
Sayed Ghulam menceritakan kepada media bagaimana kedua-dua biji matanya dicungkil oleh penyerang bersenjata di selatan Afghanistan, semalam.

An unidentified relative puts a sheet over Sayed Ghulam, an Afghan farmer, after an interview with The Associated Press at a hospital in the city of Kandahar, south of Kabul, Afghanistan, Sunday, Oct. 26, 2008. Ghulam said armed assailants attacked him and gouged out his eyes in front of his family in an attack in southern Afghanistan, officials said Sunday.AP Photo

Afghan Sayed Ghulam speaks during an interview with The Associated Press at a hospital in the city of Kandahar, south of Kabul, Afghanistan, Sunday, Oct. 26, 2008. Ghulam said armed assailants attacked him and gouged out his eyes in front of his family in an attack in southern Afghanistan, officials said Sunday.AP Photo

Sayed Ghulam, an Afghan farmer, is seen during an interview with The Associated Press at a hospital in the city of Kandahar, south of Kabul, Afghanistan, Sunday, Oct. 26, 2008. Ghulam said armed assailants attacked him and gouged out his eyes in front of his family in an attack in southern Afghanistan, officials said Sunday.AP Photo
Taliban cungkil mata petani dituduh perisik kerajaan
KANDAHAR 26 Okt. – Seorang petani yang dituduh sebagai perisik kerajaan dan tentera antarabangsa telah dicungkil matanya oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai pejuang Taliban.
Petani dari wilayah Helmand itu, Sayed Ghulam memberitahu, matanya dicungkil dengan pisau lewat Khamis lalu di depan ahli keluarganya.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam tersebut.
Menurutnya, beberapa orang lelaki telah mengheretnya keluar dari rumah sambil menuduh dia sebagai pengkhianat.
“Selepas diheret kira-kira 20 meter dari rumah saya, mereka memegang tangan dan terus mencungkil mata saya.
“Saya berasa sangat sakit dan dunia kemudiannya bertukar menjadi gelap,” kata Sayed dari atas katil hospital tempat dia dirawat di bandar Kandahar ini.
Menurutnya, isteri dan anak-anak hanya mampu menjerit melihat kejadian itu.
Sementara itu, jurucakap kerajaan wilayah Helmand, Daud Ahmadi mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh anggota Taliban yang bergerak aktif di wilayah itu.
“Mereka telah membunuh ramai orang yang tidak berdosa seperti para petani, kanak-kanak dan wanita kerana menuduh mereka terlibat dalam kerjakerja perisikan.
”Namun kali ini mereka bertindak kejam terhadap seorang petani miskin yang tidak berdosa,” kata Daud.
Taliban sebelum ini pernah memancung kepala serta memotong telinga dan hidung penduduk yang dituduh menjadi tali barut kerajaan.
Kalau betul dia ni jadi perisik, maka cungkil mata pun tidak sepadan lagi dengan dosanya. Cuma yang ditakutkan ialah tangkap rambang dan menghukum tanpa bukti yang cukup sebagaimana Kerajaan Malaysia ISAkan rakyatnya.
Jadi segi perbuatanya, sekiranya Taliban dikatakan zalim, apakah kerajaan malaysia sekarang tidak zalim?
By: mountdweller on Oktober 27, 2008
at 9:07 am
ISA tu lemah lembut agaknya…ada yg keluar lumpuh spt terbitan Harakah terbaru….kalau betul itulah hukumnya kerana beri maklumat pada org kafir/penceroboh @US tu….tu kira menjual maruah negara (kalau betul lah…)
yg jual pasir/tanah air melalui koridor ekonomi , jual tanah Tg Pagar….. terlepas Pulau Batu putih…dari putih mata ..baik mata ko kena cungkil…….itu kalau kat Afghanistan sana la…patut mereka tu pun dicincang tak ???nama je menteri / ada regu peguam …tapi macam budak sekolah….camne org nak hormat wei….nasib ko bukan kat Afghanistan…kalau tak ko dgn family-family ko berkecai kena C4/bom…..
By: LASER007 on Oktober 27, 2008
at 3:26 pm