Saya x berpihak mana2,cuma nak luahkan apa yang kau orang katakan terhadap kemas dalam islam pun ada menyatakan tidak baik sama sekali kata mengata , cuba renung-renungkan adakah kita nie malaikat….. setiap insan ada kesilapan yang kita lakukan hanya ALLAH saja yang Maha Mengetahui diatas dunia.Jangan mudah maki-memaki pada orang lain….sedangkan kau orang solat sehari semAlam pastu pahala yang kau dapat habis begitu sahaja . Mcm kau kata KEMAS tue mengajar doa makan menyanyi menari…….laaaa itu pun kau tak faham juga .Kat umah kau pandai x wat semua mcm tue ……bersyukurlah wahai kau orang,mcm ank x pandai membaca menulis mengira kau orang jagn salah kan guru tabika ibubapa juga mainkan peranan yang penting di rumah di tabika hanya pengukuhan …..ada fahamm x kau orang nieeeee…….kau orang coba mengajar sikit……anak sorang pon riuh kampung nak mendidik nya .bukan senang nak didik kanak-kanak 25 orang satu kelas ……mohonmaaf ler sekiranya terasa…renung-renunglah sejenak .

      • ye ,betoi 2.saya sokong 100 %.jgn sedap je nak kate org.cermin la dulu diri tu.

      • Betul apa yg di katakan oleh jie. jangan asyik nak salahkan guru. Ibubapa lebih mengetahui perkembangan anak2 mereka. Guru memberi bimbingan n tunjuk ajar di sek… ibubapa sepatutnya berikan kesinambungan belajar di rumah..barulah anak cepat pandai membaca,menulis,mengira dan menaakul..kerjasama ibubapa dan guru amat penting bg kemajuan seseorang anak.

    • repot je la kalo dah tau cikgu kaki ponteng. ni disebabkan sorg wat hal abih sume ckgu kemas kene.mane patut…..

  14. Sikap double standard ni la buat rakyat marah kat Mat Tyson.Ni semua nak bodek sebab staff Kemas je yang mengundi.Kemas ni kan Umno bukan Perkhidmatan Awam.Kalau betul la ai berlaku jawabnya Pru 13 hancusssss BN.Lagi senang kije.Mmg BN dah nak hancurrrr……..Hanccurrr2 BN.

  15. saya dah mula risau untuk menyokong parti PAS……Jangan politikkan Agama Islam…Jangan Politikkan URUSAN TUHAN…Marilah kita sama-sama bina negara kita…bangunkan negara kita…kuatkan negara kita…bersama-sama…

  16. 13 ribu lebih kakitangan kontrak KEMAS sekiranya diberhentikan kerja juga akan memberi impak yang agak besar terhadap ekonomi negara..kerana golongan ini juga mempunyai kuasa beli bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi sesuatu kawasan…apa yang penting ialah kebijaksanaan pihak pengurusan atasan untuk mengadakan satu program pembangunan sumber manusia bagi menambah baik kualiti perikhidmatan kakitangan kontrak tersebut…

  17. Assalamualaikum

    Saya menulis surat ini ialah semata-mata hendak semua pihak membuka mata tentang satu skim kakitangan awam yang kerap disisihkan dan dilupakan iaitu nasib guru-guru Kemas.

    Ketika setiap pilihanraya samada umum atau kecil, kelibat guru-guru Kemas dalam melakukan kempen serta jentera penggerak UMNO dan BN tidak dapat dinafikan lagi, malahan merekalah yang menjadi penyumbang terbesar dalam meraih undi dan memujuk sokongan pengundi. Merekalah yang bersengkang mata dan memerah keringat dalam memenangkan calon-calon UMNO/BN dengan ganjaran yang tidak seberapa. Tugas mereka selain dari tugasan pengajaran dan pembelajaran di tadika, adalah sebagai mata dan telinga kerajaan yang paling hadapan dan penghubung dengan rakyat. Besar dan berat sungguh tanggungjawab mereka. Sukar dibayangkan untuk bergerak ketika pilihanraya tanpa pengorbanan dari golongan ini.

    Tetapi, disebalik kerelaan dan kesanggupan guru-guru Kemas tersebut, rupanya sudah puluhan tahun mereka ini masih lagi sebagai kakitangan kontrak yang diperbaharui setiap beberapa tahun. Hak mereka untuk menjadi penjawat awam tetap sentiasa dihampakan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Setelah puluhan tahun mencurahkan bakti mendidik kanak-kanak prasekolah dan gigih berjuang untuk parti dan negara, hak mereka untuk mendapat pencen ketika mencapai usia persaraan masih lagi dinafikan. Pelbagai kemudahan yang dikhususkan untuk kakitangan tetap juga tidak dinikmati. Malahan gaji mereka juga tidak setaraf dengan rakan sejawatan lain di sekolah dengan hanya mendapat gred S11, gred untuk lulusan PMR/SRP sahaja. Apabila dihantar ke Institut Perguruan untuk menyambung pelajaran ke diploma, mereka masih lagi dikekalkan sebagai kakitangan kontrak dengan gred baru S27. Rungutan yang dicurahkan oleh mereka selama ini ‘bagaikan menyiram air di daun keladi’. Lebih memeritkan, kakitangan yang berada di pejabat pemasuk para pegawai kesemuanya mendapat jawatan tetap dan berpencen, padahal para guru Kemas yang bertungkus-lumus bekerja di barisan hadapan pada bila-bila masa boleh tidak disambung perkhidmatannya.

    Adalah menghairankan mengapakah nasib dan hak mereka untuk menjadi kakitangan tetap seolah-olah dipandang sepi oleh semua pihak? Lebih mengecewakan lagi tiada langsung kedengaran suara-suara pembelaan dari pihak yang begitu mendambakan mereka pada setiap kali pilihanraya berlangsung. Jangan sehingga hal ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang barulah pihak terbabit terhegeh-hegeh menjanjikan itu dan ini kepada guru-guru Kemas seperti yang pernah berlaku pada tahun lepas. Habis isu, semuanya senyap kembali dan dilupakan semula. Apakah nilai kesetiaan dan keikhlasan mereka dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan? Seolah-olah bak kata pepatah ‘habis madu, sepah dibuang’. Jaminan untuk tidak diberhentikan hanyalah ‘menanam tebu di bibir’ kerana dengan status kakitangan kontrak, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

    Akhir kata, saya meminta supaya CUEPACS, kementerian yang bertanggungjawab dan juga pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dapat berusaha segera menyerapkan mereka ke skim jawatan tetap tanpa banyak berdalih dan alasan lagi. Saya berharap agar pihak terbabit memberi penghargaan kepada mereka supaya lebih gigih dan tekun bekerja untuk agama, bangsa dan negara, bersesuaian dengan konsep ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

    Sekian, terima kasih

  18. kesian kat kawan saya yang baru dpt kerja kemas baru2 ni..excited dapat kerja gov tp hakikat kontrak rupanya? s27 nampak macam jawatan tu hebat sangat tp hakikatnya dia xtau lg..nak cerita tapi takot dia kecik hati pulak..hurmmm~ lantikan baru ni di ambil sebab tahun depan pilihanraya sebenarnya? ambilan pekerja baru tu jentera BN untuk pilihanraya akan datang kot? 🙂

  19. sya alu-alukan untuk dtang ke sekolah untuk mengajar satu hari di sekolah,saya buka peluang mana-mana individu yang berminat yang ingin merasa camne nak mengajar kanak-kanak ,termasuklah melaksanakan tugas-tugas yang lain .untuk informasi sekolah tersebut mempunyai 30 pelajar yang kesemuanya berumur 5 tahun, anda ada bran

  20. Salam…kami
    berasa agak kecewa dengan khabar baharu yang kami dengar..KEMAS
    mengambil mereka-mereka(lepasan diploma) yang bukan berlatarbelakangkan
    pendidikan awal kanak-kanak yang hanya mengikuti kursus selama 2 bulan
    dan sudah layak bergelar guru…adakah pengalaman mereka selama dua
    …bulan itu sudah cukup??? sedangk…an
    kami KDPM (KEMAS) sepenuh masa yang belajar selama 3 tahun dan menimba
    lebih banyak pengalaman, barulah layak bergelar seorang guru??? tolong
    fikirkan dan renungkanlah…kami bersungguh-sungguh untuk mendidik anak
    bangsa apabila kami keluar nanti…namun kami berasa sangat kecewa
    apabila mendengar perkhabaran baharu ini…kalaulah begini tindakan
    mereka, serap sahaja kami ini ke prasekolah kebangsaan dan kami rela
    melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi(ijazah)….kami
    berharap ada berita gembira untuk menaikkan kembali semangat kami
    ini…-guru pelatih yang kecewa-

  21. assalamualaikum …. sya cme nk bekata2 walaupun x ckup umur lg tp sya belajar agama…Rasulullah pernah berpesan supaya kte jd org yg lima… org yg mendidik org yg mnyampaikan apa yg didgr,dipelajari…..jd mne salah jd sorg guru Kemas…..mndidik anak2 kalian membaca mngira dari kecil… Ada kalian terpikir kalian mahu mngajar anak sendiri ada kalanya hilang sabar dgn kerenah anak masing2 inikan lagi sorg guru yg mendidik 20 atau lebih anak2 yg dalam istilahnya belum mumaiyiz lg pelbagai kerenahyang perlu di tgni…..jgn bandingkn diri kalian yg bergelar guru sek rendah atau menengah…mndidik anak2 yg kecil ini lebih mncabar. Silap ajarannya sesat lah mereka dan tanpa mereka yang bergelar cikgu tadika bertambah la bebanan guru2 sek rendah untuk mngajar dari awal….Jgn sesekali mghina mereka sebagai pencacai Umno atau ape skali pun kerana mereka org yg mulia …..PENDIDIK yg mndidik anak bangsa kita dari awalan…..
    sebelum berundur sye memohon maaf kalau ada tersilap kte tapi renung2kn lah

  22. jgn bahasa kan manusia lain dgn pggilan yg bukan2 dalm Islam ada larangan memanggil org lain dgn pggilan yg x disukai……hukumnya dosa xde selindung2 rujuk pada guru Pendidikan Syariah Islamiah…… lain lah kalau suka panggil diri sendiri LONGKANG….jatuh darjat manusia dismakan dengan longkang…

  23. Hi, Neat post. There’s a problem with your site
    in web explorer, would check this? IE still is the
    market leader and a large portion of people will leave out your wonderful writing due to this problem.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: