Posted by: pinkturtle2 | Oktober 27, 2008

Idris Jusoh Bazirkan RM7 Bilion Wang Negeri Terengganu

Difahamkan perbelanjaan tersebut menyebabkan Kerajaan Terengganu kekeringan wang untuk dibelanjakan bagi kepentingan negeri tersebut sehingga hari ini.

Difahamkan perbelanjaan tersebut menyebabkan Kerajaan Terengganu kekeringan wang untuk dibelanjakan bagi kepentingan negeri tersebut sehingga hari ini.

Idris Jusoh bertanggungjawab bazirkan RM7 bilion wang negeri

KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Hrkh) – Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh didakwa antara orang yang bertanggungjawab mengakibatkan kira-kira lebih RM7 bilion wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat negeri Terengganu disalahgunakan untuk projek mewah termasuk Taman Tamaddun Islam (TTI) dan Monsoon Cup.

Difahamkan perbelanjaan tersebut menyebabkan Kerajaan Terengganu kekeringan wang untuk dibelanjakan bagi kepentingan negeri tersebut sehingga hari ini.

Berikutan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa bekas menteri besar itu sebagai pengkhianat kepada rakyat dan negeri Terengganu.

Beliau membuat dakwaan itu ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Idris yang juga Adun Jerteh dikatakan tidak mencelah untuk menafikan dakwaan Haji Mohd Abdul Wahid dalam persidangan tersebut.

Difahamkan juga pegawai-pegawai kerajaan negeri Terengganu terpaksa berulang alik ke Putrajaya bagi membincangkan urusan kewangan negeri Terenganu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan wang royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri itu dalam bulan September lalu tetapi sehingga hari ini wang tersebut belum diserahkan secara rasmi.

Haji Mohd Abdul Wahid yang juga Bendahari Perhubungan PAS Terengganu ketika berucap di satu majlis ceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini mendakwa, Idris antara pemimpin Umno Terengganu yang bertanggungjawab mengeringkan kantong kerajaan negeri untuk projek pusat.

“Wang kerajaan negeri digunakan untuk projek pusat ketika Idris memerintah Terengganu. Ini suatu penggunaan wang yang tidak betul. Rakyat tidak dapat manfaat sepatutnya dari projek berkenaan,” jelasnya.

Bagaimanapun beliau merasa hairan kenapa rakyat Terengganu tidak terkesan dengan tindakan Idris itu sehingga mereka terus memilih Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu dalam pilihan raya umum ke-12 lalu ketika negeri-negeri pantai Barat menolak parti itu sebagai kerajaan.

http://www.harakahdaily.net


Respon

  1. Deris -Tokoh seleweng duit kerajaan tersohor di Malaysia.

    Muka memang tak tahu malu,dah kutuk Sultan Terengganu tapi masih nak duduk di negeri Terengganu.

    Deris! Bolehkah kamu jawab nanti soalan kubur. Dari mana harta berjuta-juta kamu dapat?

  2. cakap memang la boleh,pernah ke pk apa respon dari rakyat.majoriti rakyat lebih kepada idris berbanding dengan ahmad said.sekurang2nya matlamat tu ada.tapi xdok aroh la pihak atasan yang buat pemilihan,kita hok duduk bawah ni gok ngange je la.acu rakyat yang buat pemilihan untuk perlantikan MB.boleh la tgk.sepatutnya sama2 demi kepentingan negeri dan rakyat tapi apa yang berlaku sekarang????pakat2 pikir la

  3. derih jusoh adalah bapok segala pengkhianat rakyat dan negeri terengganu….habih duit royalti terengganu baham ke kroni dia dan paklah serta khairy masa paklah memerintah………dia buat macam-macam projek mega macam monsoop cup…taman tamadun islam la…..menelan belanja ratusan juta ringgit..amende rakyat terengganu boleh????takdok mende….sebab tu sultan mizan maroh giler dengan derih jusoh ni……jgn harapla derih nak jadi mb terengganu semula selagi sultan mizan jadi sultan terengganu..daulat tuanku!!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: