Posted by: pinkturtle2 | Oktober 26, 2008

Pakatan Rakyat Komited Perjuankan Hak Golongan Marhaen – DSAI

Inilah implikasinya jika turunkan sedikit demi sedikit harga minyak. Saya sebutkan harga minyak kerana ianya penting dan sekarang harga minyak RM70 setong dan harga minyak masih tinggi dan golongan yang memotong getah dan kelapa sawit, harga keduanya jatuh.

Inilah implikasinya jika turunkan sedikit demi sedikit harga minyak. Saya sebutkan harga minyak kerana ianya penting dan sekarang harga minyak RM70 setong dan harga minyak masih tinggi dan golongan yang memotong getah dan kelapa sawit, harga keduanya jatuh - DSAI

PAKATAN RAKYAT KOMITED PERJUANGKAN HAK GOLONGAN MARHAEN – ANWAR

Ketua Umum KeADILan merangkap Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja sehari di kawasan beliau khusus nya di kampung Permatang Rawa untuk meyampaikan bantuan dan sumbangan disamping berucap dan beramah mesra bersama fakir-miskin dan warga emas termasuk kaum India di sana.

“Ianya bukan sahaja melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus bertanggungjawab juga memantau melalui egensi tertentu”, demikian jelas Anwar setelah mendengar keluhan penduduk. Semasa DrWan Azizah mewakili mereka, pelbagai usaha telah di lakukan, namun gagal dilaksanakan kerana kawasan tersebut di kelilingi pembangunan pesat. Usaha-usaha itu gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pusat kerana di lihat lebih cenderung membantu syarikat-syarikat besar berbanding usaha membantu golongan-golongan buruh, nelayan, petani serta orang dhaif yang benar-benar perlukan bantuan.

“Baru-baru ini Menteri Kewangan umum RM5 bilion untuk menaikan saham dan RM5 bilion untuk bantu orang kaya, syarikat-syarikat besar tetapi untuk membantu golongan kecil, amat payah. Saya tidak menyatakan kerajaan Barisan Nasional tidak membantu tetapi jumlah RM5 bilion di lihat terlalu besar untuk membantu syarikat-syarikat kaya. Nak suntik saham, saya tak kata orang kaya tak turun pendapatan dengan harga barang dan tanggungan sekarang. Mudah-mudahan akan ada perubahan nanti”, tambah Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang.

“Dulu masa saya berucap sebagai Menteri Kewangan, saya dengar bagaimana Ketua Pembangkang Saudara Lim Kit Siang berhujah supaya kita dapat meneliti dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya kita baiki, dapat teliti, tetapi sekarang mereka tidak mahu mendengar, malah sombong dan takut untuk mendengar hujah saya. Sebabnya, kalau mereka dengar, sudah tentu mereka dapat menyelesaikannya.

“Misalnya, untuk menurunkan harga minyak, saya telah katakan dahulu bahawa kita boleh turunkan harga minyak sedikit demi sedikit sebagaimana sekarang, macamana nak turunkan harga barang keperluan dengan serta-merta. Inilah implikasinya jika turunkan sedikit demi sedikit harga minyak. Saya sebutkan harga minyak kerana ianya penting dan sekarang harga minyak RM70 setong dan harga minyak masih tinggi dan golongan yang memotong getah dan kelapa sawit, harga keduanya jatuh.

“Ikhtiar dan doa dan bila ada surau dan masjid kenalah mengimarahkan dan susun semula jawatankuasa masjid dan pertingkatkan kelas pengajian quran an agama semoga ianya dapat menjadi pengisisan jemaah dan haruslah di tingkatkan, walaupun ianya bemula dengan 5 orang”, demikian tegas Anwar mengakhiri ucapan beliau. Anwar di teman oleh ADUN Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohd Fairus Khairuddin.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen kawasan tersebut, mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas ikhtiar membantu golongan miskin secara beransur-ansur.

Katanya, penghapusan masalah miskin tegar dan usaha ini harus di susuli dengan doa dan mengimarahkan masjid. Beliau juga mengucapkan terima kepada rakan-rakan yang kaya-raya, berada dan berkemampuan untuk sama-sama membantu meringankan beban masyarakat miskin dan tidak berkemampuan.

http://www.suarakeadilan.com


Respon

  1. …..tapi kenapa semenjak kebelakangan ini kamu banyak mendiamkan diri je? tidak agresif lagi?! dah letih atau kedudukan terkini dah rasa selamat setelah menang di Permatang Pauh, Dah jadi Wakil Rakyat, Dah jadi Ahli Parlimen, Dah boleh masuk Parlimen?. Dah boleh berusul berbahas?. Ke mana perginya semangat yang berkobar2 sebelum ini?.Mana janji mu nak mengambil alih kerajaan persekutuan?. strategi apa yang sedang kamu gunakan sekarang?.Tak cukup lagikah AP yang nak melompat ke PKR?.Berapa lama lagikah rakyat nak kena tunggu.Adakah sehingga selagi ada bulan dan bintang?…namun daku tetap bersama mu selagi perjuangan mu sebenar2nya untuk rakyat m@rhaen. Jika kamu hanya menggunakan strategi cakapbesarisme, temberangbesarisme dan acah-acahisme, nescaya kamu pun tiada bezanya jahat seperti mana juga UMNO/BN. Rakyat tetap rakyat yang hanya alat dipergunakan orang-orang politik seperti kamu. Rakyat selamanya tetap dijajah. Tidak ada bezanya perjuangan sejak permulaan kemerdekaan dulu sehingga sampai bila-bila. Inilah corak demokrasi pak turut rakyat kita. Jika kamu mungkir janji kepada rakyat, nescaya Allah akan melaknati kamu selaknat2Nya. Itu tanggungjawab berat kamu PEMIMPIN RAKYAT yang kamu berhajat selama ini.Jangan nak bermain2 dengan “JANJI”. Aku cuma nak berpesan2 untuk kebaikan.

  2. Petikan drp. komen penulis Pahang Daily……27/10/2008….[Cabaran yang lebih besar menanti selepas ini, biarpun kita terpaksa berhadapan segala kemungkinan namun itulah takdirnya. Penangguhan bukan bermakna pembatalan. Justeru itu kita sama-sama menantikan perubahan kerajaan akan berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Peralihan kuasa yang berlaku dalam UMNO sebenarnya menjurus kepada kehancuran parti karat itu. Maka peluang yang ada harus digunakan sebagai senjata untuk kita meneruskan perjuangan melakukan perubahan]……Pahang daily.

  3. YANG TERANG DAN NYATA MUNGKIR JANJI DAN PENGKHIANAT MELAYU SEKARANG INI ADALAH…
    UMNO! DAH TERANG LAGI BERSULUH!

    YANG DAH NYATA KENA LAKNAT SELAKNAT- LAKNATNYA ADALAH PEMIMPIN2 UMNO YANG DOK SIBUK MAIN RASUAH SKRG NI.

    KENAPA LA NAK MARAHKAN DSAI YANG BELUM TENTU JADI PM MALAYSIA ATAU TAK??

  4. Tak marah tp sayang dengan sesungguh2nya.Dah tiada manusia lain lagi dah yang sehebat DSAI.Langkah TEKAN TUBI di saat2 begini perlu diteruskan. Di saat2 rakyat bersama DSAI. Jangan berhenti….Jangan berhenti….Jangan berhenti…..teruskan perjuangan sehingga ketitisan……yang terakhir!!!!!rakyat mendaki bersama sudah hampir ke puncak kemenangan. Lalu jangan menyerah semudah itu.Mereka itu sudah terkial-kial hampir hilang segala kekuatan.Mamai semamai mamainya.Kini adalah waktu terbaik untuk DSAI dan PKR untuk mengambil tempat yang sepatutnya. Itu saja maksud hamba.

  5. pada pendapat aku, pakatan rakyat (pr) tak perlu menunggu ahli parlimen (ap) dari sabah & sarawak melompat menyokong pr. sebaliknya pr hendaklah mendekati rakyat/pengundi di negeri2 berkenaan & memahami mood mereka. penjelasan secukupnya naklah diberi kpd mereka tentang situasi politik di semenanjung kerana mereka masih bergantung kpd maklumat dari radio & tv rtm, tv3 & berita harian/strait times tentang perkara nie.

    jelaskan kpd rakyat/pengundi di kedua2 negeri itu tentang keperluan menukar kerajaan persekutuan & faedah2 yg bakal mereka dapati jika rancangan ini berhasil. jika ramai rakyat/pengundi di negeri2 itu berpaling menyokong pr, tentu ap2 mereka juga akan terdorong berpaling menyokong pr.

  6. pjolor..pak anwar ada strategi dia sendiri.pak anwar belajar dari kesilapan,dia masih lagi dgn agenda perubahan.pak anwar tak pernah menyerah kalah..cuma akhir2 ini berita tentangnya kurang..bagi pak anwar lebihkan kerja kurangkan bercakap.

  7. Ambo fikir cm tu juga. kekadang geram kesumat melihatkan situasi semasa.TQ ada nama. Pandangan Malaycan adalah sebaik2nya DSAI & PKR lakukan. Perhebat Perangsaraf di seluruh pelusuk tanahiar.

  8. Pesanan kpd DSAI supaya cepat-cepat ambilalih kerajaan.Jangan dok cakap jer, kami dah letih dan jemu dengan cakap-cakap.Buktikan sebelum hilang keyakinan rakyat terhadap PR.

  9. Salam.. ada pendapat saya bukan senang kita nak menggulingkan sesebuah pemerintahan jika tidak melalui saluran pilihanraya.

    Persoalannya sekarang, rakyatlah yang akan menentukan siapa yg memerintah dan berbalik kepada persoalan nak ambil alih kerajaan, jika DSAI seorang sahaja bergerak namun yang dibawah2 tidak bergerak tidak ada gunanya juga.

    Usaha gigih perlu dilakukan dan jentera perlu bergerak dari sekarang. Tidak ada gunanya jika hanya banyak bercakap jika kerja tidak dilakukan.

    Masing-masing ada peranan masing2 dan jalankan kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan serta bukannya menyalahkan sesiapa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: