Posted by: pinkturtle2 | Oktober 27, 2008

Tunjuk Perasaan Bantah Najib Seluruh Negara

dstdsf

Sapa yang tak tau perjuangan Melayu UMNO?Lihat gambar kat atas ... !!! Itu satu bukti perjuangan UMNO.Nak hapuskan DEB ... langkah mayat kami dulu,Wakakakakkaka ...UMNO raja lawak !!! - No2umno

Tunjuk perasaan bantah Najib seluruh negara

Bertebaran khabar-khabar bahawa kumpulan-kumpulan seperti Bertam, Umno dan Gabem (Berug) dan Kumpulan Rakyat Perak (Kurap) akan mengadakan siri tunjuk perasan besar-besaran membantah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti ditamatkan ‘secara beransur-ansur’ (lihat Malaysiakini 24/10/08 “Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu secara beransur“).

Bagi yang berminat menunjuk-nunjukkan perasaan membantah kenyataan bakal Perdana Menteri itu, sila hubungi dengan segera Berug dan Kurap. Pastikan tidak ketinggalan!!!

Sementara itu, antara lambang utama kemajuan bumiputera hasil kemujaraban DEB, Eurocopter akan dibatalkan pembeliannya (Lihat Malaysian Insider 26/10/08 “Malaysia ditches Eurocopters on gloomy economic outlook“). Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyebut gambaran ekonomi yang suram sebagai punca pembatalan itu. Tidak diketahui adakah pembatalan itu sebenarnya bertujuan menerajang ke bawah tikar supaya tersorok apa jua yang ditakuti terdedah dan membawa padah. Tidak juga diketahui adakah ia juga bertujuan mencincang peluang orang tertentu hendak buat duit banyak-banyak bagi mencapai matlamat DEB.

http://penarikbeca.blogspot.com

Yang Ni Lagi Best….

Bila Najib Kata Nak Hapuskan DEB… Semua Barua Barua UMNO Terkedu Lidah

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengadakan protes sekiranya ada tindakan untuk memberhentikan DEB. Kami akan bertindak bangun untuk pastikan DEB diteruskan.

“Sejarah DEB harus dilihat dengan betul. Siapa yang nak nyahkan DEB ini sebenarnya mereka buta sejarah. Mereka lupa nikmat yang diperoleh hasil daripada DEB sejak 1974 lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan penyokong Umno Bahagian Kapar dekat sini. – Bernama 15 Mac

Phuyooo !!! …. satu amaran yang keas dari Rahman Palil … menakutkan, dan ini pula kata bapok pegang keris.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebarang usaha untuk menolak DEB akan membawa kepada akibat negatif bukan sahaja kepada masyarakat Melayu tetapi negara Malaysia secara keseluruhannya.

Ini kerana tegas beliau DEB telah memainkan peranan amat penting dalam menentukan agihan ekuiti dan penyertaan ekonomi yang lebih seimbang sekaligus dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum di kalangan rakyat majmuk selama ini. – pemudaumno . org

Bila Najib kata nak hapuskan DEB …. Semua barua barua UMNO terkedu lidah tak cakap sepatah. UMNO pening sebab tak tau nak sokong apa. Nak setuju atau tak?

nak tau lagi tentang perjuangan Melayu UMNO … KLIK SINI

Wakakaka …UMNO raja lawak sepanjang zaman.

Hah…aku serahkan korang untuk mengutuk UMNO sesedap rasa. Kutuk … jangan tak kutuk.
Si Bangang mana la yang masih caya pada UMNO … wakakakaka

http://no2umno.blogspot.com


Respon

  1. 0rang amno ni mcm tu la..bila kena kat depa mmg buleh semua..rasuah depa tukaq jd politik wang, yagn bersalah depa guna undang2 parti haprak depa jaa..ni DEB dah sah2 najib habaq nak hapuskan slow2 samada depa sedaq ka tdoq ka mmg kerja puak2 ni nak menjahanam kan melayu..tgok di plentong johor(gaza..hehe) dah kena baru sedaq..berderun ahli amnoi msuk Pas…amnoi penang bila nak buat demo hah!! Ali rustam mana??..ka hangpa mmg sokong saranan tokjib tuu..? puak2 amnoi ni senang jaa xyah langkah mayat pun buleh kontrol depa ni..bagi pitih jahh!! hahahaha…

  2. najib perosak melayu…..!!!! dia xpala kaya cuba tengok orang melayu yang masih ketinggalan di bawah…jangan tengok periuk nasi sendiri saja.

  3. Guan Eng sentuh bab DEB berkerumunlah org.2 umno terdiri dari golongan mamak2 aprak kat komtar menyatakan bantahan konon2 lah nak memperjuangkan nasib org. melayu serta menyemarakan api perkauman.
    Sekarang Najib pula buat kenyataan semua diam2 duduk.Pi la kerumun kat putrajaya…wooi mamak…barua …sier…haram jadah

  4. Ya Allah ya Tuhanku, apa ni pak najib. Jangan buat celakalah. Sedar ke apa yang kamu perkatakan ini?. Kamu tak dapat ke cium bau kepunahan bakal berlaku?. Kalulah pak najib nak test market sekalipun janganlah sampai nak bermain api…… Jangan kerana sekadar nak cari sokongan atau nak ambil hati kuncu2 kamu dari komponan dua tiga kongkolan maka kamu lagi2 sentuh isu DEB. Banyak lagi benda biji butir lain yang kamu boleh sentuh. Sape penasihat kamu ni sebenarnya pak najib??????……..ingat sikit, pak lah sedang perhatikan tata-kelelakian pak najib yang sebenar2nya. Tempahan Helikopter dah batal. Itu pun kira dah bagus pak lah nak selamatkan kamu. Ini lagi2 kamu buat hal. Ini hal besar negara sensitiviti seluruh rakyat, bukan sekadar hal Hallibutoh Manufacturing. Bukan hal Shah Rukh Khan yang digemari oleh sekutum bunga ros…..Rosaklah negara aku ni jika kamu disuntik dengan sejenis cecair beracun yang di perolehi dari sekuntum bunga itu….rakyat akan kembali ke jalan2raya, ke bangunan parlimen, ke pejabat2 kerajaan….rosak rosak rosak….aku baru habis makan ketupat tiga bucu, baru nak releks sikit. Kau buat hal lagiiiiii…..aduuuuuuuh!!!!!

  5. Apahal pulak si Najib ni.jangan main2 soal DEB ni.sejak bila pulak nak hapuskan secara ansur2.sekarang rakyat dah bising alamak sakit kepala si Najib ni.nampaknya harapan nak jadi PM agaknya tak kesampaian jgk.

  6. aku sokong najib hapuskan deb… kalau dari dulu deb tak ada lagi bagus kalau ada deb pun , yang kaya sapa,apa aku dapat ??

  7. Kita nak jadi orang Melayu Islam atau orang Islam Melayu? Kalau nak jadi orang Islam, patut kita hapuskan dasar ini sebab orang Islam tidak akan menzalimi orang lain. Orang Islam adalah orang yang cemerlang bukan sahaja kat dunia bahkan akhirat nanti. Masalahnya ialah kayu ukur kita bagi menentukan orang yang cemerlang ialah berapa banyak harta mereka? Berapakah kuasa mereka? Sedarlah. Islam dihina kerana sikap kita.

  8. Apa nak heran….korang yg pilih ‘kaca’ …walhal intan bertaburan kat M’sia..Ameno ni @pencacai memang la sokong.sokong buta tuli…Plentong dah kena ..macam Rimba Jaya Selangor tuh..nak sokong jugak …nak kata dungu ..dah memang dungu..dulu kini dan selamanya lah….yg pinggirkan SAR dulu sebab Sekolah agama lahirkan pembangkang ..biasiswa ditarik balik walhal itu kuasa Agong …tanya ahli parlimen la…yg godak dasar pendidikan Fasal 153 Perlembagaan mana lagi kalau tak Tuk Jib …kapal selam altantuyanya….tu pun amano nak pilih…dasar dungu…TU LA BANGANGNYA ORG MELAYU YG DOKONG AMENO NI…ORG KENAL MP UNTUK TANYA DASAR , RANG-UNDANG NEGARA JAGA UMAT KE TIDAK ..NI HIMPIT ,SOKONG NAK DAPAT PROJEK…TAPI MASIH BODOH KAYU…TANAH DIJUAL KAT ORG LAIN WALHAL PERATUSPEMILIKAN NON-MALAY HANYA BERASASKAN KUOTA 30% -70% PADA NON-MALAY.WALHAL TANAH MELAYU SENDIRI…NILAH DINAMAKAN BARUA BANGSA..NAK BELA APANYA…BILA PR AMBIL ALIH BARU PEKUNG NI KELUAR ….!!! PAKAI BAJU MELAYU /KURUNG MERAH PUTIH KONON…TAPI TAK UBAH LEMBU PAKAI BAJU MELAYU/ LEMBU PAKAI BAJU KURUNG….BAIK PAKAI BAJU GUNI BILA PERHIMPUNAN AGUNG !!! AKAL KELAS PARIAH…!!!

  9. umno dok kena main macam tu la.tu pun dok benggong lagi.

  10. Amat malang,
    ahli UMNO ketinggalan maklumat selama 18 tahun.
    Ahli UMNO memperjuangkan sesuatu yang dah tak ada.
    Amat malang sekali………………….

  11. Apa nak hairan Najib nak hapus DEB. Dia kaya raya 12 keturunan dah hasil songlap dasar DEB (scorpene, shukoi & eurocopter).

    Najibkan ahli kehormat FREEMASON! Jadi, apalah sangat nak membela umat Melayu ni. Dia bela business Yahudi di WPI lagi baik.

    Penganut umno memang macam tu. Kallau Guan Eng cakap,langkah mayat mereka dahulu. Tup..tup .. Najib pulak cakap benda yang serupa. So..penganut umno pun takut kecut beruklah sebab dia tahu bahawa Najib dan Rosmah masih ada menyorokkan saki baki bom C4. Penganut umno takutlah nanti kena bom c4, tak pasal mati jadi serpihan habuk pulak, tak sempat nak dikapan! Tak gitu Rosmah c4!

    Rosmah dan Najib dibuai mimpi duduk dikerusi empuk Istana Sri Perdana. Oh..alangkah indahnya duduk istana jadi maharaja no.1, pegang kunci Bank Negara pulak tu. Nak ambil berapa pun tak siapa nak marah! Ketua Hakim Negara, Ketua Polis dan AG serta KP BPR semuanya penyamun. Bertambah cerialah hidup Najib dan Rosmah!

  12. Aku sokong madbi….apo yg org melayu dapek selamo ni…yg kayo bertambah kayo yg miskin semakin melarat….mano adil???Ada bab-bab peluang bisnes & projek kerajaan dalam DEB ni yg mana orang melayu sendiri makan dan tikam orang melayu sendiri…yg bungkus orang melayu jugak akhirnya….

  13. DEB hanya untuk menopeutra dan ahli meno yang bahlol, tonggong dan smadol dapet taik kobau dan lumbu. hahahahah! ahli meno ketinggalan jamban…bangang punya ahli meno!

  14. kahkahaha..mana dia penyokong amno..dorg berani ke nak lawan cakap boss…

  15. Ape nak jadi dengan negara aku?

  16. Kalau macam ini, semua ahli-ahli UMNO kena tinggalkan UMNO. Pemimpin ini, sama ada DEB ada atau tidak, tak menguntungkan orang Melayu dan rakyat yang miskin. Yang pasti untung orang-orang kaya dan kroni-kroni mereka.

    Orang miskin susah, tak ada siapa yang nak bantu tak macam kroni-kroni dia yang susah, serta merta idea datang supaya menggunakan duit KWSP RM5 billion.

    Apa dah jadi rakan-rakan kita di Pelentong Tengah, Masau. UMNO memang parti untuk orang-orang kaya. Ayuh keluar ramai-ramai dari UMNO dan BN!

    Wassalam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: